Sumber Foto Hiasan : Utusan

 

Lebuhraya seluruh negara dijangka bakal menjadi ‘medan’ kesesakan lalu lintas pada minggu ini bersempena cuti Hari Raya Aidiladha dari 8 hingga 11 Julai 2022.

Ini memandangkan orang ramai akan memanfaatkan cuti Aidiladha untuk mengerjakan ibadah korban bersama keluarga.

Menurut ANIH Berhad yang merupakan pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), kira-kira 2.352 juta kenderaan dijangka akan pulang ke kampung halaman di Pantai Timur.

Daripada jumlah tersebut, 1.648 juta dijangka akan menggunakan KLK manakala 704,000 lagi bakal ‘bertarung’ trafik di LPT1.

Demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, ANIH bersiap-sedia untuk menambah petugas bagi mengaktifkan lorong-lorong tambahan bergantung kepada peningkatan trafik.

IKLAN
Lebih 2 Juta Kenderaan Dijangka Balik Pantai Timur Pada Minggu Ini
Foto Hiasan : Utusan

Memandangkan cuti Aidiladha ini adalah perayaan ketiga yang menyaksikan rakyat Malaysia berpeluang pulang ke kampung halaman sejak negara memasuki fasa endemik pada tahun ini, orang ramai dipercayai masih cakna terhadap langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil

Begitupun, REMAJA masih ingin mengingatkan kepada korang agar tidak alpa sewaktu berada di atas lebuhraya nanti.

Pertama sekali, perhatikanlah jadual cadangan perjalanan atau TTA yang telah dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuhraya bergantung kepada laluan yang bakal korang ambil. Sentiasa pastikan pemandu dan ‘co pilot’ di sebelah cergas sepanjang perjalanan. Sekiranya rasa mengantuk, berehatlah dahulu untuk seketika waktu di kawasan rumah rehat demi mengelakkan situasi ‘microsleep’.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : Sebelum Memandu Balik Kampung, Ikut 8 Tip Elak Microsleep Ini – REMAJA

Seperkara lagi, pastikan korang juga cakna terhadap makluman terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuhraya menerusi akaun media sosial mereka agar perjalanan korang bertambah lancar.

BACA LAGI : Elak Mentaliti Buat Korban Di Luar Negara Sebab Murah, Ustaz Dedah Sisi Gelap – REMAJA

IKLAN

Selamat pulang berhari raya guys!

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI