Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu, waktu ini warga kota tengah sibuk membuat persiapan untuk pulang ke kampung halaman.
Tambahan lagi, dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai pengecualian bayaran tol bagi Lebuhraya PLUS dan LPT serta diskaun antara 30 hingga 50% di lebuhraya yang lain. sudah pasti memberi keterujaan kepada penguna lebuh raya untuk pulang beraya.
Namun, musim perayaan inilah setiap tahun kita mendengar tragedi kemalangan jalan raya yang cukup menyayat hati. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan tetapi punca yang paling tinggi adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri.
Antara sebab utama kemalangan berlaku ialah apabila pemandu terlelap ketika memandu atau dikenali sebagai microsleep.
Foto Via Pexels
Untuk pengetahuan korang, Microsleep bermaksud dimana seseorang itu terlelap buat seketika tanpa disedari dan biasanya ia tidak lebih daripada 30 saat di mana pada ketika ia berlaku individu tersebut hilang kesedaran dan tidak mempunyai fungsi responsif terhadap perkara sekeliling.
Ads
Berikut 8 tip mudah bagaimana untuk mengelakkan microsleep berlaku ketika memandu.
Pilih waktu sesuai
Elakkan daripada memandu ketika korang berasa kurang alert. Sebaiknya mulakan perjalanan ketika badan berasa paling segar yang maksima.
Tidur cukup
Rancang perjalanan dengan baik mengikut waktu tidur. Ingatlah tidur yang mencukupi dapat memberikan kondisi fizikal yang lebih peka dengan sekeliling.
Bawa teman
Jika memandu jarak jauh carilah teman sekurang-kurangnya seorang. Memandu seorang diri dalam perjalanan jauh cukup membosankan.
Sentiasa fokus
Semasa memandu sentiasalah ingat untuk fokus pada jalan raya dan juga kenderaan lain. Jika kita sentiasa beringat InsyaAllah perjalanan akan bertambah selamat.
Ads
Berinteraksi
Jika balik bersama ahli keluarga atau kawan-kawan berinteraksilah dengan mereka dari semasa ke semasa. Jangan biarkan kesemua penumpang tidur dalam satu masa.
Sentiasa bergerak
Apabila berhenti di R&R, ambil masa 5 hingga 10 minit untuk regangkan badan, berjalan dan basuh muka untuk badan yang lebih segar. Pengaliran arah yang baik boleh memberikan keselesaan bukan sahaja kepada fizikal tetapi mental.
Tempoh berhenti
Bagi perjalanan yang lebih efisyen berhentilah setiap 2 atau 3 jam perjalanan. Jangan paksa diri untuk memandu terlalu lama.
Guna Apps
Sekarang terdapat beberapa jenis apps anti-tidur yang terdapat di pasaran. Gunakan apps ini untuk membantu korang daripada tertidur semasa memandu. Ia akan berbunyi dan bergegar selang beberapa minit megikut tetapan.
Ads
Jadi apakah penyebab utama microsleep?
Punca utama ia berlaku ialah disebabkan badan berasa penat dan berlaku terutamanya bila kurang tidur. Ia juga berlaku dalam situasi bila seseorang berdepan dengan perkara yang dilakukan secara berterusan seperti memandu atau menonton TV. Lebih mengantuk korang rasa lebih tinggi korang berdepan risiko microsleep.
Tambahan jika memandu pada waktu siang di bulan puasa, ia pasti memberi cabaran yang agak tinggi buat pemandu. Jangan kerana perkara ini berlaku nyawa korang dan penumpang yang lain berdepan risiko kemalangan.
Stay safe dan selamat sampai ke destinasi yang igin dituju.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan dibenarkan bercuti di Langkawi selepas pulau peranginan itu dijangka dibuka kepada pengunjung pada September akan datang.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dengan menyatakan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju membekalkan vaksin yang mencukupi bagi memastikan 80 peratus penduduk pulau itu menerima suntikan vaksin sebelum kehadiran pelancong.
Gambar hiasan
Pihak MOSTI dan MOTAC bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada 61,000 penduduk Langkawi yang layak menerima vaksin. Ini bermakna sebanyak 120,000 dos vaksin perlu dibekalkan kepada penduduk Langkawi sebelum dibuka kepada orang ramai.
Pelancong yang hendak masuk ke Langkawi pula perlu lengkap dua dos vaksin dan mereka yang tidak disuntik atau hanya menerima satu dos suntikan, tidak dibenarkan bercuti di Langkawi.
Jangkaan pembukaan Langkawi dalam tempoh dua bulan lagi dapat memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau lagenda itu.
Tidak dinafikan sektor pelancongan antara yang paling terkesan teruk dan kerana itu kita sering mendengar tentang penutupan hotel-hotel besar yang ada di Malaysia.
Gambar hiasan
Semoga dengan pemberian vaksin yang telah diberikan kepada rakyat mampu memberikan kehidupan seperti sedia kala. Ramai yang sudah tidak sabar untuk merentas negeri, bukan semata-mata untuk melancong tetapi ingin menziarahi keluarga yang sudah lama tidak ditemui.
Puteri sulung penyanyi era 90an, Poey Stings, Putri Amyshakila, mencatatkan kejayaan cemerlang apabila berjaya meraih Anugerah Dekan pada hari konvokesyennya.
Kegembiraan penyanyi lagu popular Dalam Diam Aku Mencintaimu itu tidak terhingga melihat kejayaan anaknya.
“Semoga kakak berjaya dunia dan akhirat. Doa ayah dan mama selalu mengiringi kakak. Alhamdulillah untuk nikmat ini ya Allah. Ayah mama bangga dengan kakak,” coretnya menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Poey hadir untuk meraikan Putri Amyshakila pada Istiadat Konvokesyen ke-10 Kolej Antarabangsa Inovatif (IUC).
Anak perempuannya turut memakaikan jubah konvokesyen dan mortar board kepada Poey, diikuti dengan ciuman penuh kasih sayang dari kedua-dua ibu bapa, Amyza Hamzah dan Poey. Momen tersebut membuatkan Putri Amyshakila sebak dan menitiskan air mata.
“Anugerah dekan ini khas buat mama dan ayah, pensyarah yang sudah mendidik saya dan kawan-kawan serta yang memberi sokongan selama ini. Terima kasih @innovative.my,” kata Putri Amyshakila.
Dia juga mengenang kembali pengorbanan ibu bapanya yang banyak membantu sepanjang perjalanan pendidikannya.
“Saya menahan sebak sunting video ini. Teringat segala pengorbanan dan kesusahan yang kita berdua lalui.
“Terima kasih ayah sanggup berhujan panas semata-mata untuk menghantar kakak pergi menimba ilmu. Dalam keadaan menahan lapar dan berteduh ketika hujan lebat. Pengorbanan ayah tidak mampu kakak balas.
“Kalau ia berkaitan nyawa pun, kakak sanggup demi ayahku tercinta,” tambahnya lagi.
Sebagai tanda penghargaan, Putri Amyshakila mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya dan semua yang telah memberi sokongan serta doa.
“Hadiah teristimewa untuk kedua mereka, penghargaan ini juga untuk mereka yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada saya.
“Semoga Allah membalas kebaikan kalian berlipat kali ganda, Insya Allah, amin,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Putri Amyshakila
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekian lama, sejarah telah menunjukkan bahawa penyelidik dalam kalangan masyarakat Islam sentiasa berjaya untuk mengemukakan ciptaan terbaru bagi membantu keperluan masyarakat sejagat.
Siapa yang tidak kenal dengan Ibnu Sina atau lebih dikenali sebagai Avicenna di dunia Barat yang merupakan Bapa Perubatan Moden.
Beliaulah yang menjadi individu pertama membuat kajian terhadap subjek mata dan juga mengkaji jenis-jenis penyakit baharu serta kaedah rawatan mencegahnya seperti Tibi, rubella, cacar, alahan dan penyakit jiwa.
*
Kini dalam dunia millenial, kita sedang berdepan cabaran wabak COVID-19 pula dan seluruh masyarakat dunia sedang menantikan vaksin terbaik untuk menghindarkan diri daripada dijangkiti.
Setakat ini, sudah ada beberapa vaksin yang diterima pakai oleh kebanyakan negara. Salah satunya ialah vaksin BioNTech Pfizer yang turut digunakan di Malaysia sekarang.
Tapi, tak ramai yang tahu bahawa mereka yang bertanggungjawab terhadap ciptaan ini ialah pasangan suami isteri beragama Islam.
Macam plot cerita filem adiwira kan apabila pasangan suami isteri yang menjadi penyelamat dunia. Tapi inilah kejayaan realiti yang telah dunia saksikan pada masa ini.
Dr Ugur Sahin, 55 dan isteri, Dr Ozlem Tureci, 63 merupakan pengasas syarikat BioNTech. Dr ugur berasal dari Turki sebelum dibawa berpindah ke Jerman oleh ibu bapanya yang bertugas di syarikat automobil Ford.
Beloau memiliki ijazah kepakaran khidmat terapi imuniti buat pesakit barah dan telah bertemu isterinya semasa bertugas sebagai tutor di hospital di Cologne dan Hamburg. Dr Ozlem pula pula merupakan anak perempuan kepada seorang ahli fizik berketurunan Turki yang berpindah ke Jerman
Hasil daripada pertemua, pengalaman dan kepakaran mereka berdua, Dr Ugur dan isteri memutuskan untuk membangunkan sebuah syarikat bernama BioNTech pada tahun 20008 bagi penciptaan alat imunoterapi kanser. Sehingga kini, syarikat tersebut telahpun mempunyai 1,800 orang pekerja.
Lokasi syarikat BioNTech milik pasangan ini..
Mereka terlalu gemarkan pekerjaan mereka sehinggakan pada hari perkahwinan, mereka tetap memasuki makmal untuk meneruskan kajian!
Satu demi satu ciptaan yang mereka hasilkan dan terbaru adalah vaksin dengan kerjasama Pfizer. Menurut laporan, vaksin ini didapati efektif sehingga 90 peratus berbanding vaksin COVOD-19 yang lain.
Besar sungguh jasa mereka yang mengerah kepakaran serta penyelidikan untuk manfaat masyarakat dunia.
Pengacara terkenal, Nana Mahazan melihat penglibatan anak perempuannya, Althea dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sebagai satu pengalaman yang sangat berharga...