Bagi kebanyakan mualaf, memeluk agama Islam, walaupun indah, mereka selalunya akan mendapat tentangan yang hebat daripada kalangan keluarga lebih-lebih lagi dari kedua-dua orang tua.
Beruntung pemuda ini, selepas lapan tahun jatuh cinta dalam diam terhadap Islam, malah kerap mengalami mimpi ditauliahkan sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Mekah membuatkan pemuda cina ini nekad memeluk Islam.
Mohd Dylan Yap Abdullah telah melafazkan dua kalimah syahadah pada 14 Mei tahun lalu kini sedang mendalami Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Pengkalan Chepa.
Ads
Memetik laporan BH, beliau tertarik terhadap Islam ketika belajar di sekolah mengengah dan seorang rakaanya pernah menghadiahkan sebuah buku mengenai kisah 25 rasul.
Ads
“Dalam buku itu ada dinyatakan mengenai peraturan dalam Islam, solat lima waktu dan segala yang baik mengenai Islam. Namun ketika itu pemahaman saya masih belum jelas dan tiada sesiapa yang boleh dirujuk sehingga tahun lalu saya diberi petunjuk oleh Allah melalui mimpi yang sama selama empat bulan membuatkan saya nekad memeluk Islam,” katanya.
Tidak semua perkara baharu yang kita lakukan diterima orang sekeliling. Begitu juga apa yang menimpa Mohd Dylan kerana tahun ini merupakan tahun pertama beliau meraikan sambutan Tahun Baharu Cina tanpa keluarga di sisi.
Ads
Hasratnya memeluk Islam mendapat tentangan hebat daripada keluarga terutama ibunya, malah mereka belum mengetahui Mohd Dylan benar-benar sudah menjadi mualaf.
Mohd Dylan turut berasa sedih kerana layanan tunangnya tidak semesra dahulu apabila bertukar agama. Meskipun ramai dalam ahli keluarganya tidak bersetuju, tetapi ibu saudaranya merestui tindakannya, malah menasihati agar memilih wanita yang baik dan berakhlak mulia untuk dijadikan isteri suatu hari nanti.
“Saya juga berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Jordan suatu hari nanti dan jika diberi peluang, ingin berkhidmat di mana-mana institusi agama Islam,” katanya.
Sumber: Berita Harian dan Youtube
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jadi apabila Pilihan Raya Umum bakal berlangsung esok buat kali ke-14, seluruh rakyat Malaysia bercakap mengenainya dan dilanda demam PRU – termasuklah AirAsia.
Hari ini, Presiden parti Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas menamatkan kunjungan berkempen 2 hari beliau di Sabah. Bukan satu kebetulan apabila Datuk Seri Najib memilih pesawat AirAsia.
Ini semua gara-gara imej luar pesawat Airbus A330-300 milik AirAsia tersebut yang berubah dari warna simbolik merah kepada warna biru, mirip warna rasmi parti Barisan Nasional. Di bahagian tengahnya pula terpampang slogan Hebatkan Negaraku – iaitu tagline kepada kempen parti tersebut.
Manakala slogan berbahasa Inggeris, Make My Country Greater pula ada di bahagian bawah.
Bukan itu saja, pakaian pramugari yang bertugas juga berubah dari merah ke biru. Memang wow dan jarang berlaku ni!
Sebelum berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Datuk Seri Najib juga sempat bergambar bersama beberapa petugas rasmi parti Barisan Nasional, pemimpin dari Sabah dan tentunnya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez.
* * * * *
Terlebih dahulu, Tan Sri Tony Fernandez dapat dilihat di dalam sebuah video yang dimuat naik di oleh akaun YouTube Negaraku.
Melalui paparan video tersebut, Tan Sri berterima kasih kepada pihak Kerajaan yang telah menguruskan syarikat GLC dan syarikat gergasi seperti AirAsia untuk berkembang seperti sekarang.
Bermula daripada sebuah syarikat penerbangan dengan 2 buah kapal terbang, kini AirAsia berada di kedudukan atas sebagai salah satu jenama Malaysia yang dikenali dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini ramai yang keliru dengan nama Perdana Menteri kita adakah Muhyiddin atau Mahiaddin.
Namun baru-baru ini tular satu edaran atau memo mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya, Mahiaddin Bin Md Yassin atau Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin.
Hal ini kerana, bagi yang tidak mengetahui, nama rasmi Perdana Menteri kita bukanlah Muhyiddin Yassin tetapi ‘Mahiaddin’.
Surat dan Dokumen Rasmi
Surat edaran bertarikh 3 Jun itu mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya, iaitu dengan ejaan “Mahiaddin Bin Md Yassin” atau “Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin”.
Difahamkan, arahan tersebut dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara. Antara faktornya adalah kerana pada bulan April, Mahkamah membebaskan seorang lelaki setelah memutuskan bahawa perintah penahanan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri itu tidak sah, kerana itu bukanlah nama sebenarnya seperti yang tertera pada MyKad dan Warta Kerajaan Persekutuan.
Namun, untuk media dan orang ramai masih boleh menggunakan Muhyiddin. Tidak ada perubahan pada skor itu, ”kata sumber.
–fotoBERNAMA (2020)
Untuk info, Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan Malaysia dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 March 2020.
Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa senaman merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilakukan secara berkala bagi mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan. Malah, ramai memilih untuk melakukan senaman ‘indoor’ seperti menyertai kelas yoga, kelas pilates dan ‘Spin Class’ yang semakin popular.
Pempengaruh popular, Sofea Shra baru-baru ini, berkongsi pengalamannya diserang kegagalan buah pinggang di laman sosial Instagram selepas pulang dari ‘Spin Class’.
Sofea Shra
Hal ini berlaku selepas Sofea menyertai kelas senaman “spin class”, Sofea mula merasai kesakitan pada otot kaki yang pada mulanya hanya dianggap kekejangan biasa.
Kemudian ia berlarutan sehingga menyebabkan pempengaruh ini tidak dapat tidur sepanjang malam. Sofea mengalami sakit tersebut hampir dua hari dan akhirnya dia membuat keputusan untuk ke hospital.
Malangnya, wanita berusia 26 tahun ini turut ditahan selama 5 hari di hospital untuk menerima rawatan selepas disahkan menghidap Rhabdomyolysis atau Rabdomiolisis.
” last week i saja teman kawan i pegi spin class. mind you, i ni bukan lah seorang yang exercise. tapi i just nak cuba sebab nampak mcm seronok.-salah i is i tak research anything about the exercise so i taktahu pape. lepas habis class, kaki i sakit sangat sangat tapi i ingatkan normal la mcm muscle sore gitu”
CK Dalam Badan Meningkat Lebih 180 Kali Ganda Berbanding Tahap Normal
Dia kemudian memaklumkan kepada doktornya untuk membuat ujian air kencing dan mendapati tahap creatine kinase (CK) di dalam badannya mencecah 55,000 unit per liter (U/L).
Untuk info, CK adalah sejenis enzim yang membantu otot menghasilkan tenaga dan boleh ditemui di jantung, otot rangka dan otak.
Tahap CK normal sepatutnya kurang daripada 300 U/L dan pesakit akan didiagnosis dengan rhabdomyolysis jika tahap ini meningkat sekurang-kurangnya lima kali ganda (1,500-100,000 U/L).
Rhabdomyolysis Boleh Terjadi Jika Abaikan Had Kemampuan Tubuh Badan
Kenali Penyakit Ini
Rabdomiolisis adalah satu keadaan perubatan yang jarang berlaku tetapi berbahaya, di mana otot-otot rangka pecah dan melepaskan kandungan sel-sel otot (seperti mioglobin) ke dalam aliran darah. Kandungan ini, terutamanya mioglobin, boleh merosakkan buah pinggang dan mengakibatkan kegagalan buah pinggang jika tidak dirawat dengan segera. Penyakit ini sering dikaitkan dengan kecederaan otot yang teruk atau keadaan perubatan tertentu.
PUNCA : Rabdomiolisis boleh berlaku akibat pelbagai sebab, antaranya:
Trauma atau kecederaan fizikal yang teruk – Kemalangan yang menyebabkan kecederaan otot, seperti kemalangan jalan raya atau kecederaan sukan, boleh mencetuskan rabdomiolisis.
Senaman fizikal yang melampau – Aktiviti fizikal yang melampau seperti latihan ketenteraan, sukan maraton, atau senaman berlebihan boleh merosakkan otot.
Penggunaan dadah atau alkohol – Penggunaan dadah seperti kokain, heroin, dan juga alkohol secara berlebihan boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan mengalami rabdomiolisis.
Jangkitan – Sesetengah jangkitan bakteria atau virus yang menyerang otot boleh menyebabkan rabdomiolisis.
Keadaan perubatan – Penyakit seperti gangguan metabolik, penyakit autoimun, atau kecacatan genetik juga boleh menjadi penyebab kepada rabdomiolisis.
Penggunaan ubat-ubatan tertentu – Sesetengah ubat, terutamanya statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol, boleh meningkatkan risiko rabdomiolisis, terutamanya jika diambil dalam dos yang tinggi.
GEJALA : Gejala rabdomiolisis boleh berbeza-beza bergantung pada keparahan keadaan dan punca yang menyebabkannya. Antara gejala yang biasa termasuk:
Sakit otot – Kesakitan yang teruk pada otot, terutamanya di bahagian kaki, lengan, atau punggung.
Kelemahan otot – Otot menjadi lemah dan sukar untuk bergerak.
Air kencing gelap – Warna air kencing berubah menjadi coklat atau merah kerana kehadiran mioglobin dalam air kencing.
Bengkak – Bahagian otot yang terjejas mungkin membengkak.
Kelesuan dan keletihan – Pesakit mungkin merasa sangat letih dan tidak bermaya.
Komplikasi Rabdomiolisis boleh menyebabkan komplikasi serius jika tidak dirawat.
* Jadi korang jadikan perkongsian Sofea sebagai pengajaran dan iktibar, lakukan senaman secara berkala, bukan dengan tiba-tiba dan keterlaluan pula. Moga Sofea Shra sembuh dan sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dinda Anwar muncul sebagai pemenang utama All Stars Influencers Award (ASIA) 2026 selepas menewaskan 109 pempengaruh dari 20 negara sekaligus membawa pulang hadiah US$10,000 dan trofi.