Tidak sah bila bulan Ramadan tiba, rakyat Malaysia tidak berpusu-pusu ke bazar. Aneka pilihan makanan dan minuman yang menggiurkan semestinya menjadi perhatian bagi mereka yang berpuasa.
Bazar Ramadan yang kerap menjadi tumpuan orang ramai.
Namun, terdapat beberapa aduan yang merisaukan berkenaan makanan di bazar Ramadan yang dikatakan berkulat, basi dan tidak segar.
Pada 31 Mac lalu pengguna Twitter @MALAYSIAVIRALLL menyiarkan semula beberapa gambar karipap busuk. Menurut tweet itu, wanita yang membeli karipap itu telah membelinya di bazar Ramadan dan sama sekali tidak menyangka makanan itu sudah berkulat.
TOLONG RT
KARIPAP SAMPAH
Assalamualaikum. Kepada peniaga2 bazaar ramadhan rasanya dah byk kali viral pasal makanan2 yg tak elok, tak sangka harini terkena pada sy juga. Harini sy ada beli 2 paket karipap, tapi KARIPAP YANG DAH BERKULAT.
Tambahnya, sejurus sahaja kakak dan ibunya menggigit karipap itu, mereka segera menyedari ada sesuatu yang tidak kena kerana rasanya yang agak masam.
Dalam keadaan keliru, wanita itu terus membelah dua karipap itu dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati isi karipap itu sudah berkulat.
“Kepada peniaga bazar Ramadan, rasanya sudah banyak laporan makanan rosak yang tular. Saya tidak sangka ia akan menjejaskan saya sehingga hari ini. Saya membeli dua bungkus karipap, tetapi semuanya berkulat,” katanya.
Ads
Visual karipap yang sudah berkulat telah tersebar di media sosial.
Pengguna itu turut menggesa akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) agar tindakan segera diambil.
Selain itu pada 31 Mac, pengguna Twitter @isusemasaviral telah berkongsi satu lagi insiden di mana seorang wanita hamil mendapati bahawa ikan goreng yang dibelinya sudah busuk.
Bala…harini beli lauk dekat bazaar/pasar malam dekat area flat ppr batu muda… dah nak habis makan baru perasan ada ulat.Bukan sekor atau dua tapi berpuluh2 ekor dekat perut ikan. Ingatkan beras tak masak tapi..ulat rupanya. Dahla saya ibu mengandung… Allah sungguh azab pic.twitter.com/v3QilEecvt
Wanita itu berkata, dia membeli lauk itu dari bazar Ramadan yang terletak di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur. Menurut beliau lagi, dia menyedari bahawa ikan itu dipenuhi dengan ulat.
Ads
“Saya baru nak habis makan baru perasan ada ulat. Bukan seekor dua, tapi berpuluh-puluh ekor dekat perut ikan. Pada mulanya saya sangkakan ia nasi, tetapi ia kelihatan seperti ulat,” tulisnya.
Gambar ikan yang dimuatnaik jelas kelihatan mengandungi ulat.
“Saya bukan minta ganti rugi, tapi tolong ikhlaskan hati bila nak berniaga untuk jana pendapatan keluarga, jangan aniaya orang macam ni,” tambahnya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan kecewa dengan tahap kebersihan makanan tersebut dan sifat tidak bertanggungjawab oleh penjual. Mereka turut menggesa agar pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar tindakan tegas diambil kerana kes keracunan makanan bukanlah perkara enteng dan boleh membawa maut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penularan wabak koronavirus (Covid-19) membuatkan sebahagian penduduk dunia berada dalam keadaan panik sehingga mencetuskan pelbagai ‘malapetaka’ kerana masing-masing cuba menyelamatkan diri daripada jangkitan.
Jika sebelum ini menerusi data hasil kajian daripada pasukan saintis perubatan Universiti Perubatan Nanjing yang dikenali oleh Dr Jianging Wing, Ketua Bahagian Urologi di Hospital Suzhou, mendapati Coronavirus ini menjadi ancaman terbesar kepada pesakit lelaki.
Terkini lebih banyak kajian ditemui oleh pakar dan penyelidik perubatan, apabila mendapati coronavirus memang boleh menyebabkan masalah kemandulan terhadap orang lelaki yang dijangkiti pandemik ini.
Hal ini sangat di pandang serius oleh pakar perubatan, ini kerana virus berbahaya ini mampu menyerang sel sperma sehingga menyebabkan kemandulan berlaku.
Sel Sperma Berkurangan Hingga 50%
Menurut doktor Dan Aderka daripada Pusat Perubatan Sheba, Israel, membuat pemeriksaan keatas orang lelaki yang dijangkiti coronavirus dan mendapati virus ini telah memasuki sperma.
Menerusi hasil dapatan kajian, laporan menunjukan lebih kurang 50 peratus jumlah sel sperma berkurangan.
Perubahan Pada Sel Sperma
Pusat Perubatan Sheba telah menjalankan siasatan terhadap 12 pesakit dan menemui bahawa terdapat perubahan terhadap sel testis yang menyokong perkembangan dan menghasilkan hormon testosterone.
Sperma yang normal biasanya akan matang sekitar hari ke-70 hingga hari ke-75, tetapi apabila pemeriksaan dilakukan selepas sperma matang para penyelidik mendapati sel sperma berkurangan.
Buah Pinggang
Kajian daripada Universiti Perubatan Nanjing pula menyatakan ACE2 (Angiotensin Converting Enzyme 2) paling banyak dijumpai pada jaringan buah pinggang dan testis, terutamanya sel tubular buah pinggang, sel-sel dan sel-sel Leydig dalam saluran-saluran seminiferous dalam buah zakar. Kerosakan yang dilakukan kepada tisu-tisu ini boleh meninggalkan luka, dan akibatnya menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki.
Kajian itu telah dijalankan berdasarkan data yang mereka perolehi daripada 146 pesakit lelaki, namun ia akan dikaji semula dan boleh diakses secara dalam talian di medRxiv.
Jadi marilah kita menjaga kesihatan diri masing-masing dan mengikut SOP yang ditetapkan agar terhindar dari penyakit bahaya ini.
Apabila raja dunia fesyen tanah air buka mulut mengenai penarikkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun menabur budi dalam industri fesyen.
Pengumuman itu dibuat di Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya malam tadi adalah detik yang paling sukar dalam hidup beliiau.
Bimbang tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa selepas melihat beberapa kematian teman secara mengejut juga menjadi salah satu pendorong utama beliau membuat keputusan yang sudah dibuat sejak tahun lalu.
Datuk Rizalman Ibrahim, 49 tahun mengakui pernah berada dalam ‘zon sombong’ terutamanya ketika nama berada di puncak, Rizalman menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada pembantu yang sudah 15 tahun bersamanya, Faizul Surani.
Akan memfokuskan kepada cabang lain termasuklah hiasan dalaman, kosmetik dan kecantikan, malam tadi merupakan hari yang mana koleksi terakhir hasil kolaborasi beliau sebagai pereka fesyen dengan gedung dalam talian, Zalora diperagakan.
Menterjemahkan keeratan silaturahim bersama semua pengikut dan tanda persahabatan beliau dengan Dayang Nurfaizah sejak 20 tahun lalu melalui konsert tersebut, Tunku Azizah juga dikhabarkan hadir menyaksikan momen berkenaan.
Turut menyumbangkan hasil jualan tiket konsert berkenaan sebanyak RM50,000 keopada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah,
Sudah menjadi kebiasaan setiap kali memasuki tahun baru, acara sambutan besar-besaran bakal dianjurkan dengan persembahan bunga api di kebanyakan tempat di seluruh negara.
Namun, sejak dua tahun ini sambutan tahun baru tidak lagi meriah kerana pandemik COVID-19 yang melanda duna. Tahun ini juga, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan pembatalan sambutan Tahun Baharu, sebaliknya akan diganti dengan solat hajat dan doa selamat bagi menghormati nasib mangsa banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Menurut Berita Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak meluluskan sebarang permit penganjuran sambutan Tahun Baharu di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata ia bagi mengelak risiko penularan COVID-19 dalam komuniti.
Orang ramai diingatkan supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti sambutan tahun baharu atau berkumpul beramai-ramai pada malam ini di mana-mana lokasi tumpuan ramai.
Pihak polis dilaporkan akan menjalankan pemantauan dan rondaan pematuhan SOP PPN Fasa 4 di beberapa lokasi tumpuan sekitar ibu negara sempena sambutan Tahun Baru 2022.
Jadi bagi korang yang dah merancang nak sambut tahun baru, batalkan sahaja niat itu kerana takut ditahan kerana melanggar pematuhan SOP. Hiks!
Happy New Year guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.