Kematiannya berlaku di 10 malam terakhir Ramadan lepas dan yang lebih membahagiakan adalah ia berlaku betul-betul di hadapan makan Rasulullah SAW.
Badrul Munir atau lebih mesra dipanggil Abang Bad menjadi insan terpilih kerana telah meninggal dunia ketika memasuki kawasan makan untuk solat ketika mengerjakan umrah.
Subhanallah, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan apabila dijemput Ilahi di bulan Ramadan. Lebih membahagiakan ia berlaku di 10 malam terakhir yang berbeza dari malam-malam sebelumnya. Tapi apa yang lebih membahagiakan ialah kematian lelaki ini betul-betul berlaku di hadapan makam Nabi Muhammad SAW di Madinah. Maha Suci Allah. Malah kematiannya amat dicemburui seluruh umat Islam.
Seorang rakyat Malaysia, Badrul Munir atau mesra disapa Abg Bad di kalangan rakan-rakannya menjadi insan terpilih apabila meninggal malam tadi betul-betul di hadapan makam Rasulullah SAW di Madinah ketika arwah memasuki kawasan makam untuk solat ketika mengerjakan umrah.
Berita ini menjadi viral malah bangsa Arab sendiri menganggap perkara ini amat luar biasa kerana ianya jarang-jarang terjadi. Apa kebaikan dan sisi baik arwah sehingga darjatnya diangkat begitu tinggi iaitu dapat meninggal di hadapan makam Nabi, malam Jumaat dan lebih penting ialah di 10 malam terakhir umat Islam berpuasa.
Menurut info yang diberikan oleh seorang Ustaz iaitu Ustaz Jamal dari Hulu Langat, yang berada di Tanah Suci berkata, dikatakan arwah bersolat tahajjud di dalam bilik sebelum kematiannya berlaku. Sempat minum satu gelas air masak dan selepas itu Ustaz Jamal sempat meminta satu gelas dari arwah.
Arwah meninggal di hadapan Makam Nabi, Malam Jumaat dan 10 Malam terakhir Ramadan. Kematian yang amat dicemburuiArwah banyak berbuat bakti kepada golongan ulama dan kerana itulah cara kematiannya dimuliakan
Habis minum, mereka menuju ke Masjid Nabawi,s olat sunat Qabliah diikuti solat fardu Subuh dan solat jenazah. Arwah kemudiannya menuju masuk ke Makam Nabi Muhammmad SAW.
Ads
“Saya dan Wak Ramli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar tapi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula. Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW.
“Arwah betul-betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meninggal. Innalillahiwaninailahirojiun.
Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.
Amalan besar yang Badrul Munir dapat iaitu meninggal depan Makam Rasulullah adalah kerana dia banyak berkhidmat untuk Ulama, Madrasah, Masyaik. Semua mereka ini adalah waris Rasulullah.
Kematiannya menjadi bualan di kalangan bangsa Arab kerana cara kematiannya cukup indahBetapa beruntungnya arwah kerana didoakan oleh orang ramaiRatusan orang menghadiri upacara pengkebumi arwah abang Bad tanpa mengira bangsaArwah dikebumikan di Jannatul Baqi di Madinah
Jadi Allah baginya satu kematian yang dicemburui oleh semua orang. Orang-orang Arab pun kata ini orang hebat, bukan calang-calang punya manusia. Semua doa dapat untuknya. Kami sedang aturkan solat jenazahnya dan pengkebumiannya di Janantul Baqi.
Ads
Ini enam senarai kelebihan arwah Badrul iaitu meninggal dalam Masjid Nabawi, di hadapan Makam Rasulullah SAW, Sedang Berpuasa, Safar Umrah, Malam Jumaat dan Bulan Ramadan serta 10 malam terakhir.
Sangat-sangat beruntung sesiapa yang meninggal di Madinah kerana Nabi saw akan beri syafaat.
Ini bersesuaian dengan hadis,
Sesiapa yg boleh mati di Madinah hendaklah mati di sana kerana Aku akan syafaat sesiapa yg mati di Madinah. Hr Tirmizi sahih.
Engkau beruntung kerana Meninggal di hadapan Rasulullah yang menyebabkan gugur dosa-dosa. Firman Allah swt :
Dan kalaulah Apabila mereka menzalimi diri mereka sendiri lalu datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 64 : Annisaa
Jabatan Siasatan Anti Narkotik Polis Mumbai akan memulakan siasatan terhadap pelakon wanita Kangana Ranaut yang disyaki terlibat dengan rangkaian dadah.
Menteri Dalam Negeri India, Anil Mukesh memaklumkan yang pihak polis sedang menyiasat bahawa ada kemungkinan pelakon yang tersenarai dalam antara aktres yang menerima bayaran tertinggi di India itu mengambil dadah.
Sebagai balasan terhadap pertuduhan itu, Kangana dalam satu hantaran di laman Twitter mencabar pasukan keselamatan supaya melakukan ujian pengesanan dadah terhadap dirinya.
“Saya sangat gembira untuk melakukan ujian. Polis Mumbai dan Anil Mukesh sila lakukan ujian dadah, siasat rekod pangilan say jika anda boleh menjumpai sebarang hubungan dengan pengedar dadah, saya akan terima kesalahan itu dan akan meninggalkan Mumbai buat selama-lamanya. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan anda.”
Untuk pengetahuan anda pelakon berusia 33 tahun ini telah mula menceburi dunia hiburan Bollywood sejak zaman remaja lagi. Dia mula muncul di layar perak menerusi filem 'Gangster pada' 2006 ketika berusia 16 tahun. Menerusi filem ini dia dianguerahkan Best Female Debut di Global Indian Film Award.
Awal tahun ini, pelakon tersebut menerima anugerah berprestij kebangsaan India, Padma Shri atas sumbangannya di dalam bidang perfileman. Anugerah tersebut merupakan anugerah keempat tertinggi diberikan oleh kerajaan India kepada rakyat negara itu.
Sumber: Time of India
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban hari Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 yang tinggi dan semalam, 11,985 lagi kes dengan 199 kematian dicatatkan.
Jumlah kes aktif mencapai 137,587 setakat semalam dan ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana keadaan di hospital sekarang. Bukan hanya perlu merawat pesakit COVID-19, ia secara tidak langsung memberi kesan buat pesakit-pesakit lain juga ekoran ketiadaan tempat untuk dimasukkan ke dalam wad.
Oleh yang demikian, menurut Malaysiakini, pesakit bukan COVID-19 di hospital kerajaan di Lembah Klang akan dipindahkan ke hospital swasta serta-merta bagi meningkatkan kapasiti sistem kesihatan awam untuk merawat pesakit wabak itu.
Menurut sepucuk surat kepada Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh, arahan kerajaan itu berkuat kuasa semalam.
Kos rawatan pesakit yang dipindahkan ini akan ditanggung kerajaan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Sebarang tuntutan bagi kos rawatan yang melebihi kadar yang ditetapkan dalam garis panduan akan dijelaskan selepas penilaian dan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Kesihatan.
Berikut merupakan garis panduan penyumberluaran bagi pesakit bukan COVID-19 di hospital swasta, kadar siling yang ditetapkan:
• Katil: Wad berkadaran harian yang paling rendah
• Caj pesakit (untuk kes pembedahan): RM45,000
• Caj pesakit (tidak melibatkan pembedahan): RM25,000
• Caj rawatan susulan: RM5,000
Pihak hospital perlu memaklumkan kepada kementerian jika pesakit yang sudah keluar memerlukan rawatan susulan lebih daripada tiga kali. Ia bagaimanapun tidak termasuk rawatan radioterapi.
Hospital swasta juga tidak dibenarkan untuk memindahkan pesakit ke hospital swasta lain tanpa kebenaran kementerian.
Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan menyediakan lebih banyak ruang untuk pesakit COVID-19 di kemudahan mereka dan sama-samalah kita terus berdoa agar situasi pandemik ini berakhir dengan segera.
Dalam situasi orang ramai terlalu berjaga-jaga kerana khuatir dijangkiti COVID-19, masih ada lagi individu yang tidak bertanggungjawab memandang perkara ini dengan remeh.
Sebuah video di laman Tik Tok menunjukkan seorang remaja menanggalkan gelang pink gara-gara ingin keluar bersiar-siar menjadi tular dan dek kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu, gadis tersebut dikatakan telah dikompaun oleh pihak polis sebanyak RM5,000.
Dia pakai gelang pink lepastu cabut sebab nak keluar ! Tolong lah jangan bodoh pic.twitter.com/9BMykVSPBA
Menurut Harian Metro, selepas mengenalpasti video itu, polis berjaya mengesan lokasi remaja terbabit yang didapati menanggalkan gelang kuarantin tanpa kebenaran KKM.
Di dalam video itu, remaja tersebut turut berseloroh mengatakan bahawa ‘gelang’ itu dibeli oleh ibunya sambil menunjukkan kepada rakannya.
Difahamkan ketika itu, dia hanya singgah di rumah kawannya di kawasan berkenaan. Remaja itu menjalani ujian swab pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi.
Haih, sungguh tidak bertanggungjawab tindakan yang dilakukan oleh individu itu.
Kompaun yang dikenakan adalah di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
Pihak polis turut menasihati masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi wabak Covid-19. Mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Hm, kan tak pasal-pasal dah kena denda RM5,000. Perkara seumpama ini tidak wajar untuk dipandang remeh kerana ia melibatkan ramai pihak sekiranya kes positif COVID-19 dikesan daripada individu itu.
Di harap masyarakat lebih sensitif dan tidak mementingkan diri sendiri dalam melakukan tindakan yang tidak wajar.