Para pelajar pasti akan terfikir-fikir apakah kriteria penting memilih institusi pengajian yang terbaik selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau STPM. Selain memilih bidang pengajian yang sesuai, dan universiti yang terbaik juga memainkan peranan penting.

Tapi korang pernah terfikir tak, siapa pengasas dan pelopor utama penubuhan universiti didunia?

Kita juga kena tahu bahawa terdapat fakta yang menunjukkan universiti pertama di dunia bukanlah Oxford mahupun Harvard. Ia dibina berabad lebih lama daripada itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Macam-Macam Bentuk, 10 Kampus Universiti Dengan Seni Bina Unik Di Dunia

Lahirkan Ramai Ilmuwan, Kenali Fatimah Al-Fihri Dan Universiti Pertama Dan Tertua Di Dunia
Panorama universiti tertua di dunia. Imej dari Inside Arabia

Universiti Al-Qarawiyyin yang telah dibina di Morocco pada tahun 859-Masihi di mana universiti lain seperti Cambridge dan sebagainya dibina selepas 500 ke 600 tahun kemudian. Malah, Universiti Al-Qarawiyyin ini adalah salah satu unversiti yang berpengaruh di dunia. Ketika ia dibina, zaman tersebut dikatakan sebagai zaman kegemilangan Islam atau ‘The Gloden Age Of Islam’ dan merupakan zaman kegelapan di Eropah.

IKLAN

Universiti Al-Qarawiyyin juga sangat terkenal dengan tinggalan-tinggalan sejarah seperti manuskrip, masjid dan perpustakaan. Antara manuskrip yang sangat bernilai di sana ialah Quran versi lama dengan kaligrafi Kufi di atas kulit unta yang wujud sejak abad ke-9 dan koleksi tulisan hadith yang terawal.

Pengasas universiti ini adalah wanita dari Tunisia bernama Fatima Al-Fihri

Mengikut laporan Fatimah Al-Fihri atau nama penuhnya Fatima Binti Muhammad Al-Fihriya merupakan seorang wanita Muslim dan juga pengasas kepada universiti tertua di dunia yang dicatatkan oleh UNESCO.

Lahirkan Ramai Ilmuwan, Kenali Fatimah Al-Fihri Dan Universiti Pertama Dan Tertua Di Dunia
Hanya ada lukisan sahaja. Imej dari DW

Fatimah Al-Fihri adalah merupakan wanita dari anak seorang saudagar kaya yang telah berpindah ke satu bandar yang kini dikenali sebagai Bandar Tunisia. Di sinilah beliau mula membina sebuah universiti ataupun masjid yang diberi nama sebagai Al-Qarawiyyin.
Setelah suami dan ayahnya meninggal dunia, Fatimah ditinggalkan dengan harta kekayaan yang sangat banyak begitu juga adiknya, Mariam Al-Fihri.

IKLAN

Oleh yang demikian, Fatimah mengambil keputusan membina masjid dan sebuah institusi pengajian dari harta kekayaan yang telah ditinggalkan kepada beliau.

Jika Fatimah pengasas kepada universiti tertua di dunia, adiknya Mariam Al-Fihri pula merupakan pengasas kepada Masjid Al-Andalus yang terletak di Sepanyol.

Lahirkan Ramai Ilmuwan, Kenali Fatimah Al-Fihri Dan Universiti Pertama Dan Tertua Di Dunia
Ijazah perubatan pertama di keluarkan universiti ini. Imej dari Morocco Wolrd News

Menariknya, Universiti Al-Qarawiyyin ini dahulunya adalah sebuah masjid dan seperti yang kita tahu, masjid adalah sebuah pusat aktiviti utama bagi umat Islam.

IKLAN

Namun, kisah Fatimah Al-Fihri memang tidak diceritakan dengan lebih mendalam dalam sejarah bagaimana kehidupan awal beliau. Mungkin ia disebabkan oleh kejadian kebakaran yang berlaku di Universiti Al-Qarawiyyin pada sesuatu ketika dahulu.

Di universti ni jugalah tempat tokoh-tokoh ilmuwan agama belajar. Untuk muslim seperti Hassan Al-Wazzan, Ibnu Rushd, Ibnu Khaldun dan Ibn Hazm. Malah ada ilmuan Yahudi dan Kristian juga merupakan alumni dari universiti ini.

Fakta menarik, Pope Sylvester II merupakan salah seorang alumni dari Universiti Al-Qarawiyyin dan telah memperkenalkan nombor arab kepada Eropah yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

Sumber : 1

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI