Kadang-kadang, perkara yang nampak kecil bagi sesetengah orang sebenarnya membawa makna besar untuk orang lain. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu perkongsian menyentuh hati oleh pengguna Threads, Elin Othman, tentang anaknya, Mikaiel Muqhriz seorang remaja autism yang cukup istimewa.
Menurut Elin, anaknya yang berusia 17 tahun dan mempunyai mild autism itu dengan penuh teruja meminta ibunya memasak hidangan istimewa. Tujuannya cukup simple dia ingin menjamu rakan-rakan sekelas yang bakal datang ke rumah.
“Anak mild autism saya, Mikaiel Muqhriz minta saya masak sedap-sedap hari ni sebab nak menjamu 12 orang rakan sekelas di sekolah,” kongsinya.
Keterujaan seorang remaja autism seperti Mikaiel bukan sekadar tentang makanan, tetapi lebih kepada peluang untuk berkongsi masa bersama rakan-rakan. Bagi sesetengah individu dalam spektrum autism, membina hubungan sosial bukanlah sesuatu yang mudah, justeru jemputan ini membawa makna yang cukup besar.
View on Threads
Hanya 4 Yang Hadir, Bukan Kali Pertama Dikecewakan
Namun, apa yang dirancang tak menjadi seperti diharapkan. Daripada 12 orang yang dijemput, hanya empat sahaja yang hadir. Lebih menyedihkan, menurut Elin, situasi seperti ini bukan kali pertama berlaku kepada remaja autism tersebut.
“Tapi yang hadir cuma 4 orang. Selalu sangat hal macam ni berlaku… tapi Mikaiel selalu maafkan kawan-kawan dia,” katanya lagi.
Situasi ini jelas menunjukkan realiti yang sering dihadapi oleh remaja autism keinginan untuk diterima, tetapi sering berdepan kekecewaan yang berulang. Walaupun begitu, Mikaiel tetap memilih untuk tidak menyimpan dendam.
Ads
Walaupun kecewa, Mikaiel tetap cuba menyembunyikan perasaannya. Malah, dia bersungguh-sungguh menghabiskan makanan yang dimasak ibunya bukan kerana lapar semata-mata, tetapi kerana takut ibunya akan marah melihat lebihan makanan yang banyak.
“Bersungguh-sungguh dia makan sebab takut saya marah… banyak lagi balance makanan. Pelan-pelan Mikaiel, nanti tercekik… Ibu tak marah, tapi sedih kawan-kawan buat macam tu.”
Reaksi ini memperlihatkan sisi empati seorang remaja autism yang mungkin tidak semua orang sedari. Di sebalik kekurangan yang sering dilabelkan, mereka sebenarnya mempunyai perasaan yang sangat mendalam.
Perkongsian Menyentuh Hati Netizen
Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan pada masa sama terharu dengan sikap Mikaiel yang begitu pemaaf.
Ada yang menawarkan diri untuk datang jika dijemput lain kali, malah ada juga ibu bapa yang berkongsi pengalaman anak mereka yang turut berada dalam spektrum autism dan berdepan situasi serupa sukar mencari kawan yang benar-benar memahami.
Ads
Tidak kurang juga yang berseloroh, meminta Elin membuat hebahan lebih awal jika ada jamuan seterusnya, supaya mereka boleh ‘join’ dan membantu Mikaiel menghabiskan makanan.
Di sebalik kisah ini, terselit satu realiti yang jarang kita fikirkan bagi sesetengah anak, satu jemputan kecil itu mungkin membawa harapan yang besar. Bagi remaja autism, setiap usaha untuk berkawan adalah satu langkah berani.
Mereka mungkin tidak menzahirkan perasaan seperti orang lain, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak merasa. Kekecewaan tetap wujud, cuma cara mereka menghadapinya berbeza.
Ads
Semoga lebih ramai yang memahami dan memberi ruang kepada remaja autism untuk merasai kebahagiaan dalam persahabatan yang sebenar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pemain bola sepak wanita Brazil, Kathellen Sousa meraih perhatian apabila dilaporkan telah memeluk agama Islam dan seterusnya menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Makkah.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya, Kathellen atau nama sebenarnya Kathellen Sousa Feitoza (30) berkongsi momen penuh bermakna sepanjang berada di tanah suci Makkah sambil memaparkan detik-detik refleksi diri dan ketenangan yang dilaluinya selepas mengambil keputusan besar dalam hidup.
Memetik laporan The Islamic Information, Kathellen merupakan kapten pasukan bola sepak wanita Al Nassr kini menetap dan beraksi di Arab Saudi, memimpin pasukannya dalam pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan serta serantau. Keputusan beliau untuk memeluk Islam difahamkan dibuat selepas melalui fasa pencarian spiritual.
Pada masa yang sama, kelab Al Nassr turut meraikan penghijrahan tersebut secara terbuka apabila memuat naik beberapa video dan gambar pemain itu ketika menunaikan Umrah. Perkongsian berkenaan memaparkan Kathellen dalam suasana tenang di pekarangan Masjidil Haram.
Dalam rakaman yang dikongsikan, atlet wanita itu dilihat mengambil masa untuk bermuhasabah dan menghayati perjalanan baharunya sebagai seorang Muslim. Walaupun tidak banyak kenyataan rasmi dikeluarkan, bahasa tubuh dan ekspresinya jelas menggambarkan ketenangan yang dirasai.
Di samping itu, perkongsian tersebut menerima ribuan tanda suka serta komen positif daripada peminat di seluruh dunia yang memberikan ucapan tahniah dan mendoakan agar beliau terus istiqamah dalam menjalani kehidupan dengan pegangan baru.
Rakan sepasukan serta atlet lain turut menzahirkan sokongan terhadap Kathellen, menyifatkan tindakannya sebagai satu langkah berani yang wajar dihormati. Mereka juga berharap perubahan ini akan terus memberi kekuatan kepada beliau dalam karier profesional.
Sementara itu, kisah Kathellen Sousa sekali lagi membuktikan bahawa dunia sukan bukan sekadar tentang kemenangan di padang, tetapi juga perjalanan peribadi yang membentuk jati diri seseorang atlet. Dalam mengimbangi komitmen sebagai kapten pasukan dan kehidupan spiritual, beliau kini melangkah ke fasa baharu dengan penuh keyakinan.
Sumber: The Islamic Information & Instagram Kathellen Sousa
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujung minggu ini bertambah hangat berbanding biasa apabila dua pasukan gergasi Premier League (PL), Manchester United dan Arsenal membuka tirai musim 2025/2026 menerusi perlawanan ‘Super Sunday’.
Untuk meraikan adrenalin yang dirasai oleh peminat bola sepak, Astro sebagai penyiar rasmi PL di Malaysia mengajak korang semua untuk sama-sama berkumpul di Ground Floor, Strand Mall, Kota Damansara pada 17 Ogos ini mulai jam 8 malam untuk menyaksikan tayangan langsung berbentuk watch party.
We got your back kerana masuk adalah percuma!
Tambah menarik, ia bukan sekadar tayangan di skrin gergasi sahaja. Turut dilangsungkan adalah program kendalian Adam Carruthers ‘Super Sunday Live’ bersama dua pundit bola sepak, Gary Stevens dan Carlton Palmer mengenai ulasan perlawanan yang berlangsung.
And get this! Astro tidak main-main apabila mengumumkan kehadiran bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner sebagai jemputan khas sempena ‘Super Sunday’ berkenaan.
Nicklas Bendtner
Sambil berpeluang menemui Bendtner face-to-face dan berinteraksi dengan beliau, peminat pasukan Arsenal terutamanya tentu tidak mahu melepaskan peluang dengan fan cam masing-masing.
Tambahan pula, Arsenal sudah lama menantikan kejuaraan liga dan tentunya, Gooners termasuklah Bendtner sendiri mengharapkan agar pasukan bola sepak kegemaran mereka itu berjaya mencapai ekspektasi yang diletakkan.
Selain Bendtner, turut hadir pada malam Ahad ini ialah dua penyanyi tempatan, SonaOne dan Nadeera Zaini yang akan melakukan persembahan untuk menghiburkan hadirin yang ada.
Adakah Manchester United mampu bangkit pada musim PL 2025/2026 setelah merundum pada musim lepas sehingga menamatkan saingan di tangga ke-15. Dan mampukah Arsenal menetapkan benchmark positif dengan memenangi saingan pertama kali ini menentang Manchester United?
Sama-sama kita nantikan di PL Watch Party pada 17 Ogos ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah dua malam berturut-turut keluhan lantang didengari daripada pihak calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 setelah mendapati jadual peperiksaan yang harus mereka hadapi pada bulan Februari tahun hadapan terlalu ketat, hari ini Kementarian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan jadual baharu SPM dalam tempoh terdekat.
Tinjauan REMAJA di media sosial sejak hujung minggu lalu mendapati ramai yang tidak berpuas hati dengan jadual peperiksaan yang meletakkan beberapa subjek kritikal secara berturutan tanpa membiarkan sedikit ruang untuk pelajar benar-benar melakukan persiapan saat terakhir dengan selesa.
Malah, mereka turut mengkritik tarikh peperiksaan yang jatuh pada hari Jumaat dan Ahad menurut paparan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Ini termasuklah subjek Princip Perakaunan Kerta 1, 2 dan 4 serta subjek Al-Adab wa Al-Balaghah yang dijadualkan pada hari Ahad, 6 Mac. Subjek lain seperti Pendidikan Seni Visual – Ujian Melukis, Pendidikan Muzik dan Reka Cipta juga pada awalnya dijadualkan berlangsung juga pada hari Ahad, 13 Mac.
Sementara itu, subjek seperti Bahasa Cina, Bahasa Iban, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Semai, Bahasa Arab, Al-Luhhah Al-Arabiah Al-Mu’asirah dan Turath Bahasa Arab pula jatuh pada hari Jumaat, 18 Mac.
Oleh kerana subjek-subjek ini jatuh pada hari cuti mingguan (Jumaat atau Ahad mengikut negeri), maka ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana situasi tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.
Lalu menerusi hantaran video di Facebook hari ini, Menteri Pendidikan iaitu Datuk Dr Radzi Jidin bekata beliau sudahpun mengadakan perbincangan dengan pihak LPM dan Pengurusan Tertinggi KPM dengan mengambil kira semua pandangan yang diberikan sama ada dari ibu bapa mahupun pelajar. Malah, pandangan pihak guru yang perlu bertugas sebagai pengawas peperiksaan juga diambil kira.
“InsyaAllah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan Peperiksaan SPM 2021 dalam masa terdekat,” jelasnya.
Terdahulu, isu jadual peperiksaan SPM 2021 ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!