Negara hari ini dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya yang melibatkan seramai 94 orang pengunjung, pada jam 2 pagi tadi.
Menurut laporan Utusan Malaysia, tiga tapak perkemahan yang terlibat dalam tragedi berkenaan pada hari ini, yang diusahakan sebuah syarikat disahkan beroperasi tanpa lesen sejak tahun 2020.
Kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, ketiga-tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), pada tahun 2019.
Tambahnya lagi, selain, fokus utama pada masa ini memastikan dapat menyelamatkan sebanyak mana nyawa yang boleh, beliau juga menasihati buat semua pengusaha di luar sana agar mendapatkan nasihat daripada jabatan tertentu sebelum membuka tapak perkhemahan.
Ads
“Mereka ada kebenaran merancang untuk membangunkan kebun organik bukan tapak perkemahan.
“Saya nasihatkan kepada semua pengusaha adalah perlu mendapatkan nasihat daripada Jabatan Mineral dan Geosains sebelum membuka tapak perkemahan di kawasan berisiko tinggi.
“Selain itu, ada lagi 17 hilang dan tidak dapat dikesan, operasi ini akan diteruskan sampai kita jumpa mangsa yang tertimbus dan berharap mereka selamat. Bagi pihak kerajaan saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terkorban,” katanya.
Ads
Sehubungan itu, beliau turut menggesa mana-mana pengusaha tapak perkemahan di seluruh negara yang menjalankan operasi tanpa lesen yang sah berhenti segera sebelum tindakan tegas diambil.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Teluk Intan itu juga berkongsi bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat prihatin dengan tragedi tanah runtuh ini dan memaklumkan akan ke tapak kejadian selepas Isyak.
Ads
Sebagai peringatan, sebaiknya pilihlah lokasi percutian yang selamat. Elakkan bercuti di kawasan yang terdedah pada lereng bukit, tepi sungai, pantai mahupun kawasan rendah yang mudah dinaiki air. Lebih selamat, beristirehat sahaja bersama keluarga di rumah sewaktu musim taburan hujan padat, pada waktu ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Presiden Tunisia, Kais Saied telah mengumumkan yang perlembagaan baharu negara tersebut tidak akan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Keputusan ini diambil atas dasar untuk mereformasi landskap politik negara itu yang telah dituduh sebagai kerajaan yang huru-hara dan mengamalkan rasuah.
Namun begitu tindakan ini turut dilihat sebagai satu usaha untuk mengetepikan parti-parti politik Islamik yang menjadi saingan kepadanya.
Dalam satu penerangan kepada wartawan, Kais berkata, “Perlembagaan Tunisia seterusnya tidak akan menyebut Islam sebagai agama negara, tetapi tergolong dalam masyarakat yang menganuti Islam sebagai agamanya. Masyarakat dan negara adalah dua perkara yang berbeza.”
Presiden Tunisa ke-7 itu menyampaikan draf teks tersebut pada hari Isnin, ia dilihat sebagai satu langkah penting dalam usahanya untuk merombak negara Tunisia selepas dia memecat kerajaan lama pada Julai lalu dalam satu gerakan yang dianggap sebagai rampasan kuasa oleh lawannya.
Sadeq Belaid, pakar undang-undang yang mengetuai jawatankuasa penggubalan, telah memberitahu AFP dalam satu temu bual bulan ini bahawa beliau akan menghapuskan semua rujukan kepada Islam daripada dokumen baharu itu sebagai cabaran kepada parti Islam.
Berikutan kenyataan yang dikeluarkan Kais, Rached Ghannouchi, ahli politik Tunisia dan pengasas bersama parti politik Islam, Ennahda, menyelar tindakan tersebut di laman Facebook. Rached menyifatkan pelan hala tuju presiden untuk membina semula sistem politik Tunisia sebagai pejalanan dengan jalan buntu. Dia juga menekankan bahawa Kais telah mengubah Tunisia daripada rejim demokratik kepada rejim diktator.
Ujarnya, “Rampasan kuasa Qais Saeed memindahkan Tunisia daripada rejim demokratik kepada pemerintahan diktator yang mahukan kesahihan rampasan kuasanya dengan menulis perlembagaan dengan tergesa-gesa menolak kebanyakan kuasa, personaliti dan ahli undang-undang untuk menyertainya.”
Tunisia merupakan sebuah negara yang terletak di utara benua Afrika, ia bersempadan dengan Algeria dan Libya. 99 peratus rakyat negara ini menganut Agama Islam dan bahasa Arab merupakan bahasa rasmi negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak dapat dinafikan, sekarang ini ramai golongan transgender semakin berani mendedahkan diri dalam kalangan masyarakat. Malah, bilangan mereka sudah tidak terkira lagi membiak di negara ini dan dunia.
Sumber : BBC
Bagaimanapun, transgender ini sering dipandang serong dan dilontarkan pelbagai hinaan serta kejian daripada orang sekeliling sebagai pengikut kaum Luth.
Berhubung isu tersebut, sebagai langkah elak ditindas di Bangladesh telah menubuhkan sekolah agama pertama kepada golongan tersebut yang beragama Islam.
Sekolah agama itu adalah antara rangkaian gerakan terbaru di Bangladesh untuk memudahkan kehidupan hampir 1.5 juta orang transgender di negara majoriti Islam itu.
Sumber : BBC
Kira-kira seramai 50 pelajar transgender dilihat membaca ayat-ayat al-Quran untuk menandakan pembukaan Dawatul Islam Tritio Linger Madrasa atau Islamic Gender School, di pinggir ibu kota. Seorang pelajar berusia 33 tahun, Shakila Akhter, berkata beliau gembira dan berterima kasih kepada ulama kerana melakukan perubahan itu.
Akhter dilahirkan sebagai perempuan yang bercita-cita menjadi doktor atau peguam, namun cita-citanya terkubur apabila terpaksa meninggalkan rumah ketika usia kanak-kanak kerana mahu menyertai komuniti transgender.
Sumber : BBC
Kata Akhter, walaupun mereka beragama Islam, namun mereka ditindas hingga tidak boleh pergi ke masjid. Malah, tidak boleh bergaul dengan masyarakat yang lain kerana identiti mereka. Sekumpulan ulama yang dipimpin oleh Abdur Rahman Azad mengubah suai tingkat atas sebuah bangunan 3 tingkat menjadi sekolah dengan dana daripada badan kebajikan tempatan.
Hmm…siapa kita untuk menilai mereka ini kan. So langkah yang terbaik ialah kita doakan jela yang terbaik untuk mereka. Mana tahu dengan cara ini mereka dapat hidayah dan petunjuk.
Ya, itulah realiti kondisi kebersihan yang dilaporkan oleh pihak berkuasa selepas melakukan operasi di beberapa buah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang.
Sebelum ini, peminat set nasi kandar pernah dikejutkan dengan penutupan cawangan Raj’s Banana Leaf di Bangsar berikutan video viral yang menunjukkan pekerja restoran membasuh pinggan dengan air lopak.
Tak lama selepas itu, 3 lagi buah restoran di Petaling Jaya ditutup selepas pihak berkuasa menemui kelibat tikus dan sarang serangga membiak yang jelas boleh membahayakan kesihatan pelanggan.
Terkini, 7 buah restoran nasi kandar dan 2 kilang memproses makanan di Pulau Pinang pula gagal dalam siasatan tahap kebersihan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Sumber: Malay Mail
Ini termasuklah 3 buah cawangan popular iaitu di Jalan Masjid Kapitan Keling, Chulia Street dan di Little India.
Lebih menggerunkan apabila sarang lipas ditemui di salah satu daripada cawangan tersebut! Super eww.
Sumber : Malay Mail
Buat masa ini, operasi restoran diarah berhenti selama 2 minggu agar pengusaha dan pekerja boleh memperbaiki tahap kebersihan dan kesihatan restoran dan makanan mereka.
Harapnya, mereka pelajari daripada kes ini. Kami masih teringin nak rasa nasi kandar, nan cheese tandoori & nasi milani korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.