Isu keluarga B40 terutamanya remaja yang tinggal di sekitar ibu negara tidak selalu menjadi topik hangat di muka hadapan akhbar. Namun golongan ini wujud dan mereka sememangnya memerlukan semangat dan bantuan untuk mengejar cita-cita mereka dalam bidang yang diminati.
Kita sedia maklum, remaja B40 besar kemungkinan tidak mempunyai sumber yang mencukupi. Bahkan mereka juga tidak mempunyai ‘kabel’ yang kuat merealisasikan impian yang mereka inginkan pada usia muda. Biarpun mereka mempunyai bakat, potensi dan hati yang berkobar-kobar untuk berjaya, mereka masih memerlukan satu ejen untuk menggerakkan potensi yang ada pada mereka ke satu tahap yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, selebriti tanah air seperti Black Hanifah dan Aman RA juga asalnya merupakan remaja B40 juga.
Namun mereka bertuah kerana berjaya mengejar minat yang ada.
Justeru, tidak seharusnya mereka dipinggirkan begitu saja. Lebih-lebih lagi apabila wujud stereotaip di mana remaja B40 ini ‘tidak ada masa hadapan’ dan ‘selalu mencetuskan masalah sosial’. Semua itu harus diubah dan masanya adalah sekarang.
Itulah yang membuatkan penulis tertarik dengan penyedian program GENIUS Remaja yang mengkhususkan kepada remaja B40 demi memastikan mereka tidak tertinggal dalam mengejar cita-cita.
Ads
Sejak dicetuskan kira-kira 10 tahun lalu, seramai 6,798 orang remaja di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara telahpun mendapat peluang untuk mengikuti program GENIUS Remaja.
Daripada jumlah itu, 20 peratus telah berjaya melanjutkan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) manakala selebihnya telah bekerja, membuka perniagaan sendiri dan masih bersekolah.
Ads
Usaha Universiti Kebangsaan Malaysia bersama-sama Kementerian Pendidikan (KPM) ini telah sedikit sebanyak memastikan bahawa remaja tidak terabai tanpa mengira latar belakang dan lokasi mereka.
Sebagai contoh, baru-baru ini, UKM telahpun menganjurkan pameran foto GENIUS Remaja dan Projek Impian Remaja yang membantu mengasah lagi kemahiran apabila peserta remaja yang terlibat telah diberikan pendedahan yang berguna.
Ads
Foto: Ihsan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Menerusi Projek Impian Remaja ini pula, beberapa saluran baharu telah diperkenalkan di bawahnya seperti Program Anak Angkat Impian Remaja, Program Sumbangan Am Impian Remaja dan macam-macam lagi.
Ini secara tidak langsung mendekatkan remaja B40 dan PPR ini dengan syarikat berkepentingan seperti Kajang Plaza Medical Centre, Atomy Malaysia Sdn. Bhd., Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank), Yayasan Food Bank Malaysia, Malaysian Timber Council (MTC) dan Topaz Care.
Jangan sesekali kita pinggirkan sebilangan besar remaja di ibu kota ini hanya disebabkan oleh persepsi pra-matang masyarakat terhadap mereka yang menetap di kawasan ppr.
Mereka juga punya masa depan yang cerah sekiranya diberikan peluang dan harapan oleh kita sendiri.
Tahniah kepada GENIUS Remaja, KPM dan UKM kerana mewujudkan peluang bagi mereka ini untuk menambah keyakinan, skil dan keinginan untuk berjaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan mereka merasa sedih berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Menurut Harian Metro, dianggarkan hampir 500,000 individu rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan ketika ini.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Nasional bagi membantu memberi pertolongan kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pusat berkenaan bukanlah tempat penyelidikan sebaliknya beliau mahu ia dijadikan sebagai lokasi kebolehcapaian berkaitan isu kesihatan mental.
Selain kesihatan fizikal, KKM juga turut menitikberatkan isu kesihatan mental kerana kedua-duanya adalah sangat penting. Jadi, dengan adanya pusat kesihatan mental ini, mereka yang mempunyai masalah boleh datang bagi mendapatkan bantuan.
Pihak kementerian juga akan menambahbaik aplikasi MySejahtera supaya individu yang mempunyai masalah kesihatan mental ini boleh mendapatkan bantuan melalui aplikasi berkenaan.
Mengenai kesihatan mental di negara ini, Khairy berkata, laporan Tinjauan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati prevalen kemurungan dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah 2.3 peratus, ini bermakna dianggarkan hampir 500,000 individu berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.
Pandemik Covid-19 mengakibatkan kebanyakan masyarakat terkesan daripada segi emosi dan kesihatan mental. Isu kesihatan mental kini menjadi satu pandemik senyap (silent pandemic) dengan berlakunya perubahan dalam kehidupan masyarakat.
Antara isu kesihatan mental yang dikesan merangkumi masalah emosi dan tingkah laku termasuk tekanan perasaan (acute stress disorders), kemurungan (depression), keresahan (anxiety), letih upaya (burnout) serta tingkah laku bunuh diri (suicide).
Jika korang mengalami simptom-simptom kemurungan, segera dapatkan bantuan atau kongsi masalah korang bersama dengan individu yang dipercayai.
Dilahirkan dengan autisme, Chew Sheng Yan membuktikan bahawa kekurangan tidak menjadi penghalang untuk meraih kejayaan.
Sheng Tan telah berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Kayu dengan Kepujian dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam Majlis Konvokesyen kali ke-48 yang berlangsung baru-baru ini.
Sebagai anak bongsu daripada dua adik-beradik, Chew tidak malu untuk mengakui bahawa perjalanan pendidikannya selama empat tahun di UPM penuh dengan cabaran. Walaupun menghadapi kesukaran dalam memahami beberapa konsep yang diajarkan oleh pensyarah, beliau tidak membiarkan perkara itu menghalang cita-citanya.
Sebaliknya, graduan yang berasal dari Melaka ini memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk bertemu pensyarah dan bertanyakan soalan bagi memahami dengan lebih mendalam.
“Cabaran saya adalah tidak dapat memahami beberapa konsep yang telah diberikan oleh pensyarah. Saya memerlukan lebih masa untuk membuat ulang kaji dan bertanya kepada pensyarah di luar waktu kuliah,” katanya.
Selain itu, dia juga tidak malu untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan, dengan menjelaskan bahawa mereka sering belajar bersama-sama sebelum menghadapi ujian.
Kejayaan Chew juga tidak lepas daripada sokongan padu daripada ahli keluarga, rakan-rakan, dan pensyarah yang sentiasa memberikan bantuan tanpa henti untuk memastikan beliau memahami setiap kuliah yang diberikan.
“Saya bersyukur kepada Tuhan, ahli keluarga, pensyarah dan UPM termasuk rakan-rakan saya kerana mereka mempunyai peranan masing-masing dalam menyokong dan membantu saya,” tambah Chew dengan penuh kesyukuran.
Chew, yang disahkan menghidap autisme sejak berusia lebih kurang dua tahun, mendapat galakan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi Kayu daripada salah seorang kaunselornya.
“Teruskan berusaha sebaik mungkin, jangan berputus asa dan jangan biarkan kata-kata negatif pengaruh hidup anda,” katanya dengan semangat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Malaysia Gazette
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Emoji membawa sifat membawa pelbagai perasaan dan mampu diluahkan dengan cukup mudah. Disebabkan itulah sangat popular di kalangan pengguna remaja.
Ekspresi emoji yang pelbagai jenis dan rupa sentiasa ditambah baik. Yang terkini sahaja jumlahnya tidak terkira banyaknya. Ada emosi gembira, sedih, marah hinggalah mengejek. Malah, emoji pelbagai wanra kulit juga diperkenalkan untuk meraikan variasi pelbagai bangsa.
Bersempena Hari Emoji Sedunia yang jatuh pada semalam iaitu hari Sabtu, 17 Julai, Adobe telah berkongsi kajian tahunannya mengenai trend emoji terkini. Tinjauan ini dilakukan terhadap 7,000 orang di A.S, UK, Jerman, Perancis, Jepun, Australia, dan Korea Selatan.
Daripada tinjauan yang dilakukan, 55% pengguna emoji berasa selesa mengekspresikan emosi melalui emoji lebih daripada panggilan telefon. Hal ini kerana, emoji memberi pengguna peluang untuk memilih gambar yang sesuai untuk menyampaikan perasaan.
5 Emoji Favourite Pengguna
Ini adalah lima emoji yang sering digunakan seluruh dunia
Emoji Yang Sering Digunakan Ketika Dating
Ada 3 emoji yang paling disukai individu apabila dating dan 3 kurang disukai.
Emoji paling berkesan memotivasikan pekerja
Menurut kajian ini, lebih daripada separuh generasi Z berasa puas hati dengan pekerjaan mereka apabila majikan atau ketua kumpulan mereka menggunakan emoji ketika berkomunikasi di tempat kerja.
Sebanyak 66% pengguna emoji suka apabila rakan sekerja menggunakan emoji ketika bekerja. Malah, 73% percaya bahawa penggunaan emoji dalam perbualan di tempat kerja dapat membantu pengguna berkongsi idea dengan cepat.
Rasanya tidak terlalu lambat kalau penulis nak mengucapkan selamat hari emoji kepada semua kan…hehe