Dilahirkan dengan autisme, Chew Sheng Yan membuktikan bahawa kekurangan tidak menjadi penghalang untuk meraih kejayaan.
Sheng Tan telah berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Kayu dengan Kepujian dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam Majlis Konvokesyen kali ke-48 yang berlangsung baru-baru ini.
Sebagai anak bongsu daripada dua adik-beradik, Chew tidak malu untuk mengakui bahawa perjalanan pendidikannya selama empat tahun di UPM penuh dengan cabaran. Walaupun menghadapi kesukaran dalam memahami beberapa konsep yang diajarkan oleh pensyarah, beliau tidak membiarkan perkara itu menghalang cita-citanya.
Sebaliknya, graduan yang berasal dari Melaka ini memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk bertemu pensyarah dan bertanyakan soalan bagi memahami dengan lebih mendalam.
Ads
“Cabaran saya adalah tidak dapat memahami beberapa konsep yang telah diberikan oleh pensyarah. Saya memerlukan lebih masa untuk membuat ulang kaji dan bertanya kepada pensyarah di luar waktu kuliah,” katanya.
Selain itu, dia juga tidak malu untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan, dengan menjelaskan bahawa mereka sering belajar bersama-sama sebelum menghadapi ujian.
Kejayaan Chew juga tidak lepas daripada sokongan padu daripada ahli keluarga, rakan-rakan, dan pensyarah yang sentiasa memberikan bantuan tanpa henti untuk memastikan beliau memahami setiap kuliah yang diberikan.
“Saya bersyukur kepada Tuhan, ahli keluarga, pensyarah dan UPM termasuk rakan-rakan saya kerana mereka mempunyai peranan masing-masing dalam menyokong dan membantu saya,” tambah Chew dengan penuh kesyukuran.
Chew, yang disahkan menghidap autisme sejak berusia lebih kurang dua tahun, mendapat galakan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi Kayu daripada salah seorang kaunselornya.
“Teruskan berusaha sebaik mungkin, jangan berputus asa dan jangan biarkan kata-kata negatif pengaruh hidup anda,” katanya dengan semangat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Malaysia Gazette
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keamanan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang sepatutnya berakhir pada 4 Februari ini nampaknya akan dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 18 Februari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.
Melalui perintah ini, sudah tentu rakyat diminta untuk tidak pergi ke mana-mana kawasan rekreasi untuk melakukan sebarang aktiviti seperti riadah dan bersenam.
Jadi apa kata kita bersenam di rumah sahaja dengan aktiviti melompat tali. Baru-baru ini, page Public Health Malaysia ada berkongsi kebaikan melakukan aktiviti ini. Paling menarik ia mampu memberi kesan seawal 5 minit ke atas tubuh badan.
Kelebihan Senaman Lompat Tali
Sumber Gambar : Pexels
1. Pembakar lemak.
Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori. Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 13km.
2. Koordinasi langkah kaki bertambah baik.
Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus. Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa.
3. Mengurangkan kecederaan kaki dan pergelangan kaki.
Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope.
Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.
4. Posture badan bertambah baik.
Sangat sesuai bagi korang yang selalu mengadap komputer yang akan menyebabkan risiko posture menjadi bongkok. Semasa aktiviti lompat tali ini, posture badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada.
5. Tulang bertambah padu dan otot semakin kuat.
Lompat tali ini senamannya seperti senaman angkat berat. Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.
6. Hilangkan Stress
Enjoy… macam zaman kanak-kanak kita bermain lompat tali ini. Korang boleh buat di mana sahaja. Tak perlu tempat dan ruang besar. Yang penting ada tali jump rope.
Tak perlu lama-lama. 5 minit pun cukup dah. Setiap 1 minit buat lompat tali, pastikan kita rehat 15 saat.
Jangan bagi alasan tak ada tali lompat ini okay…dekat shopee penulis tengok banyak je jual.hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy bersederhana dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini, selepas kehilangan ibu tercintanya yang juga penyanyi veteran, Allahyarham Rohana Jalil.
Menurut laporan media tempatan, pelakon filem popular Hoore! Hoore! itu mendedahkan dia tidak membuat sebarang persiapan raya dan hanya fokus kepada keluarganya sahaja.
“Baju raya pun saya tak beli. Tiada raya tahun ini untuk saya. Malah saya akan raya dengan mama kat kubur dia. Macam mama pernah pesan pada saya, reda dengan semua ketentuan Allah, insya-Allah semuanya akan okey.
“Fokus saya sekarang ialah pada yang masih ada iaitu papa, adik-beradik, sepupu dan lain-lain. Ustazah saya kata, Mama akan gembira kalau kita gembirakan orang-orang dia sayang yang masih hidup.
“Jadi, untuk tidak rasa sedih sangat, saya pastikan buat amal jariah dan sebagainya untuk mama setiap hari dalam hidup saya selagi saya masih hidup,” katanya.
Tambah Kilafairy lagi, dia masih sukar untuk melupakan setiap momen bersama ibunya selama hidup bersama.
“Memang tak boleh nak fikir kerana banyak sangat. Cuma, saya rindu masakan mama. Ya Allah rindunya keceriaan dia.
“Mama ini ibarat ‘sunshine’ dalam hidup kami. Sentiasa ceria setiap hari dan menggembirakan hidup kami. Sekarang cahaya matahari dah hilang. Saya tak akan pernah jadi orang yang sama seperti saya sebelum ini,” ujarnya.
Sekadar info, Allahyarham Dara Abdul Jalil atau Rohana Jalil telah meninggal dunia pada 20 Jun tahun lalu ketika berusia 68 tahun akibat kebocoran pada usus perut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan usaha kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan kadar gaji minimum yang lebih kompetitif, termasuklah menyasarkan RM4,000 sebulan untuk graduan baharu.
Menerusi hantaran di Facebook pada 9 Julai lalu, beliau berkata perkaa itu sedang diperhalusi melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) sebagai salah satu inisiatif strategik kerajaan negeri bagi menarik pelabur dan syaikat di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Apabila semakin ramai graduan berbakat dan berkualiti yang berkhidmat di zon Johor tersebut, maka semakin berkembanglah potensi bagi menarik lebih ramai pelabur ke sana.
Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi.
“Langkah ini penting bagi memastikan kesejahteraan pekerja tempatan terus terbela, selain menarik minat bakat-bakat berkualiti untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Johor.
“Semoga segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan segala aspirasi besar di bawah Agenda Maju Johor 2030 dapat direalisasikan demi kemajuan negeri yang seimbang, mampan dan inklusif, insya-Allah,” catatnya.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Dalam pada itu, antara perancangan jangka masa panjang lain oleh kerajaan negeri Johor termasuklah bekalan air bersih dan penambahan kapasiti agihan air terawat terutamananya di kawasan strategik seperti JS-SEZ apabila pelbagai projek infrastruktur baharu diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai isu gaji pokok rendah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di Malaysia terutama apabila dibandingkan dengan negara-negara serantau.
Pada Februari tahun ini pula, Kementerian Sumber Manusia menetapkan perintah gaji minimum baharu yang dikuat kuasakan di seluruh negara pada kadar RM1,7000 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan aktiviti profesional tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan majikan tersebut.
Bermula 1 Ogos 2025 pula, KESUMA menetapkan agar kuat kuasa perintah gaji minimum berkenaan dikenakan ke atas majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!