“Kurus 32KG Tanpa Tinggalkan Piza & Aiskrim” – Kols Dedah Rahsia Diet Realistik dan kisahnya kini jadi inspirasi kepada ramai remaja yang berjuang menurunkan berat badan. Ramai menyangka untuk kurus, seseorang perlu sanggup berlapar dan mengorbankan makanan kegemaran, namun Kols membuktikan sebaliknya.
Pempengaruh kecergasan ini berjaya menurunkan hampir 32 kilogram dengan cara realistik, seimbang dan konsisten tanpa meninggalkan piza, ais krim atau gula-gula kegemarannya. Menurutnya, kejayaan menurunkan berat badan bukanlah terletak pada sekatan keterlaluan, tetapi bagaimana seseorang mampu mengekalkan gaya hidup sihat untuk jangka masa panjang.
Mulakan Dengan Langkah Kecil
Dalam perkongsiannya, Kols menekankan bahawa ramai gagal kerana terlalu drastik di awal perjalanan.
“Kalau anda kurang bergerak, jangan terus target 10,000 langkah sehari atau ke gim enam kali seminggu. Mulakan dengan langkah kecil yang sesuai dengan rutin, baru boleh kekal konsisten,” jelasnya.
Kols sendiri memulakan dengan 6,000 langkah sehari, sebelum menambah jumlah itu sedikit demi sedikit. Bagi dirinya, pendekatan ini lebih mudah untuk mengekalkan disiplin tanpa cepat penat atau bosan.
Ads
Diet Bukan Bererti Pantang
Bercakap soal pemakanan, Kols menolak amalan meninggalkan makanan kegemaran sepenuhnya. Katanya, ia bukan sahaja menyeksa diri, malah membuatkan seseorang mudah gagal.
“Tak ada masalah nak makan piza, kek atau aiskrim semasa diet. Yang penting kawal kuantiti dan pastikan jumlah kalori seimbang. Diet ekstrem yang sekat semua makanan kegemaran hanya akan buat anda give up,” tambahnya.
Terima Naik Turun Berat
Kols juga mengingatkan remaja bahawa skala berat badan tidak akan menurun secara konsisten setiap hari. Kadang-kadang ia naik kerana faktor air atau hormon. Apa yang penting adalah tidak berputus asa.
Ads
“Walaupun ada hari berat naik, saya teruskan juga. Turun naik itu normal, yang penting konsisten,” katanya lagi.
Inspirasi Buat Remaja
Kejayaan Kols membuktikan bahawa untuk kurus tidak semestinya derita. Dengan diet realistik, senaman konsisten, dan mindset yang betul, sesiapa sahaja boleh capai berat badan idaman.
Ads
Bagi remaja, mesej ini cukup penting: jangan terpedaya dengan trend diet pelik yang menjanjikan hasil cepat. Lebih baik bina tabiat sihat yang boleh bertahan lama sambil tetap menikmati makanan kegemaran.
Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini menerima kejutan istimewa daripada rakannya iaitu jaguh badminton negara, Lee Zii Jia apabila mendapat raket dan bulu tangkis yang digunakan pada sukan berprestij dunia, Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam satu pertemuan yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’, pemenang pingat gangsa yang berusia 26 tahun itu menghadiahkan raket miliknya kepada Hairul Azreen manakala bulu tangkis diserahkan buat anak perempuan pelakon itu, Alisa Aisyah.
“Bronze medallist punya perlawanan. Ada dua (raket) tapi salah satunya adalah ini. Sudah pasti” – Lee Zii Jia
Menerusi video yang dimuat naik, Zii Jia berkunjung ke kediaman Hairul dan Hanis Zalikha dilihat menikmati hidangan nasi lemak dan teh ais iaitu menu yang paling dirinduinya selepas pulang dari Paris.
Sebelum ini, Zii Jia pernah mengunjungi kediaman pasangan selebriti berkenaan pada Jun lalu untuk memberi kejutan buat anak perempuan mereka, Alisa yang sangat meminatinya.
Malah ketika perlawanan badminton di Olimpik Paris 2024 lalu, anak kedua Hairul Azreen itu turut memberi sorakan buat Zii Jia.
Sekadar info, Lee Zii Jia menduduki ranking keenam dunia selepas memperoleh pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024, menumpaskan pemain nombor 14 dunia, itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuti sekolah sudah pun hampir dan kami pasti ramai yang ingin mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Ini adalah waktu yang sesuai untuk membawa mereka pergi bercuti dan bagi korang yang ingin merancang percutian, kami ingin kongsikan satu berita gembira.
Buat julung kalinya Sunway Theme Parks melancarkan Mega Roadshow di seluruh negara bermula dari 17 hingga 27 Februari 2022 yang akan diadakan di tiga lokasi utama iaitu Sunway Velocity Mall Kuala Lumpur, Aeon Tebrau dan Sunway Carnival Mall.
Apa yang korang boleh dapat di Mega Roadshow ini?
Mereka bakal menawarkan promosi dan pakej menarik daripada taman tema Sunway Lagoon, Sunway Lost World of Tambun dan Sunway Lost World Hotel. Sunway Theme Parks memperkenalkan ‘online platform’ iaitu STP Studios yang meliputi kandungan hangat.
Sunway LagoonAntara tarikan di Sunway Lagoon
Sudah pasti diskaun harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan rugi sekiranya korang tidak menyertai Mega Roadshow ini. Korang boleh dapatkan harga serendah RM66 untuk tiket masuk Sunway Lost Of Tambun dan RM110 untuk Sunway Lagoon.
Sunway Lost World of TambunPertunjukan api di Sunway Lost World of Tambun
Bukan itu sahaja, terdapat juga pakej-pakej penginapan menarik yang ditawarkan seperti Camp Out dengan harga RM538.
Ok guys, kalau nak harga-harga tiket yang tidak masuk akal ini jangan lupa sertai Mega Roadshow Sunway bermula 17 Februari depan okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi yang kini berlaku di Gaza membuatkan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenangkan keselamatan 50 anak angkatnya di Palestin, yang kini berdepan bahaya serangan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis Israel.
Sejak peperangan itu meletus, penyanyi lagu hit Nirmala itu memaklumkan pihaknya terus memantau perkembangan pelajar sekolah Afwa Al Afiyah serta petugas pusat kelolaan Yayasan Nurjiwa itu.
“Pihak kami sedang memantau secara dekat situasi terkini di sana dan mendoakan agar anak-anak ini selamat. Situasi di sana sangat runcing.
“Masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa dan harta benda. Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana. Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah,” katanya di Instagram.
Selain itu, sekolah kanak-kanak Afwa Al Afiyah yang ditubuhkan menerusi kutipan sumbangan Yayasan Nurjiwa difahamkan antara bangunan yang musnah akibat bedilan tentera Israel.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta orang ramai membantu menyalurkan sumbangan selain mendoakan rakyat Palestin yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka.
“Sebagai saudara Islam, kita usahakan apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.
“Perkara in juga tidak boleh dipandang sahaja tanpa berbuat apa-ара. Lebih pilu apabila menerima khabar daripada pendidik di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid hancur binasa akibat kebiadaban zionis.
“Justeru, bagi membantu dan berkongsi rasa kesulitan yang mendalam, Nurjiwa Foundation dengan kerjasama Kita Fund meneruskan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin yang telah dilancarkan sejak tahun 2021,” coretnya lagi.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah meragut ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.