Pernah tak korang rasa macam “otak kosong” bila guna ChatGPT untuk siapkan karangan? Nampak je senang – taip je tajuk, lepas tu voilà, satu karangan lengkap terus muncul. Tapi… kajian terbaru dari sekumpulan saintis neurologi mendedahkan sesuatu yang agak mengejutkan: otak pengguna ChatGPT paling kurang aktif bila tengah ‘tulis’ karangan berbanding bila mereka karang sendiri dari awal.
Apa Sebenarnya Berlaku Dalam Otak Kita?
Satu kajian telah dijalankan oleh penyelidik di Massachusetts Institute of Technology (MIT) Media Lab dalam mengenal pasti kesan penggunaan AI terhadap aktiviti otak.
Subjek kajian dibahagikan kepada tiga kumpulan yang masing-masing diminta menulis tiga esei Scholastic Assessment Test (SAT) menggunakan ChatGPT OpenAI, carian Google dan tiada sebarang bantuan.
Dapatan kajian menunjukkan kumpulan yang menggunakan ChatGPT menghasilkan esei yang amat serupa tanpa pemikiran asli memandangan ungkapan dan idea sama digunakan.
Cikgu Kata Esei Guna ChatGPT ‘Soulless’
Malah, dua cikgu bahasa Inggeris yang menyemak esei tersebut menyifatkannya sebagai ‘tidak berjiwa’.
Ujian electroencephalogram (EEG) ke atas aktiviti otak mendapati mereka mempunyai kawalan eksekutif dan penglibatan perhatian yang rendah.
Menjelang esei ketiga, kebanyakan subjek hanya memberi prom (prompt) kepada ChatGPT yang melakukan hampir kesemua tugasan mereka. Boleh dikatakan mereka hanya ‘copy-and-paste’ tugasan dari program perisian itu.
Ads
“Ia lebih kepada, ‘berikan saja saya esei ini, perhalusi ayat ini, editnya, dan saya siap,’” kata penyelidik Nataliya Kosmyna.
Kenapa Ini Bahaya?
Ramai remaja guna AI untuk buat kerja sekolah, tulis esei, atau sediakan hujah untuk debat. Tapi kalau otak dah terbiasa ‘passive mode’, kita mungkin akan:
Kurang pandai berfikir kritikal
Susah nak bina idea sendiri
Mudah hilang kreativiti
Tergantung sepenuhnya pada teknologi
Sama macam otot badan, otak pun perlukan senaman – dan karangan adalah salah satu cara terbaik untuk ‘train’ minda kita.
Ads
Tapi Tak Salah Pun Guna ChatGPT…
Don’t get it twisted – guna AI tak salah langsung. Malah, kalau guna dengan cara yang betul, ChatGPT boleh jadi alat bantu belajar yang power gila. Contohnya:
Dapatkan inspirasi idea
Semak tatabahasa
Faham struktur karangan
Dapatkan contoh karangan untuk rujukan
Yang penting, jangan salin bulat-bulat. Jadikan AI sebagai pembantu, bukan pengganti.
So, Apa Patut Kita Buat?
Kalau korang nak kekalkan otak yang tajam dan berdaya saing, cuba tips ni:
✅ Tulis dulu, baru semak dengan AI ✅ Guna AI untuk brainstorming je, bukan tulis full ✅ Buat ‘brain dump’ idea sendiri sebelum tanya AI ✅ Selalu cabar diri tulis esei tanpa bantuan digital
Ads
Teknologi memang memudahkan, tapi jangan sampai otak kita jadi malas nak fikir. Dalam dunia yang makin canggih ni, remaja yang bijak ialah mereka yang tahu guna teknologi tanpa hilang identiti sendiri. Tulis karangan mungkin leceh, tapi proses fikir tu la yang akan buat kita lebih matang, kreatif dan berani luah pendapat.
Membesar sebagai orang yang sempuna pun sudah banyak cabaran yang perlu dilalui inikan pula jika dilahirkan sebagai individu yang memiliki kekurangan dari segi keupayaan. Namun adakah kekurangan ini menjadi alasan untuk tidak berjaya?
Perkara ini tidak menjadi halangan buat gadis cantik berusia 17 tahun yang cantik berhijab ini. Putri Ariani atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri membesar sebagai gadis yang memiliki kecacatan penglihatan.
Dilahirkan pada 31 Disember 2005, Putri Ariani yang merupakan anak sulung dari tiga beradik ini merupakan juara Indonesia Got Talent musim pertama ketika berusia hanya 8 tahun. Bersaing dengan peserta lain yang jauh lebih dewasa, ternyata rakyat Indonesia memilih dia sebagai juara.
Kemerduan suara dan juga teknik vokal yang dimiliki cukup membuai rasa dan menyentuh perasaan. Usai pertandingan tersebut Putri Arini yang masih lagi kecil menjadi tumpuan ramai dengan melakukan pelbagai jenis persembahan di khalayak umum.
Pada tahun 2018, anak jadi kelahiran Riau, Indonesia ini terpilih sebagai penyanyi lagu rasmi Asian Para Games 2018 dan dia turut membuat persembahan menyanyikan lagu tersebut ketika pembukaan acara sukan berprestij itu. Kemudiannya pada 2022, dia menyumbang suara emasnya pada Asian Para Games dengan menyanyikan lagu Indonesia Raya.
“Cari apa yang anda suka dan terus jika kita sudah jumpa apa yang kita suka pasti kita akan enjoy apa yang dilakukan. Do what you like and what you love, kemudiannya ubah rasa insecure agar jadi orang yang bersyukur.
Yang terakhir, kurangkan overthingking dan perbanyakkan positive thinking. Kerana akar kepada insecure adalah sikap overthinking. Kalau kita amalkan perkara ini pasti kita mampu menjalani hidup yang gembira,” kongsi gadis manis berhijab ini tentang nilai positif dalam hidup saat ditemu bual dalam sebuah rancangan bual biacara di Trans TV.
Putri Ariani yang juga pernah bergelar finalis The Voice Kids Indonesia kini telah menghasilkan lagu-lagu single yang cukup menarik untuk menjadi hawa telinga peminatnya. Seperti yang disangka, video klip single terbarunya yang berjudul Tak Mampu Lupa ditonton hampir 6 juta kali di laman YouTube.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat sukan bola sepak, pasti ramai yang mengenali allahyarham Datuk Mohammad Mokhtar Dahari yang pernah mencipta nama suatu ketika dahulu di permainan bola sepak terutama sekali untuk F.A Selangor.
Pada 29 Jun yang lalu, menerusi sebuah ciapan di Twitter FIFA (Fédération Internationale de Football Association), mereka telah menyenaraikan jaringan gol terbanyak yang pernah diskorkan oleh semua pemain bola sepak dari seluruh negara.
Foto: FIFA Twitter
Terdapat seramai 12 orang pemain bola sepak yang tersenarai dan diiktiraf sebagai pemain yang paling banyak menjaringkan gol. Kesemua pemain yang tersenarai ini datang daripada pelbagai negara.
Seperti yang kita dapat lihat, Ali Daei mengungguli tempat pertama dengan jaringan gol sebanyak 109, dan begitu juga Cristiano, dan di tempat ketiga, sudah semestinya diungguli oleh pemain legendary negara Malaysia, iaitu Mokhtar Dahari!
Foto: Astro Awani
Datuk Mokhtar Dahari pernah digelar sebagai ‘Supermokh’ suatu ketika dahulu, dan ketika zaman kegemilangannya, beliau merupakan pemain buat kelab Selangor dari tahun 1972 hingga 1987. Beliau juga pernah mewakili negara dari 1972 hingga 1985.
Mokhtar juga pernah menyertai 142 pertandingan antarabangsa dan membuat jaringan sebanyak 89 gol. Hasil daripada pencapaiannya ini, Malaysia berada di kedudukan yang ke-61 di dunia pada ketika itu.
Foto: Axcello.Net
Walaubagaimanapun, Datuk Mokhtar Dahari telah disahkan meninggal dunia pada Julai 1991, namun begitu, setelah 19 tahun pemergiannya, punca kematiannya tidak pernah diberitahu sehinggalah rancangan National Geographic menyiarkan dokumentari tentangnya dan menceritakan yang punca kematiannya adalah disebabkan MND (motor neurone disease)
MND merupakan sejenis penyakit yang merosakkan saraf dan otak manusia dan membuatkan seseorang itu lemah pada jangka masa yang panjang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut Republik Rakyat Demokratik Korea Utara, kita selalu mendengar negara ini cukup terkenal dengan rejim kuku besinya, dengan menyekat segala bentuk kebebasan kepada rakyatnya.
So, kita sebagai remaja Malaysia harus bersyukur dan beruntung tau, di lahirkan dalam negara yang mementingkan kebebasan dan hak kesamaan. Dan ini termasuklah kebebasan untuk meminati dan fanatik terhadap industri K-Pop.
Berbeza bagi remaja di Korea Utara, apabila pemimpinnya Kim Jong Un baru-baru ini berkempen menentang genre muzik yang berasal dari Korea Selatan itu. Kim Jong Un menyifatkan K-Pop sebagai kanser dan mampu memberi ancaman kepada anak muda di negaranya.
Melalui media Korea Utara, Kim menyatakan bahawa generasi muda di negaranya telah meniru budaya jiran dan musuh mereka, Korea Selatan. Menurut Kim, gaya rambut, gaya bercakap, cara berpakaian, dan tingkah laku anak muda Korea Utara “diracuni” oleh Korea Selatan.
Kim menegaskan bahawa jika mereka membiarkan keadaan ini berlanjutan, Korea Utara akan runtuh seperti “dinding lembab”, lapor The New York Times.
Dia dilaporkan takut dengan pengaruh barat yang “meresap” ke dalam orang muda di negara Korea Utara, di mana katanya ia mampu menjatuhkan rejim Korea Utara.
The New York Times turut melaporkan bahawa Korea Utara meluluskan undang-undang baru Disember tahun lepas yang membolehkan hukuman 15 tahun dijatuhkan ke atas seseorang kerana menonton hiburan dari Korea Selatan.
Bukan itu sahaja, baru-baru ini, rejim Kim Jong-un telah menjatuhkan hukuman mati seorang lelaki di hadapan 500 orang, termasuk keluarganya sendiri hanya kerana menjual filem dan muzik dari Korea Selatan. Fuh…
Untuk pengetahuan korang semua, bukan hanya muzik, Korea Utara sangat terkenal dengan propaganda dan kaedah brainwash’ menerusi bahan bacaan, majalah, siaran media dan juga poster.
Sudahlah bahan bacaan dikawal selia, siaran televisyen juga dikawal sama. Rakyat Korea Utara hanya memiliki empat siaran rasmi dan siaran tersebut sahaja yang boleh mereka tonton serta yang dibenarkan oleh kerajaan mereka. Adoi…seksanya hidup macam tu!