Siapa sini penggemar donut Krispy Kreme? Sejak bermulanya PKP, servis pandu-lalu telah meningkat kerana mungkin ada ramai diantara kita yang tidak mahu keluar dari kereta untuk membeli makanan, dan pada yang sama kita juga ingin mengurangkan interaksi sesama manusia.
Menurut pengumuman yang dibuat oleh Krispy Kreme Malaysia, cawangan pandu lalu ini bakal dibuka di Rimbayu, bermula 15 Jun ini..
Ads
Sumber: Facebook Krispy Kreme Malaysia
Jadi, mulai hari ini, korang boleh dapatkan donut dan air kegemaran korang daripada Krispy Kreme. Sekarang lebih mudah dengan pandu-lalu, kalau korang craving donut, boleh pandu lalu je! Tak payah dah nak kena turun kereta dan beratur untuk membeli Krispy Kreme..
Ads
Sepanjang musim PKP 3.0 ini, cawangan ini akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.
Ads
Sekadar info tambahan, jika ada diantara korang yang dah divaksinasi, korang layak untuk tebus satu Original Glazed Donuts secara percuma, dengan mana-mana pembelian donut Krispy Kreme. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya boleh digunapakai dalam tempoh 14 hari daripada waktu korang divaksinasi tau!
Jadi, penduduk Selangor cepat-cepatlah pergi dapatkan donut korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bakal menjadi Ratu Norway kedua selepas Ratu Margaret yang menjadi pemerintah wanita pertama dari 1387 sehingga 1412. Si cantik manis Puteri Ingrid Alexandra merupakan anak pertama Putera Mahkota Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Marit.
Baru menyambut hari kelahirannya yang ke-18 tahun pada 21 Januari yang lepas, ia juga merupakan tahun bermakna bagi rakyat di Norway kerana puteri mereka telah dewasa secara rasmi.
Ramai di antara kita apabila bercakap tentang kehidupan di dalam istana, mesti teruja lagi-lagi bila membayangkan betapa kayanya kerabat dan keluarga diraja selaian kecantikan yang dimiliki si tuan puteri.
Menariknya pada hari lahir Puteri Norway ini, ada beberapa keping gambar baharu Ingrid yang berlegar di media sosial. Ada yang menunjukkan dia memakai dress hitam anggun, dan yang lain mengenakan suit menyerlahkan lagi penampilan yang sofistikated dan profesional.
Tidak keterlaluan dan sesuai dengan usiannya, Puteri Ingrid dilihat hanya bertata rias serba ringkas dengan solekan warna tanah sesuai dengan rambut coklat gelapnya dan aksesori anting-anting.
Ingrid mendapat pelajaran bersama abang tirinya di sebuah sekolah rendah tempatan di Oslo, dengan ibu bapanya berharap dia akan menjalani kehidupan biasa. Ketika berusia 15 tahun, dia telah memberi Duchess of Cambridge lawatan ke taman arca yang dinamakan sempena namanya pada 2018.
Foto Via newmyroyalsFoto Via newmyroyals
Dia terkenal sebagai seorang peluncur, pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan kebangsaan pada 2020 serta pemain kickboxer dan pemain ski.
Puteri Ingrid dilahirkan pada 21 Januari 2004 di Oslo, Norway. Dia kini menjadi pewaris takhta kedua selepas bapanya, mendahului adik lelakinya, Putera Sverre Magnus selepas penggubalan undang-undang pewarisan pada 1990.
Fuh, memang pakej lengkap Ingrid ni, cantik, kaya, bijak dan aktif bersukan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mengumumkan Pakej 5G Rahmah yang diwujudkan hasil kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti, Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.
Berita baik tersebut diumumkan beliau sendiri, menerusi menerusi sebuah bebenang di akaun rasmi Twitter miliknya, semalam.
Menerusi Pakej 5G Rahmah yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, KKD menawarkan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan berbanding RM98 harga asal. Selain itu, ia turut memperkenalkan pakej telefon pintar 5G yang merangkumi Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G pada harga RM240.
Berita baik buat rakyat Malaysia dan penjawat awam.
Di samping itu, 100,000 pelanggan terawal dari latar belakang ekonomi B40 dapat menikmati pakej telefon pintar dengan harga serendah RM120. Ia turut merangkumi waranti dua tahun berbanding hanya setahun sebelum ini.
Pakej 5G Rahmah akan bermula pada 31 Ogos ini bersempena dengan Bulan Kebangsaan dengan kontrak langgangan 24 bulan.
Selain itu, KKD turut memperkenalkan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam yang menawarkan pemberian rebat RM10 sebulan bagi semua pegawai kerajaan di Malaysia. Ia boleh diguna pakai untuk sebarang pakej postpaid yang sedia ada.
Melalui insentif ini, penjawat awam dapat jimat RM120 dalam tempoh satu tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, pada usia hanya 23 tahun, seorang anak muda dari Bangi, Selangor ini sudah pun mencipta kejayaan luar biasa dengan memiliki kilang pengeluaran pakaian sendiri di Sabak Bernam, sambil meraih pendapatan mencecah gaji lima angka setiap bulan.
Beliau ialah Danish Aiman Ahmad Rizal, graduan Sarjana Muda Pemasaran Universiti Utara Malaysia (UUM), yang baru sahaja naik ke pentas konvokesyen menerima ijazahnya pagi ini, disampaikan oleh Pro-Canselor, Tengku Tan Sri Dato’ Paduka (Dr) Mahaleel Tengku Ariff.
Namun, kisahnya bermula jauh sebelum hari bersejarah itu.
Latar belakang sederhana bukan alasan bagi Aiman untuk bermimpi besar. Anak kepada ayah bekerja sendiri dan ibu suri rumah ini menjadikan keluarga sebagai pembakar semangat.
“Saya cuma nak ubah nasib mak ayah. Dapat tengok mereka selesa, duduk rumah besar… itu dah cukup buat saya gembira. Dan kalau boleh, saya nak nama saya dikenali,” katanya.
Segalanya bermula dari bilik kolej, ketika beliau menjual jersi universiti secara kecil-kecilan.
Cabaran tidak kurang hebatnya, isu pembekal, pengeluaran, kualiti produk semuanya pernah menggugat perjalanan beliau. Namun, ciri usahawan sejati membuatkan Aiman memilih untuk terus belajar dan bangkit.
Kesungguhan itu akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menubuhkan kilang pengeluaran pakaian milik sendiri, Zentive Textile, yang menghasilkan produk di bawah jenama fesyen kampus yang semakin dikenali: Eyeday.
Bagi Aiman, Eyeday bukan sekadar jenama, ia membawa identiti dan jiwa anak muda kampus. Setiap rekaan mencerminkan semangat pelajar untuk bergaya, berkualiti dan mempunyai nilai sentimental.
Lebih membanggakan, sistem dropship yang dibangunkan Aiman berjaya membantu ratusan pelajar lain menjana pendapatan tambahan tanpa modal besar.
“Kalau saya boleh mula dengan modal kecil, pelajar lain pun boleh. Yang penting berani mencuba,” ujarnya.
Walaupun perniagaan semakin berkembang, Aiman tetap memilih untuk menghabiskan pengajian di UUM.
“Universiti bukan tempat dapat sijil saja. Di sini saya belajar kepimpinan, komunikasi, pengurusan masa yang semua itu saya guna dalam dunia sebenar,” jelasnya.
Kini, Aiman merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD, tanpa meninggalkan impiannya untuk membawa Eyeday menembusi lebih banyak pasaran.
Kini, Eyeday semakin kukuh di kampus-kampus seluruh Malaysia, menjadi inspirasi kepada anak muda lain bahawa impian besar boleh dicapai walau bermula dari langkah kecil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UUM News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu Cha Eun Woo cukai jadi perhatian ramai apabila beliau tampil memohon maaf dan menjelaskan kontroversi serta bayaran cukai yang telah dilunaskan sepenuhnya.