Dek konflik yang bergolak melibatkan serangan di antara negara Iran dan Israel, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyatakan kesediaan mereka untuk memberi bantuan kepada pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Iran untuk pulang ke tanah air.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sewaktu ditemui media hujung minggu ini turut berkata, para pelajar berkenaan juga akan dibantu untuk menyambung pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia berdasarkan kursus akademik masing-masing.
KPT kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar (KLN) untuk memantau keadaan pelajar Malaysia yang berada di Iran dan kebajikan mereka di sana khususnya ketika berlakunya sebarang krisis seperti yang sedang berlaku sekarang.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
Usaha itu akan dipergiat meskipun ada segelintir daripada mereka yang tidak berdaftar dengan KPT.
“Mereka merupakan rakyat Malaysia dan dalam keadaan sebegini, adalah kewajipan kita untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan,” katanya.
Ads
Apabila ditanya mengenai laporan mengenai beberapa pelajar Malaysia di Iran yang enggan pulang ke tanah air, beliau berkata pihak KPT sudahpun berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.
“KPT tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya pelajar tersebut memilih untuk tidak pulang. Namun, jika mereka berubah fikiran, kita bersedia membantu,” ujarnya lagi.
Ads
Sebagai info, seorang pelajar Malaysia yang berada di Iran dalam temubual bersama Astro AWANI Rabu lalu berkata, sebahagian daripada pelajar tempatan yang sedang melanjutkan pengajian di Iran memilih untuk terus kekal di sana.
Pelajar berusia 22 tahun itu memaklumkan keadaan di sana masih terkawal terutamanya di lokasi Qom biarpun talian telekomunikasi seperti internet dan telefon di sana sedikit terganggu akibat serangan yang berlaku.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Poster perlantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCced) telah mencetuskan perdebatan ramai pihak di media sosial.
Ini kerana, segelintir netizen beranggapan tidak bersesuaian apabila gelaran itu diberikan kepada Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan nama Tokti susulan tidak memiliki pencapaian akademik yang tinggi.
Namun beberapa pengguna di media sosial tampil menjelaskan pendapat negatif mereka yang berasa gelaran itu seolah-olah akan merendahkan martabat Universiti Malaya (UM).
Bagi seorang pengguna, Khairunnisa Abdul Karim mempertahankan pelantikan berkenaan walaupun Siti Nurhaliza hanya mempunyai SPM namun ada pengalaman yang banyak dalam industri.
“Ini masterclass bukan program diploma, ijazah atau sarjana. Masterclass banyak diajar oleh “pakar” dalam industri.
“Ada penulis (bukan ada ijazah penulisan), ada pengarah filem (tanpa ijazah perfileman), ada penceramah motivasi (tak ada ijazah psikologi pun). DS Siti dijemput untuk ajar seni vokal bukan ajar teknologi rakaman audio.
“Sama juga dengan penyanyi G-Dragon yang baru-baru ini dilantik jadi pensyarah jemputan di Fakulti Kejuruteraan CIAST untuk ajar subjek kepimpinan bukan ajar teknologi kejuruteraan. Berpada-padalah mengutuk. Tahniah DS Siti Nurhaliza,” katanya.
Bagi pengguna Dem Rembul pula, pakar maksudnya seseorang yang ahli dalam sesuatu bidang sama ada dari aspek pengetahuan atau kemahiran, atau merangkumi kedua-duanya iaitu pakar ilmu dan praktis sekaligus.
“Seseorang yang sudah mengusahakan ladang durian dengan jaya selama 20 hingga 30 tahun boleh dianggap pakar perladangan. Tapi mungkin belum boleh dianggap pakar agrotani.
“Sebab kepakaran praktikal tidak sama dengan kepakaran ilmu yang menuntut asas saintifik yang lebih sistematik. Begitu juga. Seorang pakar sains agrotani berkelulusan PhD belum tentu layak dipanggil pakar perladangan.
“Kerana mempunyai ilmu tani yang tinggi, belum tentu memiliki kemahiran berladang yang efektif,” tulisnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular kisah jururawat Melayu suap pesakit warga emas apabila seorang jururawat muda, Nur Deena Nadzhiefa, menerima pengiktirafan daripada Menteri Kesihatan selepas satu rakaman video berdurasi 41 saat memaparkan keikhlasan beliau menyentuh hati masyarakat pelbagai kaum di media sosial.
Jururawat berkenaan menjadi perhatian ramai apabila video yang menunjukkan dirinya dengan penuh sabar menyuapkan makanan kepada seorang pesakit lelaki warga emas berbangsa India tersebar luas di platform seperti TikTok dan Facebook. Tindakan tersebut jelas mencerminkan empati serta nilai kemanusiaan tinggi seorang petugas kesihatan yang menjalankan tanggungjawab tanpa membezakan agama atau latar belakang bangsa.
Video Ringkas, Sentuh Hati Ramai
Dalam rakaman tersebut, Nur Deena Nadzhiefa dilihat melaksanakan tugasnya dengan penuh lemah lembut dan ihsan. Aksi jururawat Melayu suap pesakit warga emas itu mengundang pelbagai reaksi terharu daripada warga maya yang rata-ratanya memuji sikap profesional serta keperibadian mulia beliau.
tular
Ramai netizen menyifatkan tindakan itu sebagai gambaran sebenar semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Walaupun video tersebut berdurasi singkat, mesej yang dibawa amat besar dan mendalam, khususnya berkaitan peranan empati dalam dunia kesihatan.
Ia secara tidak langsung membuka mata masyarakat bahawa proses penyembuhan pesakit bukan sekadar bergantung kepada rawatan perubatan atau ubat-ubatan, malah turut dipengaruhi oleh sentuhan kasih sayang, layanan berhemah dan perhatian ikhlas daripada petugas kesihatan.
Perhatian Menteri Kesihatan
Keikhlasan yang ditunjukkan oleh jururawat muda ini turut menarik perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau meluahkan rasa tersentuh terhadap video jururawat Melayu suap pesakit warga emas itu menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurut beliau, video berkenaan benar-benar menjentik perasaannya sehingga mendorong beliau untuk bertemu sendiri dengan Nur Deena ketika menghadiri majlis perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Dalam pertemuan tersebut, Dr Dzulkefly menyampaikan satu bentuk pengiktirafan kepada Nur Deena sebagai tanda penghargaan terhadap nilai ihsan dan kemanusiaan yang ditunjukkan dalam menjalankan tugas hariannya sebagai jururawat.
“Ubat Paling Mujarab Adalah Empati”
Dalam kenyataannya, Dr Dzulkefly menyifatkan tindakan jururawat berkenaan sebagai contoh terbaik perkhidmatan kesihatan yang berteraskan nilai kemanusiaan.
“Anugerah yang saya sampaikan ini kecil nilainya berbanding nilai ihsan yang Deena tunjukkan. Beliau membuktikan bahawa ubat paling mujarab di hospital bukan hanya pil atau suntikan, tetapi layanan penuh empati,” katanya.
Tambah beliau, penyembuhan pesakit tidak hanya bergantung kepada teknologi dan kepakaran perubatan semata-mata. Sebaliknya, kasih sayang, sikap prihatin dan keikhlasan petugas kesihatan memainkan peranan besar dalam membantu pemulihan emosi dan fizikal pesakit.
Sebelum ini tular rakaman berdurasi 41 saat yang tular itu menunjukkan momen seorang jururawat menyuap makanan menggunakan tangan kepada pesakit berbangsa India, meruntun jiwa warganet yang memuji keikhlasan dan empatinya meskipun berbeza agama.
Simbol Perpaduan dan Inspirasi Remaja
Ruangan komen media sosial turut dibanjiri pujian daripada warga maya yang menyifatkan Nur Deena Nadzhiefa sebagai simbol perpaduan kaum dan contoh nilai kemanusiaan yang wajar dicontohi oleh masyarakat, khususnya golongan remaja.
Ramai berpendapat bahawa kisah jururawat Melayu suap pesakit warga emas ini menjadi peringatan bahawa kebaikan kecil yang dilakukan dengan ikhlas mampu memberi kesan besar kepada individu lain dan masyarakat secara keseluruhan.
Menteri Kesihatan turut merakamkan penghargaan kepada Nur Deena kerana berjaya menghidupkan semangat ‘Malaysia’ dalam tugas hariannya. Beliau berharap nilai murni yang ditunjukkan itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga kesihatan dan masyarakat umum.
Kisah Nur Deena Nadzhiefa membuktikan bahawa empati, ihsan dan kemanusiaan adalah nilai universal yang sentiasa relevan, khususnya dalam membina masyarakat yang lebih penyayang, harmoni dan bersatu padu.
Terbaru, individu yang didapati membuang sampah di tempat awam bakal berdepan hukuman lebih tegas apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 mula dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Januari 2026.
Menerusi pelaksanaan akta berkenaan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 selain Perintah Khidmat Masyarakat selama tempoh maksimum 12 jam sebagai langkah penguatkuasaan dan pencegahan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed memaklumkan bahawa undang-undang tersebut terpakai kepada semua pihak tanpa sebarang pengecualian, termasuk pelancong asing yang berada di negara ini.
Kredit foto: Jurnalis Shah AlamGambar sekadar hiasan (Kredit foto: KKM)
Tambah beliau, pendekatan perintah khidmat masyarakat diperkenalkan bukan semata-mata untuk menghukum, sebaliknya sebagai usaha mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan awam.
Pada masa yang sama, langkah itu juga dilihat sebagai satu inisiatif jangka panjang untuk membentuk sikap masyarakat supaya tidak lagi membuang sampah secara sewenang-wenangnya, sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selesa.
“Kami ada anggota yang akan pantau dan berada di kawasan-kawasan awam sama ada dalam bentuk penyamaran. Tolonglah jaga dan buang sampah dalam tong disediakan dan jangan buang merata-rata,” katanya.
Gambar sekadar hiasan (Kredit foto: KKM)
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan itu melibatkan semua pihak termasuk pelancong asing dan kanak-kanak bagi memastikan pelaksanaannya bersifat menyeluruh, dan ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sisa dan kebersihan awam.
Sementara itu, antara bentuk perintah khidmat masyarakat yang boleh dikenakan kepada pesalah termasuk aktiviti mengutip sampah, mencuci tandas serta longkang, selain diwajibkan memakai ves khas tertera perkataan ‘khidmat masyarakat’ sepanjang tempoh hukuman dijalankan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!