Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memaklumkan seramai 539,284 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membuat bayaran balik setakat 30 September tahun ini.
Jumlah ini adalah daripada 2,424,009 orang peminjam yang telah menamatkan pengajian dan patut mula membayar balik pinjaman mereka yang berjumlah hampir RM24.6 bilion.
Menurut laporan Sinar Harian, daripada jumlah itu seramai 1,884,725 orang peminjam telah membuat bayaran balik dengan 751,216 peminjam telah menyelesaikan pinjaman.
Ads
Seramai 427,861 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten mengikut jadual bayaran balik, manakala 705,648 peminjam membuat bayaran balik namun secara tidak konsisten.
Sehingga 30 September lepas, PTPTN meluluskan pinjaman kepada lebih 3.5 juta peminjam dengan jumlah pengeluaran lebih RM64.8 bilion.
Ads
Hm, sekiranya korang peminjam PTPN dan sudah memperoleh pekerjaan, buatlah caruman pinjaman walaupun sedikit. Setidak-tidaknya ia tidak memburukkan rekod nama korang nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Satu lagi insiden tembakan yang melibatkan remaja apabila suspek yang baru berusia 11 tahun menembak dua rakan sebayanya berikutan pertengkaran yang bermula semasa latihan bola sepak Pop Warner di Florida, Amerika Syarika (AS).
Menerusi laporan media antarabangsa, menurut pihak berkuasa di sana, kanak-kanak berkenaan mengambil pistol itu dari kotak yang tidak berkunci di dalam kenderaan ibunya dan melepaskan satu das tembakan.
Tembakan tunggal berkenaan terkena lengan seorang remaja, manakala seorang lagi di bahagian tengah badan.
Selain itu, polis itu turut memaklumkan video pengawasan menunjukkan kedua-dua remaja berkenaan yang berada dalam keadaan stabil, melarikan diri daripada kanak-kanak itu apabila tembakan dilepaskan.
Tembakan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8.18 malam dan pegawai tiba di tempat kejadian kira-kira empat minit kemudian dan merampas pistol daripada remaja lelaki itu serta menahannya.
Suspek kemudiannya didakwa dengan satu pertuduhan cubaan membunuh tahap dua dan dimasukkan ke pusat penilaian juvana.
Sementara itu, ibu kepada suspek berkenaan akan menghadapi pertuduhan salah laku tahap kedua kerana meninggalkan pistol tanpa pengawasan selain polis berkata, sebarang pertuduhan tambahan akan bergantung kepada sistem mahkamah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi kaki game, memiliki dan mendapatkan PS5 ini sangat penting mengikut trend semasa. Buktinya, walaupun sudah dua tahun PS5 dilancarkan sehingga ke hari ini, konsol PlayStation 5 masih tetap kekurangan stok sementara permintaan global semakin meningkat.
Berita terbaru, Sony baru sahaja mengumumkan peningkatan harga jualan untuk PlayStation 5 mereka termasuklah untuk pasaran Malaysia. Dengan peningkatan ini, PlayStation 5 kini dijual pada harga RM2,499 dalam masa yang sama PlayStation 5 Digital Edition pula dijual pada harga RM2,069.
Hal ini sekaligus memperlihatkan perningkatan harga sebanyak RM200 berbanding sebelum ini di mana PlayStation 5 dijual pada harga RM2,299 dan PlayStation 5 Digital Edition sekitar RM1,869 sahaja. Penetapan harga ini telah berkuat kuasa serta-merta di negara-negara dalam rantau Asia Tenggara.
Antara punca peningkatan harga ini dibuat oleh pihak Sony adalah disebabkan oleh kadar inflasi yang tinggi serta pertukaran wang. Sony PlayStation 5 sememangnya sukar untuk didapati di dalam pasaran ketika ini.
Kenaikan harga ini hanya akan dikenakan di pasaran terpilih di seluruh Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Kanada, namun tiada peningkatan harga runcit di Amerika Syarikat.
Bertabahlah buat mereka yang teringin tapi belum ada rezeki untuk memilikinya. Sempat lagi ni nak menabung. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang kanak-kanak genius berusia 12 tahun cipta sejarah apabila menjadi pelajar termuda yang mendaftar masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhan institut pengajian itu pada tahun 1962.
Berita mengagumkan mengenai kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Iz Emir itu dikongsikan seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fatimah Kari.
pelajar genius
Iz, atau nama penuhnya Izz Imil Shahrom, kini sedang melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di universiti tersebut.
Rosmah Mansor Luah Rasa Gembira
Lagi menarik, pelajar genius ini juga difahamkan pernah menuntut di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada usia enam tahun bagi mempelajari subjek tingkatan satu.
Rosmah (kiri) pernah bertemu Iz Emir (kanan) pada suatu masa dahulu ketika melawat Pusat Permata Pintar.
“Rasa bangga saya hari ini seolah-olah seperti dia adalah anak saya sendiri,” kata Rosmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam satu hantaran di Facebook selepas berita mengenai Iz Emir ini dapat masuk ke UM tular.
Iz Emir merupakan produk program Permata Pintar yang ditubuhkan oleh Rosmah pada April 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi besar dalam akademik. Rosmah turut mengimbau kenangan pertama kali bertemu Iz ketika kanak-kanak itu baru sahaja menyertai program Permata Pintar di UKM.
Ketika itu, Iz baru berusia enam tahun tetapi sudah berada di Tingkatan 1, suatu pencapaian luar biasa bagi kanak-kanak diusianya.
Menurut Rosmah, Iz berjaya menamatkan O-Level ketika berusia lapan tahun dan menamatkan A-Level pada usia 11 tahun.
“Anak ini memukau saya dengan kecerdasannya semasa pertama kali saya berjumpa dengannya di Permata Pintar.
“Hari ini, saya kembali merasa bangga apabila dia menjadi mahasiswa termuda dalam sejarah Universiti Malaya sejak 1962,” tulis Rosmah
UM enggan mengesahkan atau menafikan
Kisah Iz Emir di Universiti Malaya mula mendapat perhatian setelah dimuat naik di laman Facebook Profesor Fatimah Kari dari Jabatan Ekonomi UM.
Namun menurut Malay Mail, catatan tersebut telah dipadam tanpa penjelasan lanjut.
Profesor Fatimah ketika dihubungi dilaporkan turut enggan mengesahkan atau menafikan berita tersebut, dan meminta media untuk merujuk kepada jabatan komunikasi korporat UM untuk pengesahan.
Walaupun terdapat sedikit kekeliruan mengenai pengesahan rasmi Iz di UM, perjalanan akademik kanak-kanak ini tetap luar biasa dan memberi inspirasi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.