Terbaru, pakaian yang dipakai oleh penyanyi terkenal, BTS semasa persembahan separuh masa pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 berjaya mencuri perhatian ramai apabila mencatat nilai bidaan luar biasa dalam sebuah lelongan amal antarabangsa.
Difahamkan, koleksi pakaian dan aksesori yang pernah digayakan oleh tujuh anggota kumpulan itu berjaya meraih lebih AS$300,000 (sekitar RM1.32 juta), sekaligus menyumbang hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kutipan lelongan.
Menerusi lelongan amal anjuran Christie’s bersama FIFA menerusi program “One Goal: The FIFA Global Citizen Education Fund Benefit Auction” menampilkan 26 barangan istimewa termasuk memorabilia sukan serta koleksi pentas daripada beberapa selebriti terkenal dunia.
Kesemua hasil kutipan daripada acara tersebut akan disalurkan kepada FIFA Global Citizen Education Fund bagi menyokong akses pendidikan dan aktiviti sukan untuk kanak-kanak di kawasan yang memerlukan.

Antara item paling bernilai dalam lelongan tersebut ialah kemeja khas yang dipakai Jimin ketika BTS mempersembahkan lagu popular mereka, “Dynamite” pada pentas akhir Piala Dunia 2026. Pakaian berwarna putih dan merah itu berjaya dijual pada harga AS$110,000 (sekitar RM484,000), menjadikannya barangan BTS paling mahal serta antara dua item tertinggi nilainya dalam keseluruhan lelongan.
Selain Jimin, barangan milik anggota BTS yang lain turut menerima sambutan luar biasa daripada peminat dan pengumpul koleksi. Selendang milik V serta jaket Jungkook masing-masing berjaya dilelong pada harga AS$46,200 (sekitar RM203,300), manakala seluar persembahan Suga mencatat nilai AS$33,000 (sekitar RM145,200).
Tidak ketinggalan, sarung tangan yang dipakai J-Hope ketika persembahan tersebut berjaya mencapai harga AS$28,600 (sekitar RM125,800), diikuti kasut but milik RM yang terjual pada AS$19,800 (sekitar RM87,100). Sementara itu, tali pinggang khas Jin pula menerima bidaan akhir sebanyak AS$16,500 (sekitar RM72,600), membuktikan nilai sentimental tinggi setiap barangan yang pernah digunakan oleh anggota BTS.
BACA: BTS Putuskan Tidak Hantar Karya Ke Grammy 2027, HYBE Sahkan Artis Lain Masih Boleh Bertanding

Kejayaan koleksi BTS dalam lelongan berkenaan turut mengatasi beberapa memorabilia terkenal lain, termasuk sarung tangan bertandatangan Madonna yang dijual pada harga AS$41,800 (sekitar RM183,900), kasut persembahan Justin Bieber bernilai AS$26,400 (sekitar RM116,200) serta jersi pasukan Argentina yang mempunyai tanda tangan Lionel Messi dengan nilai AS$66,000 (sekitar RM290,400).
Pencapaian tersebut dianggap istimewa kerana persembahan separuh masa final Piala Dunia 2026 menjadi kemunculan pertama BTS dengan kesemua tujuh anggota selepas selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan, selain menandakan penampilan sulung mereka di pentas akhir kejohanan bola sepak berprestij itu. Gabungan muzik, teknologi pentas dan elemen budaya menjadikan persembahan tersebut antara detik paling diingati peminat seluruh dunia.
Anda mungkin berminat dengan
Semantara itu, dominasi barangan BTS dalam lelongan ini sekali lagi memperlihatkan pengaruh global kumpulan tersebut serta nilai koleksi yang tinggi terhadap memorabilia berkaitan perjalanan kerjaya mereka. Lebih menarik, pakaian yang digunakan dalam acara bersejarah seperti Piala Dunia dianggap mempunyai nilai eksklusif kerana jumlahnya terhad dan menyimpan kenangan penting buat peminat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Kumpulan baru dari JYP Entertaiment ITZY, sudah rasmi mendapat tontonan tertinggi dengan lebih dari 10 juta tontonan untuk artis baru debut dalam tempoh 24 jam muzik video itu dimuat naik pada 10 Februari di laman YouTube!
Ini benar-benar luar biasa untuk artis baru kpop! Jika korang tonton muzik video Dalla Dalla, the next Wonder Girls ini mempunyai aura Blackpink dan 2NE1! Eh, itu dah macam YG Family. JYP kan terkenal dengan kpop comel-comel, manja-manja kan!
Itzy terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan yang berumur dalam lingkungan, 16 hingga 20 tahun. Yuna, Ryujin, Chaeryeong, Lia dan Yeji tampil dengan konsep seakan-akan Blackpink dengan adunan muzik seakan-akan Wonder Girls bekas girl group milik JYP itu.
Tidak dapat dinafikan, muzik video Dalla Dalla mempunyai identiti muzik kpop yang makin dikenali di mata dunia.
Korang rasa macam mana bila tengok MV ni? Ada vibe Blackpink tak? JYP cuba nak tiru YG ke tu? Tak kisah lah, Remaja berbangga dengan Itzy dan berharap yang terbaik untuk new family member of JYP Nation! Fighting!!!
∞
Pasangan pelakon, Nad Zainal dan Ungku Ismail baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila mereka kini selamat menimang cahaya mata kedua bersama selepas Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin (36) selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pagi Rabu.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Ungku meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan isterinya selamat bersalin pada jam 9.41 pagi. Dalam masa sama, beliau turut berkongsi keadaan Nad dan bayi mereka yang berada dalam keadaan baik.
“Masya-Allah, TabarakAllah. Isteri saya selamat melahirkan anak kami pada jam 9.41 pagi tadi. Ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan comel. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, pelakon berusia 40 tahun itu turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah dan doa buat keluarganya sejak berita kelahiran itu dikongsikan.
“Terima kasih kepada semua atas ucapan dan ad’iyah (doa) yang baik. It’s a boy (bayi lelaki),” jelasnya.
Sementara itu, perkongsian tersebut pantas dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta para peminat yang turut mendoakan agar Nad, Ungku dan bayi mereka sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta berada dalam rahmat Allah SWT.
BACA: “Carilah Minat Anda, Bukan Kejar A Semata…”, Nasihat Nad Zainal Buat Lepasan SPM

Untuk rekod, Nad dan Ungku mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Indra Puteh Al Majid yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum berkahwin dengan Ungku, Nad mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom. Kehadiran bayi lelaki ini sekaligus menambahkan lagi kebahagiaan keluarga kecil pasangan berkenaan.
Sumber: Instagram Ungku Ismail
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Industri muzik Malaysia mencatatkan sejarah baru pada tahun 2024 apabila pendapatan industri muzik tempatan meningkat sebanyak 11.5% kepada RM339 juta, mengatasi rekod tertinggi sebelum ini yang tercatat pada tahun 1996 dengan jumlah RM315 juta.
Peningkatan ini didorong oleh kenaikan 14% dalam hasil pendapatan digital serta peningkatan 7.6% dalam kutipan royalti oleh tiga Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) utama di negara ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Cipta Sejarah Di Indonesia, Menang Anugerah Di SCTV Awards 2024. Tahniah!

Walaupun menghadapi cabaran daripada muzik janaan kecerdasan buatan (AI), Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) terus memperkukuh perlindungan hak cipta dan menyokong penggiat seni tempatan.
Dalam perkembangan lain, Insomniacks dinobatkan sebagai Artis Tempatan Paling Tinggi Distrim, sementara lagu Masing Masing nyanyian Ernie Zakri & Ade Govinda menjadi Lagu Tempatan Paling Tinggi Distrim sepanjang tahun 2024. Kategori lain yang menarik perhatian termasuk:
Lagu Antarabangsa Paling Tinggi Distrim: Die With A Smile oleh Lady Gaga dan Bruno Mars
Artis Antarabangsa Paling Tinggi Distrim: Taylor Swift
Artis Cina Tempatan Paling Tinggi Distrim: Firdhaus
ARTIKEL BERKAITAN: Sekali Lagi Figura Ernie Zakri Hiasi ‘Billboard’ New York Times Square. Tahniah!

Sepanjang tahun 2024, RIM melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memajukan industri muzik tempatan. Salah satu inisiatif utama ialah program Carta RIM yang menampilkan lagu-lagu paling tinggi distrim di Malaysia dalam tiga bahasa utama, yang disiarkan di stesen-stesen radio milik Astro Radio iaitu ERA, Hitz, dan MY.
RIM juga berjaya memperoleh kerjasama dengan stesen penyiar rasmi dalam penganjuran acara Anugerah Industri Muzik edisi ke-24 (AIM24), sebuah acara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan ramai, yang bakal berlangsung pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞