Pasangan pelakon, Nad Zainal dan Ungku Ismail baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila mereka kini selamat menimang cahaya mata kedua bersama selepas Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin (36) selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pagi Rabu.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Ungku meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan isterinya selamat bersalin pada jam 9.41 pagi. Dalam masa sama, beliau turut berkongsi keadaan Nad dan bayi mereka yang berada dalam keadaan baik.

“Masya-Allah, TabarakAllah. Isteri saya selamat melahirkan anak kami pada jam 9.41 pagi tadi. Ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan comel. Alhamdulillah,” tulisnya.

“It’s A Boy!” Nad Zainal & Ungku Ismail Terima Kehadiran Cahaya Mata Kedua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nad.zainal

Dalam hantaran yang sama, pelakon berusia 40 tahun itu turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah dan doa buat keluarganya sejak berita kelahiran itu dikongsikan.

Ads

“Terima kasih kepada semua atas ucapan dan ad’iyah (doa) yang baik. It’s a boy (bayi lelaki),” jelasnya.

Sementara itu, perkongsian tersebut pantas dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta para peminat yang turut mendoakan agar Nad, Ungku dan bayi mereka sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta berada dalam rahmat Allah SWT.

BACA: “Carilah Minat Anda, Bukan Kejar A Semata…”, Nasihat Nad Zainal Buat Lepasan SPM

Ads

“It’s A Boy!” Nad Zainal & Ungku Ismail Terima Kehadiran Cahaya Mata Kedua

Untuk rekod, Nad dan Ungku mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Indra Puteh Al Majid yang kini berusia tiga tahun.

Ads

Sebelum berkahwin dengan Ungku, Nad mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom. Kehadiran bayi lelaki ini sekaligus menambahkan lagi kebahagiaan keluarga kecil pasangan berkenaan.

Sumber: Instagram Ungku Ismail

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads