Isu pengangkutan awam di negara ini sentiasa mendapat perhatian.
Adakalanya, banyak teguran terutama waktu perjalanan yang tidak tepat pada masanya. Masa yang sama juga, isu kebersihan dan keadaan aircond yang kurang sejuk antara yang selalu dirungutkan oleh penumpang khususnya ketika waktu puncak.
Namun mungkin kerana ‘kuasa’ rakyat tidak ke mana dan mutu perkhidmatan masih sama.
Terkini, nampaknya perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) mendapat teguran dari Ahli Parlimen Segamat, YB Dato Seri Dr Santhara yang mencuba sendiri perkhidmatan keretapi dari Kluang menuju ke Segamat.
Ads
Hasil pemerhatian beliau sendiri, tahap penyelenggaraan KTM amat menyedihkan dan lewat 40 minit dari dijadualkan. Bukan itu sahaja, aircond tak berfungsi di coach R.
Fuh, memang panaslah jawabnya terutama kalau dah naik ramai-ramai. Mahu ‘terbakar’ umpama duduk dalam oven.
Ternyata, teguran ini perlu diambil secara positif oleh pihak KTM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan agar lebih efisen.
Ads
Ini antara contoh tren KTM yang telah dinaik taraf dan reka bentuknya lebih menarik
Ahli Parlimen Segamat, Y.B Dato’ Seri Dr. Santhara mencuba sendiri tren KTM bagi menilai mutu perkhidmatan perkhidmatan keretapi di negara ini
Bukti beliau menaiki tren dari Klung ke Segamat, hasil penilitiannya mutu perkhidmatan KTM masih di tahap perlu diperbaiki
Ads
Baca catatan seperti yang ditulis oleh beliau di laman Facebook.
Ketika pulang ke Segamat dari Kluang malam tadi, Y.B Dato’ Seri Dr. Santhara telah menaiki Keretapi Shuttle – 44 dan beliau berasa amat sedih dengan tahap penyelenggaran dan kebersihan gerabak tersebut.
Selain daripada keretapi lewat 40min dari jadual asal, alat penghawa dingin di coach R tidak berfungsi dan ini amat merimaskan penumpang lebih-lebih lagi keretapi hampir penuh dgn penumpang yang pulang utk beraya.
Kedudukan ketinggian gerabak dgn platform juga tinggi dan ini menyukarkan penumpang yang sudah berumur / uzur utuk menaiki dan menurun dari gerabak khasnya OKU.
Harap perkara ini diambil perhatian oleh pihak KTM dimana keselesaan dan keselamatan pengguna perlu diberi keutamaan kerana pengguna membayar diatas perkhidmatan yang diberi bukannya percuma!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diketahui ramai, masalah buli dalam kalangan pelajar masih lagi berlaku sehingga hari ini.
Macam yang terjadi baru-baru ini, seorang pelajar berusia 20 tahun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan ditekap menggunakan seterika wap paanas dan juga seorang lagi pelajar juga dari UPNM yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat di pijak senior di padang kawad.
Budaya membuli ini harus diakui acap kali berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama, baik di peringkat sekolah juga institusi pengajian tinggi. Paling menakutkan, kes seperti ini bukanlah kali pertama terjadi sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada pelajar di kawasan tempat belajar seperti sekolah dan universiti.
Sudah banyak kisah tragis yang serupa berlaku sehingga ada yang meragut nyawa. Jom kami kongsikan kepada anda beberapa kes buli yang pernah terjadi di negara kita.
AMIRUL NASHRIQ OTHMAN – 2018
Menurut laporan, sebelum ini hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Pahang pada 24 Mac 2018. Namun, kes ini dibuka semula pada tahun ini apabila peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mahu menuntut keadilan bagi pihak Amirul Nashriq.
Ini disebabkan pemergiaannya menimbulkan 1001 persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, ada juga yang mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN – 2017
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan telah didera melalui tekapan seterika wap terhadap badannya secara berulang kali serta pukulan-pukulan menggunakan tali pinggang, getah paip, dan hanger oleh sekumpulan pelajar sealiran atas tuduhan pencurian sebuah komputer riba.
Disebabkan cedera parah akibat perbuatan yang dilakukan terhadapnya, Zulfarhan menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2017. Kini, ke 6-6 suspek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
MOHAMMAD NAIM MUSTAQIM – 2010
Pada tahun 2010, kematian yang meragut nyawa Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri iaitu pelajar Maktab Tentera Di-Raja (RMC) yang pada ketika itu berusia 16 tahun adalah disebabkan dirinya menjadi sasaran pelajar senior sejak sesi persekolahan bermula. Allahyarham dikatakan telah dibelasah pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera Kem Sungai Besi.
Punca kematian Naim disebabkan oleh gegaran yang berlaku pada bahagian kepalanya, selepas dia jatuh ditendang. Lima pelajar senior tersebut telah dibuang serta merta dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.
MUHAMMAD FARID IBRAHIM – 2004
Seterusnya, kes buli yang terjadi kepada allahyarham Muhammad Farid Ibrahim yang berlaku 20 tahun lepas pada tahun 2004. Pelajar Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan yang didapati meninggal dunia selepas dibelasah beramai-ramai 8 orang pelajar lain. Kesemua mereka didapati bersalah, namun disebabkan mereka pada ketika itu dibawah usia 18 tahun mereka tidak boleh dihukum gantung dan hanya dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah.
Bagaimanapun, mereka semua telah diberi pengampunan oleh YDP Negeri Sembilan dan dibebaskan pada tahun 2019.
Jadi itulah antara beberapa kes buli yang pernah terjadi di negara kita. Apa pendapat anda? Kenapa budaya ragging yang teruk ini masih berlaku?
Kami di Remaja ingin menyeru orang ramai jika nampak ada mangsa yang dibuli, cuba bantu mereka. Jika anda takut untuk tampil seorang diri, boleh ajak rakan-rakan lain untuk bantu mangsa sebelum ia menjadi lebih teruk.
Ingat, jangan biarkan ini terjadi lagi. Jom lakukan perubahan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gara-gara tular foto pengguna lebuhraya merisikokan diri dengan menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), amaran terpaksa dikeluarkan oleh syarikat konsesi demi keselamatan orang ramai.
Ramai warga kota dijangka akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari ini dan esok. Lantas, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) iaitu ANIH Berhad telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan tindakan tersebut.
Kata syarikat tersebut, mereka memahami faktor menjaga waktu menunaikan ibadah solat oleg pengguna lebuhraya Pantai Timur ketika musim perayaan dan cuti umum. Malah, mereka juga menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) sepanjang musim perayaan Aidiladha ini.
Namun, pihak ANIH bimbang jika tindakan menggunakan lorong kecemasan untuk menunaikan solat akan menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku kepada penunggan motosikal dan kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran ‘geng’ solat ini di kawasan gelap pada waktu malam sehingga Subuh.
“Sebagai pengendali Lebuhraya KLK, kami ingin memohon orang ramai untuk berhenti solat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) ketika pulang ke Lembah Klang. (Ini kerana) kami menjangkakan kesesakan yang bakal ditempuhi,” jelas mereka.
Tinjauan REMAJA mendapati ramai netizen yang menyokong tindakan solat di lorong kecemasan itu sebagai sesuatu yang harus dipuji memandangkan mereka cuba untuk menjaga waktu solat. Malah beberapa rakan selebriti turut melafazkan ungkapan ‘MasyaAllah’ dalam posting yang viral itu.
Namun, kita harus menitipkan faktor keselamatan dalam hal ini okay guys.
Solat jaga, keselamatan pun kena jaga. Hati-hati memandu!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah peralihan kuasa kerajaan kepada Pakatan Harapan tahun lalu, rakyat tertanya-tanya sekiranya pertukaran jawatan Perdana Menteri seperti yang dikatakan bakal terjadi dalam masa terdekat?
Hari ini, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan beliau mengenai hal ini.
Beliau MENJANGKAKAN proses peralihan jawatan Perdana Menteri daripada penyandang beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlaku sekitar Mei tahun depan.
Bercakap kepada agensi berita antarabangsa Bloomberg, Datuk Seri Anwar berkata ada satu perjanjian tentang soal peralihan tersebut yang telah dibuat di mana, Tun Dr Mahathir akan meletak jawatan pada waktu bersesuaian. Dan jawatan Perdana Menteri akan diserahkan sejurus selepas itu.
Namun, beliau tidak terlalu memikirkan tarikh spesifik untuknya berlaku.
“Ada perjanjian mengatakan ia akan dibuat dalam bulan dinyatakan (Mei 2020). Namun saya tak terlalu memikirkan tarikh tepat,” kata beliau dalam teruramah bersama Bloomberg.
Untuk pengetahuan, pada akhir Ogos lalu Tun Dr Mahathir telah mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar.
“Saya buat janji, saya berpegang pada janji saya.
“Apabila saya letak jawatan kelak, tentunya Anwar akan naik sebagai Perdana Menteri. Jangan risau,” jelas beliau semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan al-Bukhary Kuala Lumpur.
*
Jika peralihan ini bakal berlaku pada tahun 2020, korang rasa Malaysia sudah bersedia untuknya?
Sumber: SINAR HARIAN
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!