Kalau sebut fasal hantu, kebanyakan daripada kita akan bayangkan suasana seram ala filem-filem Barat – sunyi, gelap dan penuh misteri.
Namun jika di rantau Asia Tenggara, hantu kita lain macam tau! Setiap satu mempunyai emosi dan kadang-kadang perangai mereka lebih “manusia” daripada manusia sendiri.
Daripada kisah pontianak sampailah ke toyol, hantu-hantu di rantau ini bukan sekadar menakutkan. Sebaliknya, mereka hadir dengan latar cerita, budaya dan nilai yang dekat dengan kehidupan seharian kita.
Semua keunikan ini diterjemahkan dengan cara yang segar dan menghiburkan dalam siri animasi komedi seram, Kisah Bawah Tanah.
Kenali Geng Hantu Paling ‘Relatable’ Dalam Kisah Bawah Tanah
Apa yang membuatkan Kisah Bawah Tanah lebih stand out adalah kerana barisan hantu yang menghiburkan dan cara mereka ‘menghidupkan’ karakter masing-masing.
Korang jangan salah sangka pula, hantu-hantu ini bukan duduk dalam gelap je. Mereka ada rutin, ada kerja dan ada perangai yang kadang-kadang buat kita rasa, “Eh, macam kenal je perangai ni.”
Mana satu hantu yang dekat dengan personaliti korang?
Lineup Hantu Yang Buat Kau Rasa ‘Emotionally Attacked’
Geng Bunian
Order minimum, occupy maksimum. Duduk warung berjam-jam tak tahu nak balik! Ketawa kuat sampai semua orang tahu dia happy – walaupun kadangkala topik entah apa-apa.
Jiangshi
Nak jalan pun jadi isu, lorong sempit sikit terus stuck. Jadi apa solusi dia? Lompat. Bayangkan kau tengah rush, tiba-tiba ada hantu lompat-lompat depan kau. Sabar je lah.
Zombi
Scroll TikTok volume 100%. Public space? Tak wujud dalam kamus dia. Satu lagi, muka dia memang ada subtitle – annoyed, bosan, semua orang boleh detect. No filter, no shame.
Jerangkung Sibuk
Yang terpaling rajin tapi semua benda yang dia buat guarantee akan menyusahkan orang (atau hantu) di sekeliling. Mop lantai time orang tengah jalan, susun barang sampai kau tak jumpa apa kau cari. Passive aggressive level supernatural.
Jerangkung Malas
Ini bukan malas biasa. Ini malas yang dah jadi identiti. Kerja? Optional. Tidur? Wajib!
*
Sebenarnya ada banyak lagi watak-watak hantu lain yang diketengahkan dalam siri animasi Kisah Bawah Tanah ini termasuklah hantu Zombi, Penanggal, Orang Minyak, Pocong, Pontianak, Hantu Raya, Toyol, Mumia dan Bunian.
Walaupun menggabungkan pelbagai watak hantu yang berasal dari kisah-kisah peninggalan di rantau Asia Tenggara, apa yang membuatkan Kisah Bawah Tanah lebih istimewwa adalah betapa tepatnya karakter dan perangai masing-masing dengan manusia yang kita hadapi dalam kehidupan seharian.
Dalam diam, Kisah Bawah Tanah menyindir masyarakat di sekeliling termasuklah diri kita sendiri.
Ini juga cara Astro mengimbau kembali cerita-cerita rakyat yang bukan sekadar bermain dengan elemen seram tetapi juga relevan, kelakar dan kadangkala menyakitkan hati (in a good way).
Jadi kalau korang rasa mana-mana kisah seram itu cliché… mungkin korang perlu strim versi Kisah Bawah Tanah setiap Isnin & Selasa, 7PM di Astro One atau di platform sooka.
Strim lebih, jimat lebih dengan Astro One: Epic Pack. Dari RM159.99/bln*, nikmati 140+ saluran, sukan LIVE serta 7 aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, iQIYI, Prime Video dan banyak lagi. Memang puas hati sekeluarga!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walapun berstatus penyanyi lagenda 60-an, nama kumpulan The Beatles tetap dikenali oleh segenap masyarakat dunia. Mana kan tidak, lagu-lagu ‘berhantu’ daripada band pop ini sering dimainkan di corong-corong radio.
Mengambil nama dari salah sebuah judul lagu The Beatles, filem Yesterday bakal menemui penonton di seluruh Malaysia bermula 27 Jun ini.
Bukan berkisarkan tentang biografi bintang pop ini, Yesterday menampilkan kelainan dengan kisah seorang lelaki, Jack Malik yang menyimpan impian untuk beraksi di konsert-konsert besar. Walaupun hanya mendapat tawaran menyanyi di tempat ‘biasa-biasa’ dan tiada siapa yang mengendahkan bakatnya, namun Jack tetap tidak berputus asa kerana dia sering mendapat sokongan daripada teman baiknya, Ellie yang juga merupakan pengurus penyanyi jalanan tersebut.
Nasib lelaki itu berubah apabila satu kejadian aneh berlaku, dimana Jack ditimpa kemalangan dan apabila sedar, dia mendapati tiada seorang pun yang mengenali The Beatles kecuali dirinya.
Ads
Penampilan istimewa Ed Sheeran
Sudah biasa mendengar lantunan suara Ed Sheeran dalam lagu-lagu hitnya, ramai yang excited bila melihat kemunculan penyanyi popular tersebut sebagai cameo dalam filem ini.
Agak janggal bila melihat Ed berlakon, tapi kehadirannya dilihat sangat membantu jalan cerita untuk jadi lebih menarik.
Kami merasakan seperti menonton sebuah konsert kerana setiap scene persembahan Ed Sheeran dan Jack Malik seolah-olah nampak real ditambah pula dengan bait-bait lirik daripada koleksi lagu The Beatles termasuklah Yesterday, Hey Jude, Let It Be dan banyak lagi.
Ads
Apa yang boleh kami katakan, secara keseluruhannya filem ini mempunyai jalan cerita yang sangat straight forward. Sesuai untuk korang yang nak menonton dengan santai tanpa perlu banyak berfikir.
Cuma apa yang boleh kami komen sikit, bab cinta antara Jack Malik dan Ellie tu macam potong sikit la. Dalam keterujaan melihat kejayaan Jack Malik yang tiba-tiba jadi superstar, agak frust juga bila di akhir filem kelihatan lebih fokus pada cinta.
Ads
Tapi, biasalah kan scene cinta ni memang wajib ada! Haha..
Nah, apa-apa pun itu hanya pendapat peribadi kami. Apa kata korang tonton sendiri di pawagam untuk merasai ‘kehadiran’ semula kumpulan pop lagenda dunia The Beatles. Sedikit-sebanyak dalam menggamit memori ‘orang-orang lama’.
Enjoice!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gejala kanser di kalangan masyarakat sememangnya tidak mengenali faktor usia, latar belakang, status dan betapa aktifnya gaya hidup seseorang itu.
Sempena bulan kesedaran Kanser Prostat sepanjang November ini, ramai lelaki di seluruh dunia dilihat telah bersuara untuk bercerita mengenai pengalaman mereka sendiri yang terpaksa berdepan dengan simptom kanser prostat. Salah seorang daripada mereka ialah Dato Seri Nazir Tun Razak.
Beliau baru-baru ini bercakap bersama Nu Ideaktiv menerusi kempen Fight Against Cancer mengenai pengalamannya sendiri yang terkejut apabila mendapat tahu disahkan menghidap kanser prostat.
Menurut peminat kelab bola sepak Chelsea ini, “Semasa muda saya memang aktif dalam bidang sukan. Saya suka main squasy, di UK dulu saya banyak main ragbi dan juga bola sepak. Saya seorang yang agak competitive, jadi bila main itu kena menang lah.
Sumber Foto: Instagram Nazir Razak.
“Pada usia 13 tahun, saya dihantar ke boarding school di UK. Di situ mereka tak kisah sama ada saya anak PM ke anak siapa ke. Semua pelajar baru akan dibuli. Jadi saya kena belajar untuk tinggal bersendirian dan berjauhan daripada keluarga, buat kawan dan belajar untuk menjadi kuat.
“Setelah 10 tahun saya di UK, saya pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja di bahagian perbankan yang sangat competitive. Setiap hari dari pagi hingga malam, saya akan bekerja lebih 16 jam di pejabat. Bila difikirkan semula, apabila hidup tak seimbang seperti inilah yang menjadi faktor saya mendapat penyakit ini,” kata adik kepada Perdana Menteri keenam Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak.
Sumber Foto: Instagram Nazir Razak.
Tambah beliau, kanser prostat amat berbahaya untuk lelaki kerana pesakit tidak akan mempunyai sebarang simptom.
“Apabila saya lakukan MRI, doktor memberitahu ada pembesaran dalam prostat. Jadi saya lakukan pemeriksaan biopsy dan confirm, saya berdepan dengan kanser prostat yang agresif. Katanya, saya perlu lakukan pembedahan dengan segera untuk mengelak ia daripada merebak ke seluruh badan,
“Kanser prostat memang tiada simptom, memang mengejut. Tambahan pula bila mendengar perkataan kanser tu, terus takut.
“Alhamdulillah semasa mendapat keputusan biopsy, doktor berkata kanser saya masih di stage 2 dan saya dibenarkan untuk membuat pembedahan kerana ia belum merebak.
“Dari situ, saya hanya berfikiran positif. Orang kata personaliti saya ini ibarat glass half full. Saya fikir positif saja dan saya katakan kepada diri sendiri saya boleh menang. Cuma bila saya perlu memberitahu anak-anak, itu agak sukar sedikit kerana mereka masih muda. Isteri sayalah yang bercakap secara terus-terang dengan anak-anak, jadi mereka tidak menjadi emotional.
Bersama anak kembar beliau, Arman & Marissa yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana di United Kingdom. Sumber Foto: Instagram Nazir Razak.
“Dari segi kawan-kawan pun, saya hanya memberitahu kepada mereka yang boleh memberi nasihat yang bagus dan tidak terlalu emotional. Saya pilih kawan-kawan yang rapat dan jujur. Saya katakan kepada mereka usah beritahu kes saya ini kepada orang lain,” jelasnya lagi.
Hendak Menolong Orang Lain
Kata orang, jika kita sendiri tak berdepan dengan sesuatu masalah, kita tidak akan tahu apakah perasaan sebagai pesakit atau mangsa. Sebaik saja Dato Seri Nazir pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan dan rawatan, beliau merasakan dirinya amat bertuah dan ingin menolong orang lain terutamanya lelaki yang berdepan dengan isu kanser prostat.
“Lelaki ini biasalah, malu bila nak bercakap tentang kanser prostat dan enggan memberitahu masalah mereka.
“Berbeza sama sekali dengan cara orang di UK berfikir. Di sana, ramai pemain bola sepak dan kelab bola sepak itu sendiri yang terbuka untuk bercerita mengenai prostat kanser menerusi kempen mereka. Ini kerana gejala kanser ini amat penting.
“Walaupun kita takut mendengar perkataan kanser, kanser prostat ini adalah jenis kanser yang paling senang untuk kita dapatkan rawatan jika mengesannya dengan awal serta pantas bertindak.
“Jadi pesanan saya kepada lelaki di luar sana, ambil tindakan secara lebih awal. Bagi yang telah pulih pula dan mereka yang tidak dijangkiti penyakit ini, kita orang lelaki kena keluar, bercakap dan sebarkan kesedaran mengenai kanser prostat,” simpul beliau.
Tonton temuramah penuh mengenai perjalanan Dato Seri Nazir Razak berdepan dengan penyakit yang digeruni ramai ini, di bawah.
Adegan melibatkan pelakon, Vanidah Imran yang mengusap janggut seorang lagi pelakon senior, Faizal Hussein menggunakan kaki dalam sebuah drama tempatan berjudul Bidaah telah menimbulkan rasa kurang senang bukan hanya dalam kalangan penonton tetapi juga pendakwah bebas tempatan.
Drama yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra milik Erma Fatima itu telah ditayangkan bermula 6 Mac lalu menerusi sebuah platform penstriman.
Namun setelah iklan acah (teaser) Bidaah yang menampilkan adegan demikian dimuat naik ke media sosial, drama itu telah dikritik hebat oleh warganet.
Tidak kurang juga yang mempersoalkan sekiranya agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab menapis konten melampau dalam drama serta filem terbitan syarikat perfileman tempatan serta antarabangsa sebelum tayangannya dibenarkan.
Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang lebih mesra dengan panggilan PU Syed tampil bersuara menerusi satu entri di Instagram dan berpendapat adegan sebegini tidak perlu ditunjukkan secara terperinci.
Biarpun niat pengkarya adalah demi memberi nilai moral kepada penonton berkisarkan realiti hidup masyarakat di Malaysia, adalah lebih penting kata PU Syed untuk menghasilkan karya yang mematuhi syariah.
Pendakwah Bebas, PU Syed.
Sutradara Di Malaysia Sudah Mati Idea?
Tegur pendakwah bebas berusia 43 tahun itu, drama berjudul Bidaah itu sendiri sudah dianggap sebagai Bidaah Dholalah apatah lagi plot-plot ceritanya berunsur melampau khasnya apabila melibatkan keagamaan.
“Sudah mati idea gamaknya sutradara-sutradara di Malaysia ini dalam menghasilkan cerita-cerita berkualiti dan patut syariah.
“Memang wujud ajaran-ajaran sesat yang menghambakan pengikut-pengikutnya. Namun saya rasa tidak perlulah dipertontonkan kepada khalayak. Apatah lagi adegan di atas katil juga dipertontonkan seperti video yang ditularkan di media sosial.
“Adakah mereka (pihak Kementerian) ini tidak lagi wujud (untuk penapisan kandungan sebelum tayangan) atau peraturan sudah semakin longgar?
“Makcik Erma Fatima ini bolehlah cuba buat drama yang melibatkan cinta kepada tanah air seperti ketenteraan, kepolisian atau cerita-cerita Islamik yang lebih realistik untuk kesedaran masyarakat,” cadangnya.
Dalam pada itu, PU Syed turut menegur jalan cerita satu lagi drama yang sedang dipertontonkan pada bulan Ramadan ini berjudul Keluarga Itu. Sekali lagi, pelakon-pelakon senior merelakan diri mereka melakonkan babak serta bertutur dialog yang tidak senonoh.
Tinjauan REMAJA di ruang komen turut bersetuju dengan pendapat PU Syed ini dan berpendapat babak melampau sebegini sebagai punca semakin ramai penonton di Malaysia menjauhi diri daripada mengekori drama bersiri lokal pada setiap minggu.
Apa pendapat korang?Adakah adegan yang ditayangkan itu dianggap sebagai melampau atau ia sekadar cara penyampaian subtle agar penonton memahami konteks sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita?