Terbaru, pelakon Korea Selatan, Kim Dohoon tampil memohon maaf kepada peminat Aespa serta memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa dirinya menyentuh tangan Karina secara tidak wajar ketika sidang media program variasi Netflix ‘Agents of Mystery 2’. Isu tersebut timbul selepas rakaman sesi foto bersama para pelakon tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.
Difahamkan, ketika sesi bergambar berlangsung, kesemua barisan pelakon diminta melakukan ‘pose’ berkonsepkan kerjasama berpasukan dengan saling berpegangan tangan dan membentuk formasi menyerupai bintang serta momen itu pada awalnya dilihat sebagai interaksi profesional biasa antara rakan set produksi.
Namun begitu, selepas video berkenaan dikongsi semula secara meluas di media sosial, terdapat segelintir peminat Karina Aespa yang berpendapat Dohoon kelihatan seperti mengusap atau mempermainkan tangan penyanyi terkenal itu sehingga klip pendek yang dimainkan secara berulang (loop) turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan andaian.
Ads
Karina & Kim DohoonSesi foto program variasi Netflix ‘Agents of Mystery 2’
Pada masa yang sama, kontroversi tersebut menjadi semakin hangat apabila seorang peminat dilaporkan menghantar mesej kepada Kim Dohoon menerusi aplikasi komunikasi artis iaitu Bubble, dengan pesanan berbunyi, “Jangan sentuh tangan Karina.” Tindakan itu sekaligus menunjukkan tahap sensitiviti segelintir peminat terhadap interaksi melibatkan idola mereka.
Tidak mengambil masa lama, aktor berkenaan segera memberikan klarifikasi. Menurutnya, beliau tidak menyentuh tangan Karina seperti yang didakwa, sebaliknya hanya menggaru jarinya sendiri kerana berasa gatal ketika sesi foto berlangsung. Penjelasan tersebut dibuat bagi meredakan salah faham yang semakin berpanjangan.
Ads
Selepas kenyataan itu dikongsikan, ramai pengguna media sosial menonton semula video asal dalam versi penuh dan mendapati gerakan yang dipersoalkan itu berkemungkinan besar hanyalah pergerakan jari secara pantas, bukannya tindakan seperti yang ditularkan.
Penjelasan Kim Dohoon di aplikasi BubbleGambar yang menyebabkan segilintir pihak salah faham
Sementara itu, di media sosial ramai warga internet memberikan reaksi berbeza-beza terhadap isu tersebut. Ada yang menganggap ia bukan isu besar, ada yang merasakan respons aktor itu sedikit janggal, dan tidak kurang juga yang menyifatkan kontroversi ini sebagai sesuatu yang terlalu dibesar-besarkan.
Malah, segelintir netizen berpendapat klip video yang dimainkan secara loop serta versi slow motion membuatkan situasi itu kelihatan pelik walaupun hakikatnya mungkin sekadar salah faham.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, gambar penyanyi terkenal, Lisa Blackpink duduk bersebelahan CEO kepada jenama mewah LVMH, Frédéric Arnault di sebuah restoran di Paris telah tular di media sosial.
Apa yang lebih menarik, mereka bukan sahaja berdua malah ahli keluarga kepada Frédéric juga turut dilihat berada di situ dan makan bersama.
Melalui gambar yang dikongsi, Lisa atau nama sebenar Lalisa Manobal nampak bahagia dan santai berbual bersama kekasih hatinya dan juga keluarga Frédéric. Sekaligus menunjukkan mereka semua mempunyai hubungan yang sangat akrab.
Hal itu telah menarik perhatian peminatnya, BLINK dan ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak akan terkejut jika suatu hari nanti pelantun lagu LALISA itu akan mengumumkan tentang perkahwinannya bersama Frédéric.
Sementara itu, Lisa dilaporkan akan membuat kemunculan semula sebagai penyanyi solo dengan single terbaru Rockstar yang akan dikeluarkan 28 Jun ini.
Walau apapun, semoga Lisa dan Frédéric sentiasa berbahagia!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati memang teringin nak menyiapkan kek yang sedap untuk keluarga sendiri. Tapi tak oven tak ada weh!
Nak guna oven sekali rosak pula. So, REMAJA kongsikan 5 resepi mudah (dan gerenti licin) agar korang boleh cuba tanpa menggunakan peralatan yang terlalu complicated. Tak perlu bakar pun.
1. Kek Batik Ultimate Dengan OREO & Cadbury
Bahan-bahan
150g Golden OREO cookies, patahkan kepada 4
100g CADBURY Dairy Milk Chocolate Neaps
30g Serbuk koko
50g Mentega tanpa garam
100g Susu Pekat
50g Gula Kastor
2 Biji telur
Untuk hiasan
Biskut OREO original, patahkan kepada 4
Biskut OREO golden, patahkan kepada 4
Cara Penyediaan
Cairkan CADBURY DAILY MILK Chocolate Neaps, serbuk koko, mentega, susu pekat dan gula di dalam periuk kecil dengan api sederhana perlahan.
Gaulkan campuran coklat berterusan sehingga cair sempurna dan sekata. Alihkan daripada api.
Kacau masuk telur dan pukul sehingga sekata.
Campurkan biskut OREO golden dan kacau sehingga semua disalut sempurna.
Mampatkan campuran ke dalam tin kek dan taburkan bahan-bahan hiasan.
Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit atau semalaman.
Apabila sudah sedia, potong dan hidangkan.
2. KEK COKLAT MOIST KUKUS
Sumber Gambar : phoenixhillna.org
Bahan-bahan:
Tepung gandum – 1 1/2 cawan (#)
Baking powder – 1 sudu teh (#)
Soda bikarbonat – 1 /2 sudu teh (#)
Serbuk koko – 1/2 cawan (#)
Minyak masak – 1 cawan
Susu cair – 1 cawan
Susu pekat – 1/2 cawan
Gula – 7 sudu makan
Garam – 1 sudu teh
Ovalette – 1 sudu makan
Telur Gred A – 2 biji
Cara Memasak:
Ayak bahan-bahan yang bertanda (#) dan ketepikan.
Masukkan bahan-bahan yang tidak bertanda (#) ke dalam pengisar. Kisar sehingga sebati.
Tuang adunan tersebut dalam bahan yang diayak tadi. Kacau sehingga sekata.
Kemudian, sapukan marjerin di loyang dan tuang adunan kek tersebut.
Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bagi elakkan wap air menitis atas kek.
Menggunakan periuk kukus yang dipanaskan terlebih dahulu, kukus selama 1 jam.
Untuk topping, panaskan susu cair, susu pekat dan coklat masakan menggunakan kaedah double-boil. Apabila coklat dah larut, masukkan sedikit shortening.
Apabila kek sudah dimasak, biarkan ia suam terlebih dahulu sebelum menuang topping di atasnya.
Tuang separuh dahulu di atasnya dan simpan kek dalam peti sejuk selama 30 minit.
Lebihan topping tadi dituang selepas kek dikeluarkan dari peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.
3. KEK PISANG GUNA KUALI
Sumber Gambar : Puan Hasliza Dza
Bahan-bahan:
(A) Bahan Blender
Pisang – 1 cawan dilecek
Gula – 3/4 cawan
Minyak masak – 1 cawan
Limau nipis – 1 sudu besar
Garam – secubit
(B) Bahan Ayak
Tepung gandum – 1 1/2 cawan
Baking soda – 1 sudu kecil
Baking powder – 1 sudu kecil
Cara Memasak:
Blender bahan-bahan (A) kecuali pisang selama 2-3 minit.
Apabila dah sebati, masukkan pisang dan blend sekejap sehingga hancur
Kemudian satukan bahan-bahan (B), ayak dalam satu bekas dan kacau sebati.
Ambil bahan-bahan (A) yang telah blend dan tuangkan ke dalam adunan (B) dan kacau lagi sehingga kedua-dua bahan sebati.
Sapukan marjerin pada loyang dan tuang adunan tersebut.
Hiaskan bahagian atas adunan tersebut dengan hirisan nipis pisang di atasnya.
Letak loyang tersebut di atas tungku dalam kuali yang dipanaskan.
Tutup kuali dengan rapat dan bakar tanpa air.
Masak selama 30-40 minit dan cucuk lidi pada kek untuk lihat sama ada kek dah masak atau belum.
Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan biskut Marie yang dikisar. Gaul sehingga sebati.
Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.
Kemudian padatkan adunan tersebut menggunakan gelas. Biarkan seketika.
Menggunakan mixer, putar cream cheese, jus lemon dan susu pekar sehingga sebati dan berbentuk cream.
Selepas itu masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang mempunyai adunan biskut.
Ratakan dan simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dihidangkan.
5. KEK SUSU KUKUS
Sumber Gambar : Resepi Bonda
Bahan-bahan:
Tepung gandum – 2 cawan
Gula halus – 2 cawan
Susu pekat manis – 3 sudu besar
Susu cair – 1 cawan
Telur saiz A – 3 biji
Esen vanila – 1 sudu teh
Ovalette – 1 sudu besar
Garam halus – 1/4 sudu teh
Minyak jagung – 1/4 sudu teh
Cara Memasak:
Menggunakan mixer, putarkan telur, gula, ovalette, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan garam sehingga gebu.
Masukkan minyak jagung dan tepung gandum dan kemudian putar sehingga menjadi sebati.
Bahagikan adunan tersebut dalam 4 mangkuk sama saiz atau beberapa hidangan yang kamu mahu. Warnakan dengan pewarna kuning, coklat, merah dan hijau. Kacau rata.
Sapukan mentega pada loyang dan tuang adunan yang diwarnakan secara berselang-seli.
Letakkan loyang tersebut dalam periuk kukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Tutup dengan rapat. Tudung periuk diikat dengan kain supaya kek tidak menjadi bantat.
Kukus selama 35 minit menggunakan api sederhana.
Bila dah masak, angkat dan sejukkan sebelum dimakan.
Selamat mencuba, kalau jadi jangan lupa bagi penulis sikit tau…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bergelar ratu sehari pastinya penampilan memainkan peranan penting dalam menaikkan seri. Tidak dapat disangkal, wajah anggun dan manis Mira menjadikan dia tampil sajak mengenakan apa sahaja persalinan.
Sepanjang tiga majlis berlangsung, Mira memilih untuk menggayakan rekaan dari tiga pereka fesyen berbeza. Untuk majlis pernikahan dia memilih jenama Rizman Ruzaini manakala untuk resepsi pertama dia tampil bagaikan ratu dalam persalinan jenama Fizi Woo. Akhir sekali hari ini untuk resepsi majlis dalam taman, dia menyerlah dalam persalinan rekaan Rico Rinaldi.
MAJLIS PERNIKAHAN
Rekaan kurung Pahang tradisi yang cukup regal oleh Rizman Ruzaini ini menampilkan siluet yang ringkas tanpa manipulasi yang keterlaluan, cukup hanya dengan tambahan ribuan jemeki sarat berkilau di hujung baju dan lengan. Memang sesuai digayakan untuk majlis pernikahan.
RESEPSI PERTAMA
Siapa tidak kenal dengan hasil kerja Fizi Woo, setiap kali menghasilkan busana perkahwinan terutamanya, pasti memukau mata yang memandang. Gaun ballgown penuh perincian pada bahagian badan dengan rona emas mengambil inspirasi corak geometri Arabesque. Bahagian bawah gaun pula dibiarkan polos untuk menyeimbangkan stail keseluruhan agar tidak terlalu sarat.
RESEPSI KEDUA
Busana rona biru lembut ini cukup istimewa. Diilhamkan oleh Rico Rinaldi, rekaan gaun longgar berbelah hingga paras paha ini dikejutkan dengan padanan seluar sekaligus menyuntik nuansa moden pada rupa keseluruhan Mira. Biarpun bahagian dada dan lengan sarat dengan perincian namun ia cukup memberi justifikasi dan masih nampak segar.,
Kredit Foto: Instagram Rizman Ruzaini, Rico Rinaldi, Fizi Woo & Mira Filzah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!