Baru-baru ini, kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo dan Angel mengumumkan mereka bakal mengadakan sebuah konsert pada 3 Ogos ini yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert Dolla Re:Birth The Experience itu merupakan konsert sulung mereka selepas lebih empat tahun mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.
Angel berkata konsert itu bakal menyaksikan era baru Dolla dengan corak persembahan berbeza, selain menjanjikan kepuasan buat peminat yang hadir.
“Konsert Dolla ini seperti kelahiran semula dan menonjolkan sisi matang kami. Kami telah mulakan persiapan, kini sedang menyediakan susunan lagu Dolla yang baharu dan segar untuk konsert itu”
“Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh siapapun sebelum ini serta akan menjadi pengalaman penuh emosi dan istimewa untuk semua peminat Dolla”
Dalam pada itu, Tabby dan Sabronzo berharap dapat memberikan persembahan terbaik pada konsert itu serta akan memastikan penyampaian yang lebih segar.
Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions Rohit Rampal berkata konsert itu akan menjadi medan bagi membolehkan Dolla mempamerkan semua yang telah kumpulan itu pelajari sejak kemunculan mereka.
“Kami sentiasa bersemangat untuk menonjolkan bakat tempatan, kami mahu memberikan kumpulan kelahiran Malaysia ini kesempatan meraikan kejayaan mereka. Dolla telah bekerja keras selama ini, mereka berhak merealisasikan cita-cita besar mereka”
Sekadar info, antara lagu yang pernah dipopularkan Dolla adalah Damelo, Dolla Make You Wanna, Look At This, dan Raya Raya Raya.
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.hitmanlive.com mulai 30 Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Sanggup Tunggang Harley Davidson Ke Thailand Tapi Masjid Yang Dekat Tak Pergi, Zul Handy Black
Tatkala Allah memberikan hidayahnya, tiada siapa mampu menolak. Bagaimana ia diberi, ia hanyalah satu rahsia dalam kehidupan mereka yang menerimanya. Hidayah ini umpama satu perasaan halus yang menjentik hati untuk belajar mengenal Allah dengan lebih mendalam.
Dalam satu perkongsian sebelum dirinya berhijrah menyertai tabligh beberapa tahun lalu, Zul yang amat dikenali sebagai penyanyi kumpulan rock Handy Black serta lakonan mantap dalam Mantra mengakui dirinya amat sombong dengan Allah taala.
“Hubungan saya dengan orang baik sekali, begitu menjaganya tapi sayangnya hubungan saya dengan Allah jauh. Saya sombong dengan Allah. Sembahyang jauh sekali. Puasa pula awal dan akhir sahaja sebab ketika itu balik kampung bersahur dengan mak ayah.
“Dulu saya antara orang yang boleh beli sebiji motor Harley Davidson, special edition dengan harga RM180,000. Motor tu ada 100 biji sahaja dalam dunia dan saya orang ke empat membelinya.
“Sampai ke Thailand saya pergi, Singapura juga tak masjid yang dekat saya tak singgah pun. Orang hanya dengar bunyi derumannya sahaja tapi saya tak singgah pun sedangkan kedudukannya lebih dekat,” katanya Zul sambil menambah emaknya pernah bertanya mengapa dia sanggup membeli sehelai t-shirt ed hardy dengan harga RM600 pada hal hanya memaparkan gambar tengkorak sahaja.
Dalam perkongsian hijrahnya itu juga, kata Zul, manusia di akhir zaman selalu mempertikaikan harga rumah yang semakin mahal tetapi masih mampu membelinya, mempertikaikan juga harga emas berlian yang mahal tetapi tetap membelinya juga tetapi masa yang sama tidak mempertikaikan harga sebuah IMAN yang lebih mahal harganya di dunia ini.
Malah Zul turut berkongsi kisahnya semasa menjadi artis dahulu termasuk memaklumkan harga sebuah lagu yang dinyanyikan dalam mana-mana majlis mencecah RM3000 bagi sebuah lagu.
“Saya nyanyi tiga lagu, dah dapat RM9000 bagi Jumaat malam Sabtu saja. Kalau hari-hari lain, gaji pun dah dapat RM1000 sehari. Kiranya dalam sebulan pendapatan dalam RM40,000 sebulan tapi Allah menguji dalam pelbagai bentuk termasuk Allah tarik nikmatnya.
“Dahulu masa jadi artis kita fikir kita hebat tapi Allah uji saya dengan pelbagai ujian. Saya masih lagi belajar dan akan terus belajar,” katanya dalam ceramah berkenaan.
Nyata, hidayah Allah itu milikNya. Siapa yang dia kehendaki maka terjadilah. Semoga kita juga berubah menjadi lebih baik dan bukan menunggu hari tua untuk melakukan perubahan dalam hidup yang semakin singkat ini.
Dengar video perkongsian dari Zul akan kisahnya ini.
Jom Kenali Gamora Versi Kanak-Kanak, Ariana Greenblatt
Demam ‘Avengers: Infinity War’ nampaknya masih belum reda. Walaupun sedikit tenggelam dengan perkembangan PRU14, namun di kalangan netizen muda masih hangat memperkatakan tentang filem yang telah memecah rekod dunia box-office tersebut.
Bagi yang sudah menonton ‘Avengers’: Infinity War’ kamu pastinya telah kenal dengan watak Gamora lakonan Zoe Saldana. Dan menariknya dalam instalasi terbaru filem ‘Avengers’, kita turut diperkenalkan dengan watak Gamora semasa kecil. Sejarah hitam yang melanda hidupnya dan membesar di bawah jagaan Thanos menjadikan Gamora sebagai antara watak penting.
Remaja berasa cukup tertarik dengan sejarah hidup Gamora dan tentunya kemunculan pelakon kanak-kanak yang melakonkan watak Gamora mengundang persoalan, siapakah pelakon cilik yang cukup hebat ini?
Si cilik yang baru berusia 11 tahun ini ialah Ariana Somhon Valon Greenblatt atau lebih dikenali sebagai Ariana Greenblatt. Pelakon kanak-kanak yang mula mencipta nama menerusi wataknya sebagai Daphne di dalam siri TV popular Disney, ‘Stuck In The Middle’.
Menerusi siri TV tersebut, Ariana mula mengumpul ramai peminat terutamanya dari golongan kanak-kanak dan juga para ibu. Bukan sahaja pandai berlakon, Ariana juga merupakan seorang penari yang hebat. Dengan karakternya yang periang, Ariana merupakan seorang pelakon cilik yang sangat cerdik.
Dan pada tahun 2014, video YouTube yang menampilkan Ariana melakukan persembahan tarian telah tular dan mendapat jumlah tontotnan melebihi 73 ribu views!
https://www.youtube.com/watch?v=Wuy3iXIVrDg
Perjalanan karier Ariana bermula ketika dia berusia sembilan tahun selepas berkaya mendapatkan watak sampingan di dalam program ‘Liv and Maddie’. Selepas itu dia turut muncul dalam salah sebuah episod ‘Joy-A-Rooney’ sebelum dilamar menjadi salah seorang pelakon utama ‘Stuck In The Middle’ pada tahun 2016.
Kepetahan serta bakat lakonan yang dimilikinya itulah meyakinkan Marvel Studio untuk memilihnya memegang watak sebagai Gamora versi kanak-kanak.
Korang boleh follow Ariana di Twitter dan Instagram!
All the best Ariana!
TRIVIA
Pernah muncul dalam filem ‘A Bad Moms Christmas’ bersama Mila Kunis dan Kristen Bell
Debut TV pertama menerusi ‘Liv and Maddie’
Berketurunan hispanic dan membesar bersama ibu bapa dan seorang abang bernama Gavin
Turut muncul dalam program TV, ‘Legendary Dudas’ pada tahun 2016
Membintangi filem akan datang ‘The One and Only Ivan’ dengan memegang watak sebagai Julia
Berbintang Virgo
Kisah Pod, Pemenang Dipertikai Dan.. Ini 7 Corat-Coret ABPBH-33
01
Penganjuran anugerah berskala besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 semalam pada awalnya mendapat tentangan peminat hiburan tempatan kerana dilihat seperti tidak sesuai dengan waktunya.
Ini berikutan situasi semasa negara yang sedang berhadapan pandemik Covid-19. Ada juga pihak yang berpandangan agar stesen televisyen memperbanyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada Tuhan.
Apapun, ABPBH-33 telahpun selamat dianjurkan semalam. Seperti yang kerap kali diulang oleh pengacaranya, Dato’ AC Mizal, Nabila Huda, Sean Lee dan Sissy Iman, ABPBH-33 mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) sepanjang persiapan dan pengendalian acara.
02
Fesyen itu subjektif bukan? Akan ada orang yang suka, ada juga yang akan mengata.
Karpet merah ABPBH-33 tidak meriah dengan kehadiran ramai selebriti seperti edisi-edisi terdahulu kerana mengikut SOP (hanya pemenang setiap kategori, penyampai anugerah dan artis yang melakukan persembahan saja diminta hadir). Namun, itu tidak bermakna mata-mata fesyen tempatan tidak memerhati ya!
Some of them definitely had our eyebrows raised by being risque. Pengacara karpet merah dan Xiomi Smart Home Lounge, Sissy Iman mengambil inspirasi daripada stail Beyonce dan Rihanna.
Manakala, Wany Hasrita menarik perhatian ramai dengan pilihan skirt tulle rekaan Wan & Mary untuk dipadankan dengan stail hijab ringkas berona merah jambu.
Nama penyanyi Aina Abdul turut ‘naik’ apabila ramai yang sukar mengintepretasi idea di sebalik gaya tulle-nya.
Secara peribadi, penulis menggemari gaya Sherry Alhadad yang bersesuaian dengan Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular itu. Gaunnya adalah rekaan Rizman Ruzaini manakala glam team Sherry terdiri daripada Aizat Aidid, Syed Faizal & Cody Chua.
P.S: Penulis menggemari peningkatan skil Sissy Iman sebagai seorang hos!
03
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi lagenda 80-an dan 90-an, Francesca Peter. Pemilihan ini menerima sokongan padu daripada netizen.
Malah, sentimen itu bertambah kuat setelah penonton disajikan dengan segmen tribute lagu-lagu hit kak Fran nyanyian Hafiz Suip & Ernie Zakri. Suka sangat bila melihat kedua-dua pemenang vokal terbaik AJL ini bergandingan.
04
Bagaimanapun, tak semua kategori yang dipertandingkan semalam menerima reaksi sama. Kita mulakan dahulu dengan kategori yang dilihat janggal untuk dipertandingkan iaitu Artis Kontroversi Popular.
Walaupun sekadar kategori online sahaja (tidak disampaikan di atas pentas), ramai berpendapat ia seakan mempromosikan cerita-cerita ‘panas’ selebriti dan bukannya meraikan pencapaian popular mereka sepanjang tahun.
Kategori ini dimenangi Aiman Tino setelah mengenepikan Fathia Latiff, Syafiq Kyle dan beberapa lagi selebriti ‘kontroversi’ lain.
Nampaknya Aiman tidak kisah dengan cakap-cakap netizen apabila dia mendedikasikan kemenangan itu kepada kelab peminat. “Tahun ini milik kita, Aiman tak pernah pegang award ABPBH. 2020 kita merasa.”
05
Seperti yang korang tahu, ABPBH adalah sebuah anugerah berprestij yang bergantung kepada undian para peminat. Kuat sokongan kelab peminat, tinggi undian mereka, maka menanglah seseorang selebriti itu.
Justeru, apabila rata-rata penonton musykil dengan beberapa kemenangan kategori utama semalam, secara logiknya ia tidak perlulah dipertikaikan kerana seseorang itu menang berdasarkan undian. Tak kiralah jika satu Malaya mengenali selebriti itu ataupun tidak.
Antara kategori yang membuatkan netizen musykil adalah kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baru Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular. Well, mereka menang kerana undian peminat.
Bagi korang yang mempertikaikannya, seharusnya korang mengundi selebriti yang dirasakan ‘popular’ itu. Betul tak?
BACA LAGI: Siapakah Isyariana, Artis Wanita Baharu Popular?
06
Isu penyampai anugerah, Shaheizy Sam yang muncul dengan gantungan pods berwarna-warni di atas pentas mengundang kecaman ramai pihak termasuklah akaun Facebook Public Health Malaysia.
Sukar untuk kita semua mempercayai hal ini terjadi disebabkan oleh kecuaian pihak produksi. Bukankah seseorang selebriti itu akan dipersiapkan semasa menunggu giliran keluar pentas?
07
Tidak sah jika ABPBH tidak menyiarkan persembahan yang menjadi bualan mulut ramai. Kalau nak diikutkan, banyak sebenarnya persembahan di pentas ABPBH yang menjadi ikonik dalam sejarah penganjurannya.
Pada edisi ke-33 ini, ada beberapa momen yang diperkatakan ramai. Entah di masa silapnya, ramai penonton kurang ‘feel’ dengan nyanyian Zynakal dan Yonnyboii semalam walaupun persembahan lagu popular, Sakit amat dinanti-nantikan.
Kemunculan semula Yonnyboii ke atas pentas menerusi lagu Xiaomi For Me bersama Shalma Eliana juga seakan ‘tak sampai’ seperti yang diharapkan. Hhm, apa pendapat korang? Lain telinga lain pendapat.
Satu lagi persembahan yang diperkatakan oleh netizen adalah pemilihan lagu Lovesick Girls oleh Dolla. Ramai tidak bersetuju dengan keputusan produksi untuk memilih lagu nyanyian asal Blackpink.
Ia membuatkan grup yang dianggotai oleh Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angel itu tidak mampu lari daripada imej ‘Blackpink Malaysia’ sedangkan mereka baru saja melancarkan single Impikan. Mengapa Dolla tidak diberikan peluang untuk menyanyikan lagu sendiri, seperti peluang yang diberikan kepada persembahan ‘4 Dara’ oleh Faizal Tahir, Elly Mazlien dan Zizi Kirana?
Apapun, ‘stage presence’ dan kualiti nyanyian Dolla layak diberikan pujian walaupun mereka masih baru.
BACA LAGI: Kenali Dolla, Sama Ke Dengan Blackpink?
*
Panjang lebar corat-coret kali ini ya! REMAJA sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang terutamanya kepada Haqiem Rusli yang membuktikan usia bukanlah kayu pengukur kepada kejayaan.
Pada usia 22 tahun, penyanyi Adlina Marie itu telah membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular 2020 setelah ia dimenangi oleh Mira Filzah, tahun lalu.