Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan masih belum terfikir lagi untuk membawa puteri sulungnya, Siti Aafiyah menempa nama dalam industri seni.
Berkata kepada Remaja, kehadiran Aafiyah yang bermain keyboard hanyalah untuk mengiringinya sewaktu mendendangkan lagu berjudul Nadi di Konsert Cinta Di Awan, baru-baru ini.
“Saya tidak terfikir untuk membawa Aafiyah serius dalam bidang muzik cuma untuk konsert di Genting itu sahaja kerana saya membawakan lagu Nadi.
Ads
“Lagu itu untuk anak saya, dia punya permulaan dan muzik Aafiyah belajar dengan Cikgu Illy yang sama-sama mencipta lagu tersebut, jadi perkara itu memudahkan lah.
“Walaupun masa rehearsal Aafiyah hampir tak mahu perform sebab dia gementar, takut dan malu, tapi Alhamdulillah sewaktu konsert itu dia okay,” katanya selepas sidang media Hausboom Music Festival 2024.
Pada masa sama, penyanyi lagu popular Kau Kekasihku itu juga sempat berkongsi reaksi anak perempuan kesayangannya itu sebaik sahaja konsert tersebut berakhir.
“Dia teruja sangat, budak-budak kan bila dia dah selesa dan seronok. Aafiyah ada cakap
konsert seterusnya dia mahu ikut serta.
Ads
“Tapi saya tiada cakap apa-apa pun sebab bukan setiap persembahan saya nak Aafiyah ada, cuma sewaktu konsert di Genting itu sesuai dengan lagu sahaja,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, kemunculan Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan
yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu mendapat perhatian
ramai di serata media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Benarlah, umur bukan penghalang untuk mencapai kejayaan di peringkat pendidikan tinggi. Jangan pernah jadikan umur tua atau muda sebagai penghalang atau alasan untuk anda mencapai kejayaan.
Baru-baru ini, penyanyi kumpulan nasyid terkenal, Saujana, Dr. Idzu Baharin telah menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) pada Majlis konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine.
Idzu yang kini bergelar usahawan berjaya itu dianugerahkan susulan kejayaan serta pencapaian baiknya dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute.
Menurut penyanyi berusia 42 tahun itu, usia bukan halangan buat dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada khalayak di luar sana.
“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Malah generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.
“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial. Tetapi jangan menganggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik syarikat Cell Tissue Sdn. Bhd itu turut berkongsi teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran.
“Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada.
“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan pelawak negara, Hamid Gurkha telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.19 petang tadi akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Khabar duka ini disampaikan sendiri oleh anak bongsunya, Nor Ashita Hamid. Nor memberitahu doktor mengesahkan arwah bapanya mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.
Menurut laporan Berita Harian, anak-anak Allahyarham redha atas pemergiannya ini selepas enam hari dimasukkan ke hospital. Jelasnya lagi, jenazah masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.
Pihak keluarga masih tidak dapat menjangkakan bila pengembumian akan dilaksanakan, mungkin hari ini atau esok. Mereka berharap agar urusan pengebumian dapat dipercepatkan.
Sebelum ini, arwah berada dalam keadaan tenat tetapi tidak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Ahli keluarga menafikan berita arwah dimasukkan di ICU kerana keadaannya stabil dan terkawal selepas dirawat di hospital akibat selepas mengalami batuk teruk.
Antara filem-filem lakonan Allahyarham termasuklah Jejaka Perasan, Gila-Gila, Zombi Kampung Pisang dan banyak lagi. Pemergian legenda ini sudah pasti akan dirindui peminat, lebih-lebih lagi mengingatkan telatahnya lucunya di kaca televisyen.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan sama-sama kita doakan agar arwah pak Hamid Gurkha ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampak, tiada sesiapa boleh menyekat kemaraan pelakon Korea yang popular menerusi drama terbitan Netflix, Squid Game iaitu Lee Jung-jae.
Setelah meraikan kemenangan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) di acara berprestij Screen Actors Guild Awards 27 Februari, pelakon berusia 49 tahun ini sekali lagi memahat sejarah dalam industri lakonan Korea Selatan apabila beliau menjadi pelakon pertama dalam sejarah negara tersebut yang membawa pulang trofi Critics Choice Awards ke-27, pagi ini.
Beliau yang dicalonkan bersama Sterling K. Brown (This Is Us), Mike Colter (Evil), Brian Cox (Succession), Billy Porter (Pose) dan Jeremy Strong (Succesion) telah diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama Bersiri.
“Terima kasih, Tuhan.
“Terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong Squid Game. Adalah sukar untuk menggambarkan perasaan ini dalam kata-kata. Terima kasih,” simpulnya.
Kemenangan Jung-jae ini sememangnya telah dijangka setelah beliau memenangi kategori sama bukan saja semasa anugerah SAGs tetapi juga di anugeran 2022 Film Independent Spirit Awards di Santa Monica Pier, California, 6 Mac lalu.
Jung-jae yang membawakan watak Seung Gi-hun dalam Squid Game juga meraikan kejayaan drama tersebut yang secara rasminya telah menjadi program terbitan Netflix paling berjaya dalam sejaranya dengan jumlah tontonan selama 1.65 bilion jam dalam tempoh 28 hari pertama ia ditayangkan di platform penstriman itu.
Turut menyertai Jung-jae di acara ini termasuklah Park Hae-soo dan Jung Ho-yeon serta pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk. Drama bersiri itu juga dicalonkan untuk kategori Siri dalam Bahasa Asing Terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!