Sebelum ini viral coklat ‘kayangan’ jenama Royce yang dikatakan sangat sedap terutamanya bagi peminat coklat. Royce’ Chocolate merupakan dessert coklat yang berasal dari Jepun. Jika anda pernah makan coklat ini, anda mesti setuju bahawa rasanya memang sedap dan cair di mulut.
Sebenarnya coklat ini boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang jauh lebih berpatutan.
Segmen 30 Hari 30 Menu Khairul Aming yang dikeluarkan setiap tahun untuk menyajikan konten masak di Instagram pada bulan Ramadan bagaimanapun telah mengejutkan orang ramai apabila pada puasa ke-14, KA memuat naik sebuah video resepi coklat premium ala ROYCE!
Ads
Resepi coklat ala ROYCE ini menurutnya sesuai disajikan selepas waktu berbuka puasa. Masa moreh pun nice juga.
Ada yang nak try buat? Jom lihat resepi dan cara membuatnya di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memetik laporan Sinar Harian, serbuan tersebut dilakukan susulan isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu didakwa gagal membayar pinjaman daripada Majlis Amanah Raya (MARA) yang berjumlah hampir RM1 juta.
Tindakan itu juga dilakukan bagi membolehkan pihak MARA menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan.
Ketika serbuan dilakukan di kediaman mewah yang terletak di Kota Damansara itu, Che Ta mahupun suaminya tiada di rumah manakala hanya kelibat ibu pelakon itu sahaja yang kelihatan.
Difahamkan, selepas satu jam serbuan dilakukan, anak sulung pelakon itu iaitu Ammar Effendi tiba di kediaman tersebut.
Kata peguam Mara yang enggan dikenali, pihak Mara akan terus melakukan pengambilan barangan pada petang ini juga dan akan melakukan lelongan barangan sita dalam masa terdekat.
Sebelum ini, banglo milik selebriti ini yang bernilai hampir RM10 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya siap sepenuhnya selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri selepas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta melabur jutaan ringgit akhirnya ternoktah.
Memang kejam dan layak digelar ibu bapa paling jahat.
Hanya kerana anak berusia 5 tahun tidak mahu mandi, pasangan suami isteri bertindak mendera kejam anak lelaki meraka dalam sangkar kucing sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya 27 tahun dari Singapura sering memukul mangsa termasuk menggunakan penyapu, malah kanak-kanak itu juga tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat didera, lapor Daily Mail.
Harian Metro melaporkan, dalam hari pertama perbicaraan terhadap mereka semalam, mahkamah diberitahu mangsa dikurung dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016, kerana enggan mandi sebelum bapanya mencurahkan air sepanas sekurang-kurangnya 92 Celsius pada belakang dan betisnya.
Mangsa yang identitinya dirahsiakan mahkamah, rebah dan terus tidak bergerak, tetapi ibu bapanya tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.
Malangnya, dia meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan susulan laporan dibuat terhadap mereka oleh pihak hospital.
Saksi pendakwa pertama yang memberi keterangan terhadap Azlin dan Ridzuan semalam, Profesor Madya Loh Tsee Foong berkata, mangsa mengalami lecuran tahap ketiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.
Selain itu, mahkamah diberitahu, Ridzuan Mega sebelum itu pernah menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa kerana ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan. Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.
Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.
Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015. Mangsa mula didera kira-kira setahun selepas itu.
Allah sudah bagi rezeki anak dan ternyata keduanya tidak bersedia untuk bergelar ibu bapa pun pada usia 27 tahun. .Mungkin faktor usia muda penyebab pasangan ini bertindak kejam terhadap anak sendiri. Yalah, anak lahir pada usia mereka dalam lingkungan 22 tahun sebelum dipelihara semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi anak Malaysia bakal mengharumkan nama negara apabila disenaraikan dalam 20 peserta di Anugerah Belia Komanwel tahun ini. Menurut kenyataan Sekretariat Komanwel, graduan Biologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini adalah antara 20 pemuda luar biasa termasuk pencipta, aktivis dan usahawan dari 18 negara yang telah disenarai pendek.
Individu yang dikenali sebagai Mogesh Sababathy ini merupakan pengasas bersama Project Ocean Hope, sebuah kumpulan yang diterajui belia yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehlihatan isu lautan dan pemuliharaan alam sekitar melalui kempen dan latihan kepimpinan belia.
Projek Mogesh tertumpu kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SGD) Life Below Water dengan menjalankan projek komuniti pendidikan untuk mengurangkan amalan membuang sampah dan tangkapan ikan yang tidak lestari serta siri webinar celik lautan mengenai pengurangan sisa, yang telah mencapai lebih 10,000 individu di 15 negara.
Menurut BERNAMA, anugerah ini mengiktiraf anak-anak muda Komanwel yang cemerlang iaitu dengan projek mengubah kehidupan dalam komuniti mereka dan membantu mencapai SDG. Lebih 1,000 penyertaan dari 43 negara telah diterima pada tahun lepas.
Mogesh yang dihubungi pihak media mengatakan bahawa pencapaian menjadi finalis Anugerah Komanwel ini bukan kejayaannya seorang, tetapi ia adalah untuk semua anak muda Malaysia yang bersemangat dan telah bekerja keras untuk kelestarian alam sekitar.
“Saya terima berita gembira itu melalui e-mel daripada Komanwel semalam dan saya betul-betul tergamam sebaik membuka e-mel. Saya disaran memohon anugerah itu sekitar Oktober tahun lalu oleh Majlis Belia Malaysia, yang mengiktiraf projek kami dan kami telah bekerjasama rapat melalui Project Ocean Hope sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Komanwel kerana mengiktiraf usaha kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas segala sokongan dan galakan yang berterusan serta menyediakan platform kepada kami untuk membangunkan dan menjadikan Projek Ocean Hope menjadi kenyataan,” katanya.
Anak muda ini baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Biologi Marin dengan kepujian dan kini bekerja sebagai pembantu penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sementara menunggu majlis konvokesyen yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.
Pemenang akan diumumkan pada majlis anugerah rasmi yang akan berlansung 10 Mac 2021 secara maya buat pertama kalinya berikutan situasi pandemik ini. Anak muda paling cemerlang dari lima rantau ini akan menerima Anugerah Belia Komanwel 2021 dan semua 20 finalis masing-masing akan menerima piala, sijil dan £1,000 (RM5,538) untuk mengembangkan impak projek mereka.
Pemenang peringkat rantau akan menerima £3,000 (RM16,614) dan juara keseluruhan pan-Komanwel akan membawa pulang sejumlah £5,000 (RM27,690).
Sama-sama kita doakan agar Mogesh Sababathy memperoleh kejayaan dan pencapaian menjadi salah seorang finalis di Anugerah Komanwel ini pun sebenarnya sudah cukup membanggakan. Daripada ribuan penyertaan dari puluhan negara, rakyat Malaysia antara yang terpilih disenarai pendek.
Dinda Anwar muncul sebagai pemenang utama All Stars Influencers Award (ASIA) 2026 selepas menewaskan 109 pempengaruh dari 20 negara sekaligus membawa pulang hadiah US$10,000 dan trofi.