Memetik laporan Sinar Harian, serbuan tersebut dilakukan susulan isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu didakwa gagal membayar pinjaman daripada Majlis Amanah Raya (MARA) yang berjumlah hampir RM1 juta.
Ads
Tindakan itu juga dilakukan bagi membolehkan pihak MARA menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan.
Ketika serbuan dilakukan di kediaman mewah yang terletak di Kota Damansara itu, Che Ta mahupun suaminya tiada di rumah manakala hanya kelibat ibu pelakon itu sahaja yang kelihatan.
Difahamkan, selepas satu jam serbuan dilakukan, anak sulung pelakon itu iaitu Ammar Effendi tiba di kediaman tersebut.
Ads
Kata peguam Mara yang enggan dikenali, pihak Mara akan terus melakukan pengambilan barangan pada petang ini juga dan akan melakukan lelongan barangan sita dalam masa terdekat.
Sebelum ini, banglo milik selebriti ini yang bernilai hampir RM10 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya siap sepenuhnya selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri selepas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta melabur jutaan ringgit akhirnya ternoktah.
Berdasarkan hadis yang sahih, terdapat 10 amalan yang berupaya menjauhkan diri kita dari dibakar ke dalam api neraka yang sangat dahsyat. Amalan-amalan tersebut adalah:
amalan
1. Mengucapkan syahadah dengan penuh ikhlas.
Ucapkanlah syahadah setiap hari dengan penuh ikhlas bahkan jadikanlah ia zikir harian kita kerana ia berupaya menjadi pendinding buat diri kita dari neraka Allah.
Sabda Rasulullah:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
“Tidak ada seorang lelaki yang mengucap Lailaha illah wa anna muhammad Rasulullah dengan penuh ikhlas dan membenarkan dalam hatinya melainkan Allah akan mengharamkan ke atas dirinya neraha. (Sahih al-Bukhari)
2. Berakhlak mulia.
Perbaikilah akhlak kita serta janganlah kita menyakiti yang lain. Kerana akhlak berupaya menjadi pendinding buat diri kita dari dibakar oleh neraka Allah. Sabda Rasulullah:
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَنْ يَحْرُمُ عَلَى النَّارِ أَوْ بِمَنْ تَحْرُمُ عَلَيْهِ النَّارُ ؟ عَلَى كُلِّ قَرِيبٍ هَيِّنٍ سَهْلٍ
Hendakkah kamu aku beritahu perkara yang menyebabkan dirimu diharamkan dari dibakar oleh neraka? Iaitu setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.” (HR al-Tirmizi)
3. Melibatkan diri dalam perjuangan di jalan Allah
Mereka yang berjuang sehingga berdebu kakinya kerana mendaulatkan agama Allah, maka Allah akan mengharamkan dirinya dari dibakar neraka Allah:
مَنْ اغْبَرَّتْ قَدَمَاهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
“Barangsiapa yang berdebu kakinya dalam jalan Allah, maka Allah mengharamkan dirinya dari neraka.” (Sahih al-Bukhari)
4. Sujud pada Allah dengan penuh penghayatan dan keinsafan.
Sabda Rasulullah:
حَرَّمَ اللَّهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأْكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ
“Allah mengharamkan neraka dari membakar kesan sujud (atau solat yang sempurna). (Muttafaq Alaih)
5. Solat Sunat empat rakaat sebelum dan sesudah Zohor.
Barangsiapa yang menjaga solat sunat 4 rakaat sebelum zohor dan sesudahnya, maka Allah akan menjaga dirinya dari neraka. Sabda Rasulullah:
مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
“Barangsiapa yang menjaga (solat sunat) 4 rakaat sebelum zohor dan 4 rakaat selepasnya maka Allah akan mengharamkan dirinya dari neraka. (HR al-Tirmizi)
6. Mengesakan Allah sebelum saat kematian.
Barangsiapa yang berupaya mengucapkan syahadah sebelum kematiannya, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka. Sabda Rasulullah:
مَنْ رُزِقَهُنَّ عِنْدَ مَوْتِهِ لَمْ تَمَسَّهُ النَّارُ
“Barangsiapa yang dikurniakan rezeki (untuk mengucapkan syahadah sebelum kematianya) maka jasadnya tidak akan disentuh api neraka.” (HR Ibn Majah)
7 & 8. Menangis kerana takutkan Allah atau berjaga malam dijalan Allah.
Sabda Rasulullah:
عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga kerana menjaga perjuangan dijalan Allah.” (HR al-Tirmizi)
9. Tidak melihat perkara yang haram.
Dalam riwayat al-Tabrani pula, ada lafaz yang menyebutkan bahawa mata yang tidak melihat perkara yang haramkan akan diselamatkan dari neraka Allah:
“Tiga mata yang tidak akan melihat neraka Allah: dan mata yang menunduk tidak melihat perkara yang diharamkan oleh Allah.” (HR al-Tabrani)
10. Bersabar atas kematian anak.
Ini adalah salah satu amalan yang dikurniakan bagi orang-orang yang terpilih sahaja, iaitu mereka yang bersabar atas kematian anak, maka Allah mengharamkan buat dirinya neraka. Sabda Rasulullah:
“Seorang muslim yang meninggal dunia tiga orang anaknya, maka disentuh oleh api neraka, maka tidak ada baginya kecuali sambil lalu saja.” (HR Muslim)
Semoga Allah membimbing kita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti di negara kita sudah setaraf institut pengajian di luar negara kerana ada diantaranya telah tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia.
Baru-baru ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diiktiraf sebagai universiti Islam kedua terbaik di dunia dalam ranking uniRank 2024.
Menurut laporan seasia.stats, dalam senarai yang diterbitkan oleh uniRank, Universiti Cairo dari Mesir menduduki tempat pertama, manakala UIAM di tempat kedua, diikuti oleh Jordan University of Science and Technology di tempat ketiga.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ini menunjukkan bahawa UIAM bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan, tetapi juga di mata dunia sebagai salah satu institusi terunggul yang menawarkan pendidikan tinggi berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
Berlandaskan prinsip-prinsip Islam
Kedudukan UIAM di tempat kedua bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang mengikuti perkembangan universiti ini.
UIAM telah lama dikenali sebagai pusat kecemerlangan akademik dan pengajian Islam, menarik pelajar dari pelbagai negara di seluruh dunia.
Universiti ini menawarkan pelbagai program dalam pelbagai bidang ilmu, dari pengajian Islam hingga sains, teknologi, dan undang-undang, semuanya dalam kerangka Islam.
Selain daripada UIAM, universiti-universiti dari Indonesia juga menunjukkan prestasi cemerlang dengan tiga institusi tersenarai dalam 10 teratas.
Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara menduduki tempat keempat, Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka di tempat ketujuh, dan Universitas Islam Indonesia di tempat kesembilan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini bukan kali pertama apabila makanan favourite rakyat Malaysia iaitu laksa disenaraikan sebagai antara hidangan terbaik dunia.
Well, Malaysia memang mempunyai seleksi makanan terbaik di dunia. Terdapat beberapa jenis laksa yang terkenal di Malaysia antaranya Laksa Utara, Asam Laksa, Laksam, Laksa Johor, Laksa Sarawak dan banyak lagi.
Terbaru, laksa lagi sekali tersenarai dan mengikut kemas kini terbaharu laman makanan itu yang bertarikh (4 Ogos), hidangan jenis sup yang popular di negara kita iaitu laksa telah tersenarai sebagai hidangan sup ke-35 terbaik di dunia.
Malah, sajian paling popular di utara Thailand yang dinamakan Khao Soi diisytiharkan sebagai sup terbaik di dunia oleh laman makanan TasteAtlas.com.
Khao Soi, foto via Tripzilla
Menurut laporan Thaiger, Khao Soi mengungguli senarai 50 sup terbaik dunia yang diterbitkan pada 25 Julai lalu. Sajian Khao Soi berupa sup kari merah yang dicampur daging atau ayam dan mi telur. Ia kemudian ditambah mi ranggup, limau nipis segar, kubis jeruk, bawang merah serta cili.
Khao Soi dibawa oleh pedagang Cina Muslim
Menurut laporan Wall Street Journal, sup tersedap di dunia ini dipercayai dibawa ke utara Thailand oleh pedagang Cina Muslim dari wilayah Yunna pada suatu ketika dahulu.
Selain itu, Khao Soi diperbuat daripada santan dan pes kari merah. Kepedasan hidangan itu pula boleh diubah mengikut selera individu berdasarkan junlah pes kari yang digunakan. Walaupun hidangan sup tersebut merupakan mi namun maksud sebenar bagi nama Khao Soi adalah ‘nasi potong’.
Rentetan itu, laman makanan tersebut juga mengesyorkan 10 kedai makanan untuk Khao Soi terbaik dunia yang kebanyakannya terletak di wilayah Chiang Mai.
Selain Khao Soi, terdapat dua lagi makanan dari Thailand tersenarai di tempat ke-13 dan ke-14 iaitu Tom Yum Kung dan Tom Kha Gai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persahabatan WOODZ Jennie akhirnya terbongkar selepas 10 tahun, mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka sejak zaman sekolah yang menyentuh hati peminat.