Saban hari, rakyat Malaysia setia menantikan statistik terbaru kes positif yang dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia akibat wabak Covid-19.
Hujung minggu lalu saja, sebanyak 659 kes baru dicatatkan pada hari Sabtu manakala 957 kes baru lain dicatatkan pada hari Ahad.
Ya, kita beruntung kerana sebanyak 1000 kes sembuh baharu berjaya dicatatkan pada hari Sabtu dan untuk itu, kita seharusnya berterima kasih kepada para frontliners yang telah bertugas bertungkus-lumus di hospital dan pusat kesihatan seluruh negara.
Bagaimanapun, risiko untuk dijangkiti wabak Covid-19 kini masih berada di tahap membimbangkan. Salah langkah (literally), kita juga boleh dijangkitinya.
Justeru, REMAJA tertarik dengan tawaran pakej insurans berkaitan Covid-19 kepada rakyat Malaysia. Adakah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan diri sendiri dan keadaan ekonomi kita sendiri sekiranya disahkan positif?
Sudah tentu.
Dalam situasi sekarang, kita tidak tahu sekiranya kita akan dijangkiti terutamanya jika tuntutan kerjaya dan pembelajar memaksa kita untuk keluar dari rumah.
Ads
Pelan insurans yang diperkenalkan ini dikenali sebagai pelan insurans AXXESS Covid-19 Protect kepada rakyat Malaysia berusia dari 1 bulan ke 65 tahun.
Pelan yang disediakan bagi tempoh terhad ini menawarkan bayaran RM2,000 kepada pemegang polisi jika disahkan dijangkiti Covid-19 di Malaysia dan perlu dimasukkan ke hospital akibat jangkitan.
Perlindungannya sah untuk tempoh 3 bulan dengan bayaran sebanyak RM28.50 saja termasuk cukai. Wow, pada kami itu adalah satu pakej insurans yang agak berbaloi untuk dimiliki kerana kos pelannya yang mesra rakyat.
Jika Berlaku Kematian..
Bagi situasi pemegang polisi ditakdirkan meninggal dunia disebabkan Covid-19, penama atau ahli keluarga pemegang polisi akan menerima bayaran tambahan RM10,000. Ini bermakna, jumlah maksimum yang ditawarkan ooleh AXXESS Covid-19 protect ini ialah RM12,000.
Pelan insurans yang ditaja jamis oleh AIA General Berhad ini juga boleh korang dapati tanpa sebarang syarat dikenakan ke atas korang. Ini bermakna korang tidak perlu menjadi pemegang polisi insuras, pelanggan syarikat telekomunikasi atau pelanggan e-Wallet. Apa yang perlu korang lakukan hanyalah melanggan dan menerima perlindungan.
Not bad kan? Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai AXXESS Covid-19 Protect, KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas 17 tahun penantian, akhirnya gelaran Miss World diserahkan kepada wakil dari India iaitu Manushi Chhillar di Sanya, China semalam.
Gadis berusia 20 tahun itu juga merupakan peserta keenam dari India yang mencatat sejarah memenangi gelaran Miss World. Kali terakhir ia dimenangi India pada tahun 2000 menerusi pelakon superstar Bollywood yang kini popular dengan siri televisyen Quantico, Priyanka Chopra.
Pada acara finale semalam, Manushi perlu bertanding bersama 126 gadis lain dari seluruh dunia. Ada yang lebih berpengalaman daripadanya, ada juga yang sudah memiliki kejayaan dan harta melalui pekerjaan hebat.
Namun, juri sebulat suara telah memilih Manushi sebagai gadis paling layak memenangi gelaran itu lalu membuatkan ramai tertanya-tanya, apakah rahsia yang dimiliki oleh Manushi?
===========================
Pada segmen terakhir Miss World 2017 yang ditayangkan secara langsung menerusi televisyen dan live streaming, lima peserta terakhir perlu menjawab soalan yang diberikan oleh para juri. Setibanya giliran Manushi, dia ditanya apakah profesion yang dipercayai layak untuk memperolehi gaji paling tinggi.
Manushi Chhillar mengetuai ‘the final walk’ bersama pemenang tempat kedua, Miss England Stephanie Hill dan pemenang tempat ketiga, Miss Mexico, Alma Andrea Meza Carmona.
Manushi menjawab, “Saya rasakan bahawa ibu layak untuk memperoleh penghormatan tertinggi. Apabila kita bercakap mengenai gaji, tidak semestinya ia merujuk kepada wang semata-mata. Saya rasaya apa yang lebih penting adalah kasih sayang dan rasa hormat yang diberikan kepada seseorang. Ibu saya adalah inspirasi terbesar dalam hidup saya.
“Semua ibu berkorban untuk anak-anak mereka. Oleh itu, saya beranggapan merekalah yang layak untuk memperoleh gaji tertinggi!”
What a great answer.
Manushi Chhillar tidak mampu menyorokkan rasa terkejutnya apabila dinobatkan sebagai pemenang. Berdiri di sebelahnya ialah finalis Miss Kenya dan Miss France.
REMAJA percaya ibu Manushi juga adalah sumber kekuatannya semasa dia terpaksa bersusah payah untuk tiba di kota Mumbai Jun lalu untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss India. Sebagai wakil daerahnya Haryana, Manushi terpaksa seimbangkan jadual dirinya sebagai seorang pelajar perubatan MBBS tahun ketiga di Sonepat.
Bukan mudah untuk berulang alik dan fokus kepada pelajaran jika korang adalah seorang peserta Miss India, apatah lagi jika korang ingin menjadi pakar bedah jantung.
Miss World 2016, Stephanie Del Valle dari Puerto Rico menyerahkan gelaran di pentas finale, semalam.
“Manushi is gifted. Sejak kecil, dia suka bermain dengan anak patung dan suka mencuba macam-macam jenis baju. Walaupun dia seperti kanak-kanak perempuan biasa, dia juga selalu ingin membantu orang lain.
Dan dia sudah memaklumkan saya dia akan terus menyambung pengajiannya walaupun jika dia memenangi gelaran Miss World,” kongsi makcik kepada Manushi, Dr Usha Chhillar yang juga merupakan profesor dermatologi Manushi di BPS Medical College.
Berasal Daripada Keluarga Doktor Yang Berdisplin Tinggi
Menurut laporan Hidustan Times, kebanyakan ahli keluarga Manushi terdiri daripada golongan goktor dan ahli perubatan. Ayahnya, Dr Mitrabasu ialah seorang endroconologis (merawat komplikasi hormon) di Institute of Nuclear Medicine and Allied Sciences (INMAS) Delhi. Sementara itu, ibunya, Dr Neelam Chhillar pula bergelar doktor di institut yang sama.
Korang sendiri boleh mengagak, keluar Manushi pastinya amat mementingkan pelajaran dan displin di kalangan anak-anak mereka.
Manushi Chhillar di samping ayah dan ibunya selepas memenangi gelaran Miss World 2017.
Manushi pernah melakar keputusan 96% semasa tahun terakhir di sekolah dan mendapat tempat pertama untuk peperiksaan Bahasa Inggeris CBSE.
Ternyata, untuk memenangi gelaran Miss World 2017, bukan hanya rupa luaran yang dititik beratkan. Semua aspek dari segi pelajaran, moral, keazaman tinggi peserta dan displin yang tinggi juga diambil kira.
Dari Kelas Perubatan Ke Pentas Miss India
Mengimbas kembali bagaimana Manushi boleh terfikir untuk menyertai Miss India pada bulan Jun lepas, keluarga, rakan-rakan dan pengajarnya tidak langsung terkejut dengan berita tersebut.
“Saya sentiasa fokus kepada pelajaran saya untuk menjadi seorang doktor. Tetapi seperti gadis lain, saya juga pernah mengidamkan untuk berada di pentas ratu cantik. Sekurang-kurang sekali seumur hidup. Keluarga saya pun tahu mengenai angan-angan saya itu.
“Saya berada di Chandigarh semasa saya mendapat tahu mengenai ujibakat Miss India dan ibu bapa saya yang memberi sokongan untuk mencuba nasib,” katanya lagi.
“Rutin saya di kolej terus berubah apabila saya mendapat tahu saya terplih untuk pertandingan Miss India. Semasa pelajar lain masih berdengkur di hostel, saya akan bangun seawal 5 pagi untuk aktiviti work out. Hanya selepas tamat satu ke dua jam, saya akan pulang semula untuk menyertai kelas.
“Begitu juga selepas kelas, saya akan sambung senaman saya dan hanya belajar pada waktu malam. Saya cuba untuk tidak meninggalkan terlalu banyak kelas. Sebagai seorang pelajar perubatan, kamu tidak boleh terlepas melakukan ulang kaji pada setiap hari kerana mustahil untuk kamu melakukan persiapan menghadapi peperiksaan dalam masa beberapa hari saja.
“Ada yang beranggapan saya gila. (Ketawa) Sometimes I find it funny too,” katanya kepada akhbar Times Of India.
Selain bidang perubatan, Manushi turut menonjolkan diri dengan bakat dalam seni tarian klasik India dan gemar untuk melukis pada masa lapang. Follow Manushi Chhillar sekarang di @manushi_chhillar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita dan bekas naib juara Dewi Remaja 2023, Arabella Allen, mengakui dirinya masih belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran berlakon dalam naskhah bergenre seram.
Katanya, selain sifat semula jadinya yang penakut, faktor jadual penggambaran yang kebiasaannya dijalankan pada waktu malam turut menjadi sebab dia enggan terlibat dengan produksi sebegitu.
“Tak berani dan takut walaupun saya suka menonton cerita seram tapi tetap tutup mata bila ada babak mengejutkan.
Mungkin saya belum bersedia juga sebab diri sendiri yang nak berlakon, tambahan pula penggambaran cerita seram selalunya pada waktu malam sehingga pagi,” katanya kepada pemberita.
Walau bagaimanapun, Arabella tidak menolak kemungkinan untuk mencabar diri jika satu hari nanti ditawarkan watak dalam karya seram.
“Cerita seram macam seronok. Kalau satu hari nanti dapat tawaran, mungkin saya terima dan cuba.
“Mungkin saya boleh cabar diri daripada terlalu memikirkan tentang rasa takut termasuk tentang hal-hal mistik,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi mengakui akan menguruskan sendiri perjalanan karier seni anak sulungnya, Anggrek, 9, selepas berjaya dinobatkan sebagai juara program Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2), malam tadi.
Menurut Adira, faktor usia Anggrek yang masih muda membuatkan dirinya merasakan dia individu paling sesuai untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengurus buat masa ini.
Pelajaran Tetap Jadi Keutamaan
Kata Adira, walaupun Anggrek kini bergelar juara, aspek pendidikan tetap menjadi keutamaan utama dalam keluarga mereka.
“Walaupun Anggrek sudah jadi juara TTMM 2 yang saya sendiri tidak pernah sangka dia akan berjaya, tetapi pelajaran adalah keutamaan kami. Jadi, biarlah saya jadi pengurusnya sekarang untuk mudah mengatur jadual ‘show’ nanti.
“Sebabnya, dia (Anggrek) pun kanak-kanak lagi dan perjalanan dalam industri seni ini masih terlalu panjang buat Anggrek. Jadi, apa-apa pun biar dia utamakan pelajaran dulu kerana itu yang kita lebih inginkan,” katanya kepada Remaja.
Komitmen Tinggi Sepanjang 10 Minggu Pertandingan
Dalam masa sama, ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu turut memuji sikap Anggrek yang disifatkan sangat berdisiplin dan mudah diurus sepanjang menyertai TTMM2.
Menurut Adira, anaknya itu memberikan komitmen sepenuhnya ketika menjalani sesi latihan tanpa pernah merungut.
“Pagi, petang, siang dan malam, Anggrek memberikan komitmen sepenuh hati berlatih, tidak merungut dan dia sangat disiplin. Sebab itu saya kata mudah untuk atur dan uruskan dia termasuk tidak pernah saya memaksanya.
“Kalau dia tanya kepada saya macam mana jika kakak (penggilan Anggrek di rumah) tidak boleh buat persembahan terbaik, selalu saya cakap tidak apa sebab kita sudah berusaha semampunya dan itu yang penting. Jadi, biar Allah yang tentukan semua.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur Anggrek menang jadi juara sebab dia ‘deserve’ (layak) mendapatkannya. Malah, wang tunai kemenangan sebanyak RM30,000 ini semuanya milik Anggrek seorang,” katanya.
Belum Fikir Hadiah Istimewa Buat Anggrek
Ditanya mengenai hadiah istimewa yang bakal diberikan kepada Anggrek sempena kejayaan tersebut, penyanyi lagu Pujaan Hati dan Ombak Rindu itu mengakui masih belum memikirkan perkara berkenaan.
Menurutnya, kemenangan Anggrek sememangnya di luar jangkaan mereka sekeluarga.
“Belum fikir lagi apa hadiah istimewa yang saya nak berikan kepada Anggrek atas kemenangannya ini. Tidak fikir apa-apa pun lagi sebab kita memang tak sangka langsung akan jadi juara. Ini memang rezeki Anggrek sepenuhnya.
“Kami mohon berilah sedikit masa untuk fikir. Lagi pun, dia (Anggrek) sendiri belum minta dibelikan apa-apa hadiah. Jadi, tengoklah dulu macam mana nanti dan yang paling penting saya nak uruskan jadual sekolahnya dulu sebab pendidikan sangat utama.
“Cuma, Anggrek ini karakter dia di luar pentas memang lain dan bila dia naik ke atas pentas pula jadi orang yang berbeza. Tetapi, apa pun dia tetaplah Anggrek yang sama dan anak Adira Suhaimi,” jelasnya.
Bawa Pulang Hadiah Lumayan
Sebagai juara TTMM2, Anggrek membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM30,000, barangan kemas, pakej penginapan, tajaan pengurusan dan pemasaran bernilai RM50,000, lagu baharu serta trofi kemenangan.
Kejayaan itu sekali gus membuktikan bakat serta potensi besar yang dimiliki Anggrek dalam industri hiburan tanah air meskipun usianya masih muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!