Kalau nak tukar tarikh tiket flight yang dah dibeli biasanya apa yang korang buat? Burn saja macam tu dan beli tiket baru? Rugi la wey.
Bagi pengguna Air Asia, masa dan tarikh flight boleh je ditukar asalkan korang ada akaun Air Asia dan manage booking tiket secara online. Kalau tak ada, terus tukar di airport saja.
Pastikan nak tukar flight jangan dalam masa 48 jam dan belum check in.
Macam mana nak buat?
Mula-mula korang log in akaun Air Asia dan klik pada Manage Booking. Seterusnya, ikut arahan seperti gambar di bawah.
Langkah 1
Klit edit itinerary. Pilih korang nak buat apa. Nak change/upgrade flight or Split Booking. Contohnya nak tukar date terbang, so korang klik first column (change/update flight)
Langkah 2
Ads
Kalau nak naik dalam masa 48 jam dan nak tukar akan keluar tulisan berwarna merah seperti dalam gambar maksudnya korang tak boleh tukar secara online. Kena pergi kaunter untuk tahu lebih lanjut mengenai bayaran.
Dalam situasi contoh ni, nak tukar flight balik so tak ada masalah. Check box dan tukar tarikh penerbangan seperti dalam gambar.
Lepas tu tekan next..
Langkah 3
Awal-awal tadi dah pilih tarikh kan, so keluar la macam ni, Singapura > Miri ada satu flight je, jadi tak ada pilihan, klik continue
Langkah 4
Ads
Akan keluar ruangan untuk beli makanan, seat, insuran, hotel, bus or red carpet. Kalau ada penambahan just add. Kalau tak ada, pilih next, next, next sampai la keluar macam next seperti dalam gambar, iaitu bayaran.
Langkah 5
Bayaran booking asal ialah RM318.90. Selepas penukaran perlu bayar RM139.62 saja. Lebih murah kan?
Langkah 6
Ads
Confirm kan flight korang, semak segala butiran dan kalau semuanya dah okay di terma dan syarat, pilih nak bayar macam mana
Kalau biar tiket burn macam tu je dan beli tiket baru memang rugi. Lihat tiket flight tiket pada 23hb ni harga tiket RM260.06. Bila dah tukar date flight cuma tambah RM139.62 je. Tiket sebelum ni harga RM189.00 dah tak burn macam tu je.
Bagi perempuan yang tidak suka mekap mampan, alat solek basic yang mereka wajib ada adalah lipstik. Walaupun tanpa mengenakan solekan yang tebal, at least gincu bibir dapat menaikkan seri wanita untuk kelihatan lebih menawan.
Terdapat banyak pilihan warna yang membuatkan kaum perempuan rambang mata untuk memilih. Tak perlu beli yang mahal, ada juga jenama mampu milik yang korang boleh dapatkan di drugstore. Selain daripada harganya yang berpatutan, ia juga menawarkan pelbagai jenis warna dan tahan lama.
Jom kita lihat antara lipstik mampu milik yang korang boleh dapatkan di drugstore berdekatan.
1. Physicians Formula The Healthy Lip Velvet Liquid Lipstick
Mengandungi minyak pelembap, ekstrak avocado serta vitamin A dan E untuk merawat serta mengekalkan lembapan pada bibir. Terdapat 13 pilihan warna, lipstick ini juga terbaik untuk merawat bibir hitam agar tampak lebih cerah.
2. Wet N’ Wild Silk Finish Lipstick
Dengan harga serendah RM6, (murah sangat kan?) produk ini mengandungi vitamin A & E yang mampu memberi hidrasi pada bibir. Ia juga dapat menghasilkan tekstur glossy dan mudah untuk diratakan.
3. Maybelline Color Sensational Satin Lipstick
Terdapat 40 warna menarik untuk korang pilih dan lipstik ini mampu tahan lama serta meninggalkan bibir dengan kemasa matte untuk keselesaan bibir. Harga yang ditawarkan sekitar bawah RM30.
4. Revlon HD Matte Liquid Lipstick
Lipstik ini memberi pada bibir kering kerana mempunyai campuran pelembab Shea Butter dan mangga bagi menghidrat bibir sepanjang hari. Terdapat 16 pilihan warna dengan harga sekitar RM30++
5. L’Oreal Ultra Matte Liquid Lipstick
Warna pigmen ultra matte yang tinggi bukan saja memberi keselesaan, malah menambah dimensi yang berpanjangan sehingga 12 jam.
6. Rimmel Stay Matte Liquid Lip Colour
Mengandungi tiga formulasi hebat iaitu waterproof, touch-proof dan kiss-proof dengan koleksi 14 warna yang tahan lama. Harganya juga bawah RM20. Memang berbaloi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fans K-pop terutamanya peminat EXO, masih ingat lagi tak dengan Kris Wu? Sudah semestinya korang ingatkan figura kacak yang berusia 27 tahun berasal dari China ini.
Walaupun telah lama meninggalkan grup tersebut karier Kris Wu masih bertahan utuh dan semakin berkembang dengan baik. Mungkin kerana peminatnya dari EXO dulu masih setia bersama?
Terbaru, Universal Music Group (UMG) telah melamar Kris Wu dan menandatanganinya sebagai artis di bawah label mereka. Dilihat sebagai antara permata Asia paling berpengaruh, UMG melihat Kris Wu sebagai artis yang mempunyai potensi luar biasa.
Menerusi perjanjian ini juga menyaksikan Kris bakal bekerjasama dengan beberapa label terkenal dari Amerika Syarikat seperti Geffen A&M, dari United Kingdom iaitu Island Records serta Universal Music China.
Dengan opersai UMG dalam lebih 60 buah negara, ia bakal memberi impak sangat besar buat kerjaya Kris. Pada majlis pengumuman yang berlangsung beberapa hari lalu Pengerusi dan CEO UMG, Sir Lucian Grainge berkata, “Kris merupakan seorang artis yang berbakat. Dia seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan juga usahawan yang mempunyai aspirasi tinggi. Kami berasa amat teruja untuk menerimanya sebagai ahli keluarga terbaru Universal Music”.
Bagi Kris pula kerjasama bersama UMG ini dilihatnya sebagai anjakan besar dalam kariernya sebagai artis. “Saya berasa sangat berbesar hati dapat berkolaborasi bersama UMG. Semoga visi serta kreativiti saya dalam bidang muzik dapat berkembang dengan baik,” jelasnya yang sangat teruja.
Pada masa ini dia dikatakan sedang menyiapkan album terbaru dan turut bertindak sebagai penerbit.
Hwaiting Kris Wu & selamat maju jaya! 😀
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, DJ terkenal, Alan Walker menunaikan janjinya untuk mengadakan konsert di Malaysia selepas membatalkannya pada Jun lepas.
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsert sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.
“Persembahan sebelum ini dibatalkan disebabkan faktor keselamatan yang kritikal dan isu penyalahurusan yang dikemukakan kepada kami menjelang tarikh persembahan. Laporan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak ketiga menegaskan masalah-masalah berhubung persediaan pentas. Vendor-vendor tempatan juga berdepan dengan isu-isu bayaran”
“Keputusan terpaksa dibuat dengan membatalkan konsert tersebut demi mengutamakan keselamatan dan pengalaman peminat serta mengelakkan kerugian lanjut yang bakal dialami oleh vendor-vendor tempatan,” katanya.
Bagi konsert kali ini, pihak pengurusan Alan telah memilih untuk menganjurkannya di KL Base, Sungai Besi kerana konsep persembahan yang akan ditampilkan sesuai dengan lokasi berkenaan.
Dalam pada itu, DJ yang terkenal dengan lagu ‘Alone’ ini juga memaklumkan bahawa peminat yang sudah mendapatkan tiket konsert sebelum ini tidak perlu mendapatkan tiket baharu.
Selain itu, pemegang tiket terdahulu juga boleh menukar tiket mereka kepada tiket baru, serta boleh menebus diskaun 15% untuk pembelian tiket tambahan sebelum 26 September ini.
Sementara itu, tiket untuk konsert yang akan berlangsung 8 November ini juga kini sudah pun mula dijual. Konsert ini dibuka kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas dan bagi peminat yang berumur 18 tahun ke bawah perlu ditemani oleh penjaga berumur 19 tahun ke atas.
Sebelumnya, konsert Walkerworld Tour 2024 (Walkerworld) yang sepatutnya diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 22 Jun lalu telah dibatalkan oleh Alan Walker di saat akhir atas sebab tertentu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.