Pada masa kini semakin ramai golongan muda cukup aktif dengan aktivitk melancong ke luar negara. Apatah lagi dengan kemunculan banyak promosi harga tiket penerbangan yang cukup murah.

Destinasi pilihan kebanyakannya berlegar pada sekitar negara-negara jiran di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Namun pernahkah kamu terfikir jika sekiranya berdepan dengan situasi kehilangan bagasi ataupun mengalami apa-apa jenis kemalangan yang melibatkan keselamatan diri?

Menurut laporan terdapat masih ramai lagi golongan muda yang tidak mengambil kisah ataupun tidak tahu langsung tentang tentang travel insurance atau insurans perjalanan yang ditawarkan oleh pelbagai jenama insurans tempatan dan antarabangsa.

5 Fakta Penting Insurans Perjalanan Ketika Melancong Ke Luar Negara

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: 8 Cabaran Yang Hanya Orang Bercinta Jarak Jauh Saja Yang Faham

Masih ramai yang beranggapan bahawa ia hanyalah perkara biasa dan tak perlu dirisaukan. Sebenarnya ia sangat penting kerana bertindak sebagai langkah berjaga-jaga jikalau berlaku apa-apa musibah. Selain mampu membantu daripada segi kewangan ia juga melancarkan program serta perjalanan kamu.

Mengulas tentang kepentingan insurans perjalanan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyarankan agar rakyat Malaysia mengambil insurans perjalanan ketika melancong ke luar negara bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang kejadian tak diingini.

5 Fakta Penting Insurans Perjalanan Ketika Melancong Ke Luar Negara

IKLAN

Dr Wan Azizah mengulas isu ini ketika menziarahi keluarga Allayarhamah Siti Nur Ismawaida Ismail yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia pada Ahad lepas. “Rakyat Malaysia yang hendak merancang melakukan sukan lasak perlu juga memeriksa keadaan cuaca,” jelasnya kepada pemberita.

Dalam kejadian malang tersebut, Siti Nur Ismawaida terkorban akibat terkena runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi 6.4 skala Richter yang menggegarkan wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada jam 5.47 pagi Ahad lalu.

Mangsa yang berusia 30 tahun berada di Lombok bagi menyertai misi pendakian gunbung berapi Rinjani di bahagian Lombok Timur.

INI MERUPAKAN 5 FAKTA PENTING INSURANS PERJALANAN

IKLAN

POLISI BERMULA

Perlindungan polisi bermula pada hari kamu membelinya. Pembatalan perjalanan juga dilindungi oleh insurans. Contohnya kamu ada hal kecemasan dan terpaksa batalkan perjalanan pada hari sepatutnya mula pergi bercuti. Kamu sebenarnya layak membuat tuntutan.

TERLEPAS PENERBANGAN

Ini merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja yang ingin pergi bercuti. Jika terjadi kerana kesilapan sendiri jangan bermimpi nak buat tuntutan. Akan tetapi jika berlaku disebabkan isu mekanikal, lebihan tempahan atau penyelenggaraan pesawat, kamu boleh membuat tuntutan.

BAGASI HILANG

Andai sekiranya kamu berdepan dengan kehilangan bagasi atau dicuri, ketahuilah bahawa ia dilindungi oleh insurans perjalanan. Namun jika hilang disebabkan sikap cuai tuntutan itu akan ditolak.

BENCANA ALAM

Ingat ya, sebaiknya selepas kamu membeli tiket penerbangan maka terus sahaja membeli insurans perjalanan. Ini kerana jika berlaku pembatalan penerbangan disebabkan bencanan alam kamu boleh buat tuntutan. Jika berita bencana itu sudah tersebar meluas menerusi media lalu baru kamu tergadah nak beli insurans, maka ia tiada gunanya kerana sebarang tuntutan selepas itu akan ditolak.

AKTIVITI LASAK

Ada juga sesetengah kamu yang merupakan adrenalie junkie suka melakukan aktiviti lasak ketika melancong ke luar negara. Sebelum beli insurans perjalanan sebaiknya periksalah dahulu polisi yang ditawarkan sama ada ia beri perlindungan untuk aktiviti ekstrem atau tidak. Ini kerana tidak semua polisi insurans memberi perlindungan sebegini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI