Tular nama penyanyi remaja ini apabila dia didakwa ingkar larangan berkumpul beramai-ramai di tempat awam; lantas dikenakan saman kompaun oleh pihak polis.
Kejadian berlaku di sebuah kolam memancing di Kuala Kubu Baru. Ketika diserbu okeh pihak polis, mereka mendapati sekurang-kurangnya 59 orang pemancing berada di situ.
Aiman Tino, 22 pantas mendakwa dirinya terperangkap dalam situasi tersebut kerana mereka dibenarkan masuk oleh pihak pengurusan dan telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak risiko wabak berjangkit.
Hhm, macam mana tu? Kalau nak diikutkan, kawasan shopping mall pun dipenuhi oleh orang ramai juga lebih-lebih lagi semasa cuti perayaan Aidilfitri sekarang. Namun pengunjung masih dibenarkan masuk.
*
Menerusi sidang media sebelah petang tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan mengapa aktiviti memancing di kolam tidak dibenarkan sepanjang PKPB.
Ads
Menurut beliau, keadaan kolam memancing yang membabitkan ramai orang boleh mengundang sesetengah pemancing untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
Lantas, sesiapa yang mengunjungi kawasan riadah yang melibatkan perhimpunan itu tidak dibenarkan WALAUPUN mungkin ada segelintir yang mengikuti SOP penjarakan sosial.
“Ia (kolam) tidak seperti tasik yang besar. Di kolam, ramai yang berhimpun. Apa sahaja aktiviti yang menyebabkan orang ramai berhimpun, ia termasuk dalam senarai aktiviti dilarang dalam tempoh PKPB ini
Ads
“Kalau seorang senyap-senyap memancing di tepi sawah, tepi tasik (sebagai contoh), tiada siapa yang akan tangkap,” katanya pada sidang media tersebut.
*
Terdahulu, penyanyi Aiman Tino mendakwa tindakan saman kompaun RM1000 yang dikenakan ke atas dirinya, ayah Yusri Ishak dan adik Muhammad Haikal amat dikesali kerana mereka mematuhi SOP yang dikenakan oleh pengurusan kolam memancing.
Menurut Aiman kepada rakan media di Harian Metro, pemancing dikenakan peraturan yang perlu dipatuhi seperti mengamalkan penjarakan sosial satu meter, memakai topeng pelitup muka dan mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing.
“Kami amalkan semua itu semasa berada di lokasi. Ketikan polis melakukan serbuan, hujan sedang turun dengan lebar dan bangsal di situ dijadikan tempat lebih 20 orang berteduh.
“Namun polis enggan menerima penjelasan itu dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung,” jelasnya yang kerap ke kolam memanding tersebut sebelum PKP kerana jaraknya yang terletak hanya beberapa kilometer dari rumah.
Tak mengapalah Aiman. sama-sama kita jadikan ini sebagai pengajaran untuk selalu memerhatikan keadaan sekeliling sebelum berkumpul.
Walaupun kita rasakan diri sudah mengambil tatacara yang sepatutnya, tetapi dalam keadaan orang berkumpul beramai-ramai, kita tidak tahu risiko jangkitan yang ada.
Roti kegemaran rakyat Malaysia, Gardenia khabarnya akan dinaikkan lagi mulai 1 Disember ini. Tepat setahun yang lalu, Gardenia juga telah menaikkan harga bagi beberapa produk dan kali ini, sekali lagi harga roti keluaran syarikat tersebut bakal naik.
Menurut Free Malaysia Today (FMT), harga baharu Gardenia Original Classic 400g adalah RM2.80 sebuku (naik daripada RM2.50), Gardenia Original Classic Jumbo 600g RM4 (naik daripada RM3.55), dan Gardenia Bran & WheatGerm 400g RM2.90 (naik daripada RM2.50).
Selain itu, harga Gardenia Fluffy Buns akan naik kepada RM3.70, dan Gardenia Puazz Buns kepada RM1.30.
Menerusi surat kepada peruncit yang sudah tular, syarikat itu berkata semakan harga tersebut disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan.
Buat masa ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih belum menghubungi Gardenia dan pihaknya akan bertemu pengurusan syarikat itu esok sebelum mengeluarkan kenyataan.
Terdahulu, masyarakat Malaysia baru sahaja mengeluh dengan kenaikan harga sayur-sayuran dan telur, kini sekali lagi kita dikejutkan dengan berita kenaikan harga roti kegemaran ramai. Hiks!
Apa-apa pun kita tunggu pengumuman daripada pihak KPDNHEP kelak.
Cuaca panas sekarang ni memang rasa nak makan aiskrim dan minum air sejuk je kan? Sesekali ‘pekena’ puding mesti sedap kan?
Apa kata kita cuba buat puding susu buah naga yang cukup sihat ni. Fuh, bayangkan nikmatnya bila dimakan sejuk-sejuk…!
Untuk info, buah naga, dragon fruit atau pitaya adalah antara buah-buahan eksotik yang begitu digemari rakyat Malaysia.Dengan kulit yang unik, isinya lembut dan berbutir dengan biji-biji halus yang boleh dimakan. Ada isinya yang berwarna putih, ada juga yang isinya kemerahan atau ungu. Dua-dua pun sedap dan kaya dengat vitamin dan serat yang bagus untuk kesihatan.
Menu ini sesuai dijadikan pencuci mulut lagi-lagi dibulan Ramadan nanti.
Bagi peminat Kamen Rider, sudah tentu mereka mengenali pelakon Akira Kubodera yang juga pernah membintangi siri Pretty Guardian Sailor Moon sekitar tahun 2003 dahulu.
Pelakon lelaki itu telah disahkan meninggal dunia di apartmentnya dan dipercayai akibat membunuh diri. Akira ditemui koma di kediamannya di Tokyo pada Jumaat dan disahkan mati selepas tiba di hospital.
Siasatan polis mengesahkan pelakon berusia 43 tahun itu mati akibat bunuh diri. Kematiannya ini disahkan oleh agensi pelakon itu dalam sebuah kenyataan media pada Sabtu lepas.
Foto: sojapan.jp
Menurut kenyataan itu, kematian mengejut ini membuatkan rakan serta ahli keluarganya tidak dapat menerima kenyataan. Mereka masih ingin mendapatkan maklumat sebenar kejadian dan memohon pihak media untuk tidak menganggu ahli keluarga.
Akira Kubodera dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo. Selebriti ini ditemui oleh ejen pencarian bakal ketika dia masih belajar. Mula menjadi model pada tahun 1995 dan pada tahun 1999 dia sudah memualakan kariernya sebagai pelakon, sebelum beralih ke siri TV pada tahun 2003.
Kubodera paling dikenali dengan watak Kunzite dalam Pretty Guardian Sailor Moon, sebuah adaptasi televisyen daripada siri manga Sailor Moon.
Walau bagaimanapun, berita kematiannya ini dijadikan bahan netizen di media sosial.
Walaupun hanya mahu bergurau, rasanya tidak sesuai jika berita kematian dijadikan bahan lawak. Kita tidak tahu situasi apa yang dialami oleh si mati. Hormati keluarga mangsa.