Semalam telah diadakan perutusan khas mengenai COVID-19. Selepas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham mengumumkan jumlah pesakit positif mencecah 691 orang pada jam 5.30 petang dengan empat kematian, tiga giliran Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perutusan khas mengenai COVID-19 dari kediaman beliau semalam.
Ramai ternanti-nantikan apakah perutusan yang ingin disampaikan oleh Perdana Menteri terutama jumlah mereka yang positif coronavirus ini terus meningkat dari masa ke semasa. Mengakui piliharaya Sabah antara sebab mengapa virus ini terus melonjakkan bilangan mereka yang positif, PM memaklumkan piliharaya terpaksa diadakan kerana ia perlu diadakan seperti dijadualkan mengikut peruntukan di dalam Perlembagaan.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan wabak Covid-19 tidak merebak ketika pilihan raya diadakan, malangnya ada yang tidak dipatuhi.
"Misalnya penjarakan sosial. Ketika saya turun berkempen di banyak tempat, saya lihat SOP mengenai penjarakan sosial agak kurang dipatuhi.
Jemaah Menteri semua kena kuarantin
Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin memaklumkan tiada double standard dalam isu kuarantin di rumah. Dalam perutusan khas semalam, beliau memaklumkan, bersama-sama dirinya yang dikehendaki menjalani kuarantin di rumah ialah tujuh Menteri dan enam Timbalan Menteri.
Ads
"Kesemua mereka ini juga tidak terkecuali daripada mematuhi arahan kuarantin, mereka mesti patuh kepada peraturan dan tindakan boleh diambil sekiranya mereka ingkar," kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin menegaskan kerajaan tidak ada double standard dalam perlaksanaan arahan kuarantin kepada rakyat di negara ini, tanpa mengira pangkat dan darjat. "Saya sendiri pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah setelah saya mempengerusikan satu mesyuarat yang dihadiri oleh seorang menteri yang disahkan positif Covid-19.
Ads
Habis kenapa PM tak pakai gelang pink? Ini jawapan dari pejabat Jabatan Perdana Menteri
Merujuk isu permakaian gelang pengawasan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, adalah dijelaskan bahawa YAB Perdana Menteri tidak diberikan gelang pengawasan oleh Kemeneterian Kesihatan Malaysia.
Berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh pegawai KKM pda 5 Oktober 2020, YAB Perdana Menteri dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan kendiri (self health monitoring) di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. Sehubungan itu, beliau tidak dikehendaki oleh KKM untuk memakai gelang pengawasan.
Ads
Justeru itu, dakwaan YAB Perdana Menteri melangfar arah KKM adalah tidak benar.
Untuk makluman, keputusan ujian saringan pengesanan COVID-19 yang dilakukan pada 5 Oktober 2020 ke atas PM adalah negetif pada 6 Oktober 2020. Selain itu beliau juga telah melakukan tiga ujian pengesanan COVID-19 dalam temph tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September 2020 dan didapati negetif.
YAB Perdana Menteri walau bagaimana pun dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut.
Setakat ini keadaan kesihatan PM adalah baik. Walau pun begitu, beliau akan terus melakukan kuarantin kendiri sehingga selesai tempoh 14 hari yang ditetapkan oleh KKM.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Industri muzik tempatan sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Walau betapa hebat sekalipun kebanjiran artis luar yang cuba mencuri perhatian kita, melodi-melodi lagu Melayu jugalah yang tetap menjadi pujaan hati.
Buat korang yang masih belasan tahun mungkin tidak berapa ingat dengan lagu-lagu yang Remaja senaraikan di bawah. Mungkin korang pernah dengar lagunya tetapi tidak tahu siapakah gerangan pelantun suaranya. Nama-nama seperti Arni Nazira, Eisya, Amy Mastura dan semestinya, Datuk Siti Nurhaliza mewarnai carta-carta lagu paling popular pada tahun 1997. Imagine, lagu-lagu ini semua dah berusia 20 tahun… mungkin lebih tua daripada korang!
Ziana Zain – Puncak Kasih Ciptaan: Adnan Abu Hassan/Maya Sari
Siapa tak kenal dengan Ziana Zain. Dia tarik je suara pasti meremang bulu roma. Keningnya yang terangkat juga sudah jadi trademark yang diingati hingga ke hari ini. Puncak Kasih menjadi antara lagu paling popular nyanyian Ziana Zain apatah lagi ia berjaya menjadi Lagu Terbaik Kategori Balada di AJL 1998. Power Kak Zee!
A To Z – Itik Gembo Gembo Ciptaan: Helen Yap/Lan
Suatu ketika dulu industri muzik kita diwarnai banyak grup nyanyian. Kenapa ya sekarang macam dah kurang sangat. Lagu yang catchy ini menjadi siulan ramai terutama korusnya dengan loghat Kelantan yang tidaklah terlalu pekat. Lagu ini turut melonjak A TO Z di AJL 1997 apabila mereka muncul Lagu Terbaik Ketegori Pop Rock.
Siti Nurhaliza – Aku Cinta Padamu Ciptaan: Ly/Baiduri
Tak salah kalau Remaja katakan inilah lagu yang bertanggungjawab membawa Datuk Siti Nurhaliza mencapai status superstar dan penyanyi nombor satu Malaysia. Ia bukan sahaja popular di negara kita tetapi juga di Indonesia, Singapura dan Brunei.
Arni Nazira – Cinta Antara Benua Ciptaan: Jari/Azam Dungun
Ini merupakan sebuah lagu tema dram bersiri popular pada tahun 1997. Sebagai pendatang barju ketika itu, Arni Nazira cukup bertuah kerana diberi kepercayaan menyanyikan lagu tema drama tersebut. Pada ketika itu, dapat nyanyi lagu tema drama is a very big deal okay!
Mas Idayu Senggol Senggolan Cunit Cubitan Ciptaan: Fitri
Mungkin korang ada yang tak tahu bahawa lagu-lagu dangdut sangat popular pada era 90-an dahulu. Dan bila sebut sahaja dangdut nama MaS Idayu pasti tidak lekang dari mulut. Lagu ini diangkat sebagai antara lagu dangdut terbaik pernah diperkenalkan di Malaysia.
Shima – Apa Ku Rasa Ciptaan: Fauzi Marzuki/Darwish
Shima dinelai sebagai antara penyanyi pop balada yang paling terkenal pada ketika itu. Apa Ku Rasa merupakan antara lagu terbaik Shima kerana ia turut terpilih ke peringkat akhir AJL 1997. Untuk lagu ini Shima tampil dengan irama pop rock. Ternyata pertaruhannya membuahkan hasil dengan populariti lagu ini yang hebat.
Camelia – Rindu Padanya Ciptaan: Adnan Abu Hassan/Hani MJ
Personally bagi penulis, Camelia merupakan penyanyi yang cukup unik. Dia mempunyai vokal cukup berbeza berbanding artis-srtis lain pada ketika itu. Muziknya juga lebih kepada R’N’B dan urban. Namun, lagu Rindu Padanya berjaya mendapat tempat di hati peminat dengan melodinya yang ringkas tetapi cukup merdu.
Tak kenal dan tak pernah dengar lagu-lagu yang Remaja senaraikan? Cuba tunjukkan kepada parent atau abang atau kakak. Mereka pasti pasti berasa sangat tua. LOL.
Apakah lagu-lagu lama yang hingga ke hari ini masih korang ingat? Komen di bawah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aduh, orang lain buat squat untuk bersenam. Lain pula ceritanya apabila seorang pelajar sekolah vokasional di Sichuan, China alami kecacatan kekal akibat melakukan lompatan squat sebanyak 150 kali.
Hanya disebabkan ada snek makanan di katil, pelajar malang tersebut diarahkan oleh ketua pelajar melakukan ketuk ketampi sebanyak 300 kali.
Foto Kredit: AsiaWire
Namun, mangsa menafikan makanan itu adalah miliknya dan memaklumkan bahawa dia pernah mengalami kecederaan kaki pada April 2020. Tidak menghiraukan pelajar tersebut, ketua pelajar itu didakwa tetap berkeras menyuruh mangsa meneruskan ketuk ketampi di bawah pemantauan seorang guru yang didakwa tidak menghentikan kekerasan berkenaan.
Akibat dari insiden tersebut, mangsa dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan serius pada kaki selain diberitahu akan mengalami cacat kekal dan sekarang perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.
Memetik The Sun, ibu mangsa menyatakan insiden berlaku pada tarikh 10 Jun lepas. Malah, pelajar perempuan ini turut disahkan mengalami depresi susulan peristiwa itu serta perlu berjalan menggunakan topang.
Foto Kredit: AsiaWire
Pihak sekolah mengakui bersalah dan ingin bertanggungjawab di atas tragedi itu dengan menawarkan RMB 109,774 (kira-kira RM71,236) kepada keluarga mangsa namun ditolak, tulis portal itu. Sementara itu, guru yang terlibat dilaporkan telah dipecat pada 14 Julai lalu manakala siasatan masih berjalan.
Aduh, teringat pula cikgu penulis dulu selalu rotan kalau buat kesalahan tapi tidaklah sampai cedera.
Ayah mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk anak sendiri.
Dua penampilan penyanyi, Sissy Iman sebagai hos di acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH-33) semalam masih menjadi topik perbualan netizen sehingga ke hari ini.
Jelas, Sissy cuba untuk ‘push the envelope’ dan ingin lakukan sesuatu yang berbeza. Iyalah, ABPBH hanya muncul sekali setahun. Takkanlah hendak memakai pakaian harian saja kan?
Bagaimanapun pada pandangan mata penonton, seakan ada yang tidak kena dengan kedua-dua penampilan tersebut.
Untuk pengetahuan, Sissy terlebih dahulu menyarungkan dress hitam satin rekaan Zayana Zayed sebelum bertukar kepada persalinan merah jambu dengan sarungan bodice renda hitam. Solekan dan dandanannya pula adalah hasil sentuhan Albin Hassan dan Finnick Fit.
Ramai yang seakan keliru dengan garapan yang dikenakan buat Sissy pada malam itu. She definitely caught our attention with the pearl necklaces, lace and the curly updo.
Hari ini, ayah kepada Sissy tampil memberi respon kepada netizen yang memberikan komen di media sosial mengenai penampilan anaknya itu.
“Penampilan anak aku dikecam, hebat di ABPBH 2020. Akulah penyebabnya. Tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam itu.
“Biarlah org kutuk pun, aku akur. Aku seorang bapa yg hanya melakukan tanggungjawab supaya anak aku meraih kejayaan. Untuk itu aku tetap akan lakukan sehabis baik selagi aku diperlukan dan selagi kudrat aku masih ada.
“Tak ada hamba Allah yang nak sponsor, yang benar-benar approach pun. Baik busana mahupun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun ditempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta.
“Setiap kali dia beraksi, aku akan sentiasa mahu berada sama untuk memastikan she looks good di mata aku. Sekurang-kurangnya dia berada dalam keadaan sopan dan tertib. Sampai kadang-kadang, aku lupa aku ni bertongkat ke sana ke mari.
“Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah je yang tahu,” jelas beliau sebelum mengucapkan terima kasih kepada penyokong tegar Sissy Iman.
Walaupun penampilan Sissy menjadi topik perdebatan, penulis sebenarnya lebih tertarik untuk bercakap mengenai bakat dan skil pengacaraannya yang sudah jauh lebih mantap berbanding dahulu.
Ternyata peningkatan kualiti ini seiring dengan pengalaman dan penambah baikan yang dilakukan oleh Sissy dan team-nya. Keep it up girl!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.