Biasa bila ke pasaraya, kita akan nampak deretan susu sama ada dalam kotak atau botol dari jenama berbeza diletakkan dalam rak dingin bagi mengekalkan kesegarannya. Belek dan telek, ada sebahagian dari kita terus membelinya tanpad sedar setiap susu itu ada maksud berbeza. Sebabnya kita fikir susu baik untuk kesihatan dan juga penuh berkhasiat.
Sebelum korang terus beli susu-susu ini, jom belajar dulu jenis-jenis susu agar tak tersalah beli seperti dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di fbnya.
“Yang awak pergi beli susu ni buat apa?”
Kau orang pernah alami situasi ni tak? Suruh suami beli susu penuh krim, lepas tu susu apa entah dia beli. Lain disuruh, lain dibelinya.
Ha, kau orang kongsikan senarai jenis-jenis susu ni pada suami kau orang. Tak pun pada anak dara kau yang tak kenal susu tu!
Ada pelbagai jenis susu terjual dengan pelbagai jenama. Gambar hiasan
1. Susu Segar (Fresh Milk)
— Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.
2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)
— Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.
3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Ads
4. Susu Skim (Skimmed Milk)
— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
— Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.
5. Krim (Heavy Cream)
— Ia krim terapung yang diasingkan daripada susu asli dan memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar(whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.
6. Susu Sejat (Evaporated Milk)
— Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.
7. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
— Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!
8. Susu Bukan Tenusu(Non Dairy Milk)
Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, — badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.
9. Susu Formula (Infant Formulated Milk)
— Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.
Ads
10. Krimer (Creamer)
— Ia diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ni pun jahat.
OK, dah faham dah beza susu-susu ni semua? Produk ni semua boleh digunakan, cuma utamakan yang mana kurang memudaratkan.
Eh jap ada satu lagi!
11. Guli susu (Milkies Marble)
— Guli warna putih susu dan selalunya bersaiz lebih besar dari guli kaca mata kucing. Ini barang langka(rare), jadi kalau ada, jangan guna buat main guli. Simpan baik-baik.
OK, tu je! Semoga bermanfaat
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pengumpul Guli Susu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah jadi lumrah seorang perempuan bila mana mereka akan menggunakan pelbagai inisiatif untuk mendapatkan kulit yang licin, daripada pencuci muka sampai la mengamalkan supplement untuk kulit wajah.
Namun begitu, moisturizer juga memainkan peranan penting untuk kulit wajah. Mencuci muka akan menurunkan nilai pH pada kulit dan disebabkan itu, korang perlu mencari moisturizer yang sesuai untuk mengembalikan protein keratin pada kulit wajah.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, korang kena pandai pilih produk moisturizer yang sesuai dan berikut merupakan beberapa produk yang boleh korang dapatkan.
Tak dinafikan nak cari produk yang sesuai untuk kulit kita ni bukannya mudah. Tapi bila dah ada yang suggest macam ni, sikit sebanyak dapat membantu korang untuk try and error. Mana tahu berkesan kan?
Sumber: Product Review
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum membeli apa-apa produk kecantikan di pasaran, eloklah terlebih dahulu sekiranya korang menyemak bahan apa yang telah digunakan dalam produk tersebut.
Walaupun dilaporkan sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun ianya belum menjamin kesahihan yang dinyatakan oleh pihak pengeluar.
Terbaharu, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.
Produk-produk tersebut adalah Puteri Ratu Treatment Cream dan Flashh Treatment Cream yang masing-masing mengandungi merkuri manakala Flashh Night Cream mengandungi hidrokuinon. Susulan itu, notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Sekiranya korang menggunakan produk kosmetik itu, dinasihatkan supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Menurut Dr Noor Hisham, merkuri boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, selain ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan serta menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Tambah beliau lagi, produk kosmetik yang mengandungi hidrokuinon pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultraungu berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Penjual dan pengedar produk kosmetik itu diberi amaran supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta kerana melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Korang juga dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
So guys, selepas ini sebelum membeli apa-apa produk kosmetik pastikan ia selamat digunakan okay? Sentiasa update dengan info dari KKM untuk mengelakkan daripada membeli produk kosmetik yang mempunyai racun berjadual.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu detik memalukan dan kekok telah berlaku kepada Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu saat dia membuat kemunculan di sidang media Miss Universe Vietnam 2022 yang berlangsung di Bandar Ho Chi Minh.
Dalam majlis yang turut disertai oleh Miss Universe 2018, Catriona Gray dan Miss Universe 2005, Natalie Glebova itu, seorang wartawan telah bertanya soalan dengan sangat kasar dan dianggap tidak sesuai.
Soalnya kepada Harnaaz, “Sejujurnya apabila anda menang tidak banyak perhatian diberikan kepada anda. Walau bagaimanapun kisah kenaikan berat badan anda telah menjadi perhatian dunia dan kisah tersebut diperkatakan lebih lama berbanding kisah ketika salah juara diumumkan pada 2015.
“Saya musykil, adakah anda dengan sengaja menaikkan berat badan semata-mata mahu menjadi terkenal seantero dunia?
Namun begitu, soalan tersebut telebih dahulu dipintas oleh direktor nasional Miss Universe Vietnam, Hoang Tran Viet Bao, yang mana beliau bertanyakan sama ada wartawan tersebut ada soalan lain kerana soalan yang ditanyakan tidak sopan.
Wartawan tersebut mempertahankan keputusannya untuk bertanya soalan tersebut dan menyamakan kejadian yang berlaku kepada Miss Universe 1996, Alicia Machado yang terpalit kontroversi kerana dia menjadi gemuk selepas memenangi mahkota.
Ujarnya, “Tidak, saya mahu mendengar sendiri jawapan dari Harnaaz kerana paa 1996, ada juga Miss Universe yang mengalami masalah berat badan, jadi saya ingin dengar apakah mesej yang dia ingin sampaikan.”
Apabila dia berkeras mahukan jawapan, salah seorang wartawan lain yang turut berada di sidang media tersebut menempelak soalan yang ditanya kerana ia menjatuhkan maruah wartawan seolah-olah tidak berpengetahuan.
“Tentang soalan yang ditanya, terutamanya kepada tetamu antarabangsa, mereka akan mengatakan yang kita kurang pengetahuan. Bukankah Harnaaz sudah dijelaskan sebelum ini yang kenaikan berat badannya disebabkan penyakit celiac yang dihidapinya. Dia bukan melakukan perkara ini dengan sengaja,” kongsi wartawan tersebut yang kurang senang dengan soalan yang diajukan oleh rakan wartawan tempatannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.