Siapa yang tak suka benda-benda manis bukan? Bukan sahaja makanan malah orang yang mempunyai senyuman manis pun sering menjadi kegilaan ramai. Eh?

Sebagai orang Malaysia kita memang tak dapat lari daripada makanan yang bergula. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan bangsa, Malaysia merupakan sebuah melting pot buat juadah makanan. Tidak hairanlah kenapa negara kita sering berada dalam carta terbaik bila melibatkan makanan.

Tapi malangnya banyak makanan dan minuman tempatan yang mengandungi gula. Begitu juga makanan dan minuman yang diproses. Jadi bayangkan dalam seharian berapa banyak gula yang kita ambil?

Gula boleh datang dalam pelbagai bentuk dan bukanlah hanya gula putih sahaja. Malah REMAJA yakin korang sendiri pun kadangkala tak tahu yang makanan yang diambil mempunyai kadar kandungan gula yang banyak.

Mungkin pada usia muda seperti korang masih tidak ada banyak kesannya. Tapi percayalah jika gaya hidup pemakanan tanpa kawalan begini berlarutan ia pasti memberi kesan pada masa akan datang.

Jadi apakah cara terbaik untuk cut off pengambilan gula dalam kehidupan seharian kita? Jom ikuti beberapa tip mudah dari REMAJA khas untuk korang yang kami sayangi.

MAKANAN PROSES

IKLAN

Antara perkara paling mudah untuk kurangkan pengambilan gula ialah kurangkan membeli dan makan makanan yang diproses. Adakah korang tahu bahawa sejumlah besar makanan diproses dalam kotak atau tin mengandungi gula tambahan? Malah ada sesetengah makanan mempunyai lebih 3 atau 4 jenis gula berbeza.

D.I.Y

Kalau tak guna makanan diproses macam mana nak masak? Katakan korang nak masak spaghetti, mesti korang guna tomato puree bukan? Apa kata korang beli tomato dan masak sendiri. Dengan cara ini ia bukan sahaja lebih sihat tapi mungkin lebih menjimatkan.

MINUMAN BERKARBONAT

IKLAN

Salah satu minuman yang amat popular di kalangan remaja apatah lagi jika ke restoran makanan segera. Kadangakala REMAJA berasa amatlah susah untuk lari daripada minuman berkarbonat. Jadi bagaimana caranya? Caranya muda iaitu korang haruslah sentiasa bawa air kosong sendiri ke mana sahaja. Bekas air itu bukan sahaja bertindak sebagai sumber aiar tetapi peringatan bahawa korang nak kurangkan pengambilan gula.

CIPTA KUOTA

Nak lari secara total daripada tak mengambil langsung gula memang amat mustahil. Jadi jika korang berdedikasi untuk kurangkannya, buatlah kuota sendiri. Sebagai contoh korang kena ingat apa yang korang makan. Jika rasa sudah terlebih sama ada makanan atau minuman pasti korang akan ingat.

BACA: Hilang 20kg, Rahsia Diet Remaja Ini Hanya Meminum Air Putih

IKLAN

GANTI DENGAN BUAH

Makanan ringan atau digelar sebagai jajan merupakan antara gaya hidup yang cukup sinonim dengan orang muda. Apatah lagi jika lepak bersama kawan-kawan atau menonton televisyen. Pasti mulut tu rasa nak menguyah saja, kan? Jadi apa kata korang gantikan jajan dengan buah-buahan. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi mengandungi serat yang banyak.

BAHAN GANTIAN

Katakan korang suka memasak terutamanya cookies, brownies dan kek. Untuk boleh kurangkan satu pertiga gula daripada sukatan biasa dan gantikan dengan ekstraks bahan lain seperti almond, vanila, perahan oren atau lemon.

JANGAN BELI JAJAN

Ini cara paling mudah untuk kurangkan makanan ringan dalam rumah. Caranya tak lain tak bukan dengan hentikan membeli makanan yang tak menyihatkan seperti ini. Bukan korang sahaja dapat manfaatnya tapi ahli keluarga dan rakan serumah juga dapat hasilnya.

AIR KOSONG

Ia ringkas. Ia basic. Ia mudah ditemui di mana sahaja dan murah. Pernah dengar tak bila korang demam atau batuk je doktor akan beritahu untuk minum air lebih banyak. Khasiat air kosong ini memang sangat banyak. Jadi lebihkan meminum air kosong berbanding air manis yang lain.