Antara salah satu cabaran menjadi seorang selebriti adalah ketika mereka harus menghadapi pelbagai ragam peminat ketika berada di tempat umum. Lebih lagi, jika selebriti itu merupakan seorang idola K-Pop yang mempunyai peminat ‘sasaeng’, di mana mereka sangat terkenal dengan perangai yang suka melanggar dan berperilaku di luar batasan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial, seorang anggota kumpulan RIIZE, Wonbin atau nama sebenar Park Wonbin (22) sedang berjalan seorang diri. Namun, salah seorang daripada peminat yang berada di situ telah mengikuti dan merakam Wonbin dalam jarak sangat dekat.
Walau bagaimanapun, tindakan itu telah dihalang oleh salah seorang lelaki dipercayai pengurus kumpulan RIIZE yang tiba-tiba muncul berlari pantas ke arah kamera untuk melarang peminat tersebut merakam video Wonbin.
Menurut keterangan peminat tersebut menerusi sebuah platform peminat di media sosial, pengurus tersebut telah menendang dirinya disebabkan perbuatannya itu.
“Saya tidak akan menuntut apa-apa. Tapi saya tak akan pernah lagi berada di jalanan dan merakam Wonbin yang hampir ber’pose’ dengan sangat ‘cool’ di depan kamera”
“Saya tak ingin berjumpa lagi dengan pakcik pembantu (pengurus) yang berlari dan mampu menendang semua orang dengan tendangan kung fu itu. Waktu saya menatap matanya, jantung saya hampir berhenti,” jelas peminat itu.
Tangkap layar dari sebuah video peminat ditendang oleh pengurus RIIZE yang tular baru-baru.Kredit: Billboard
Menurut beberapa laporan, ini bukanlah kali pertama beberapa anggota RIIZE diekori peminat sasaeng. Sebelum ini, bahkan sejak kumpulan RIIZE masih menjalani proses sebagai trainee, sudah ramai peminat yang mula mengikuti mereka kemana sahaja termasuk di tempat awam, lapangan terbang, jalan raya dan sebagainya.
Disebabkan tindakan beberapa peminat yang kurang bertanggungjawab dan tidak mahu menjaga privasi seperti ini. Syarikat pengurusan RIIZE telah menerapkan kawalan keselamatan dengan lebih ketat seperti mendapatkan khidmat pengawal dan pengurus yang mampu melindungi setiap anggota.
Sementara itu, melihat reaksi warga internet, ramai yang menabik hormat terhadap tindakan pengurus berkenaan kerana pantas untuk melindungi anggota RIIZE daripada para peminat yang degil yang tidak mahu memberi ruang privasi terhadap idola K-Pop kesayangan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas melancarkan single terbaru How You Like That kira-kira sebulan yang lalu, kumpulan Kpop kegilaan ramai, Blackpink telah pun mengumumkan pelancaran album terbarunya yang akan datang.
Hal ini diumumkan sendiri oleh YG Entertainment di akaun instagramnya dengan memuat naik poster dan juga tarikh album penuh mereka.
Album yang bertajuk “BLACKPINK THE ALBUM” itu dijadualkan berada di pasaran pada 2 Oktober 2020.
Menurut sumber daripada agensi mereka, tahun 2020 akan menjadi titik fokus kumpulan Blackpink untuk ke pasaran global dengan perancangan dan pelaksanaan yang lebih sistematik dan teliti.
Selepas 4 tahun, Blackpink bakal melancarkan album penuh dan sudah tentu berita ini adalah satu kegembiraan buat peminat mereka.
Malah, terdapat desas-desus Blackpink akan bergandingan bersama Selena Gomez dalam salah satu single terbaru mereka.
Wah, kalau khabar angin ini memang betul, confirm lagu tu jadi hit seluruh dunia.
Apa-apa pun kita tunggu single yang seterusnya dilancarkan. Khabarnya pada Ogos ini.
Aishwarya Rai, nama yang tidak asing lagi dalam dunia Bollywood dan antarabangsa, baru-baru ini mencetuskan spekulasi apabila beliau dilihat menggunakan nama asalnya tanpa ‘Bachchan’
Aishwarya Rai mencetuskan semula dakwaan mengenai perceraiannya dengan Abishek Bachchan selepas muncul di acara Global Women’s Forum di Dubai dengan menggunakan nama ‘Aishwarya Rai’ dan bukannya ‘Aishwarya Rai Bachchan’.
Tampil cantik menyerlah dalam ensembel biru, Aishwarya membuatkan ramai yang terkejut apabila dia dipanggil tanpa menggunakan nama suaminya, Abishek Bachchan. Bukan itu sahaja, skrin di bahagian belakangnya juga hanya menulis namanya sahaja.
Tetapi ini bukan kali pertama Aishwarya tidak menggunakan nama keluarga Abishek iaitu ‘Bachchan’. Sebelum ini dia pernah mengumumkan nama ‘Aishwarya Rai’ sahaja apabila menghadiri SIIMA Awards bersama anak perempuannya, Aaradhya Rai Bachchan.
Aishwarya Rai
Secara tidak langsung, situasi tersebut telah menimbulkan kerisauan ramai mengenai spekulasi perceraian di antara Aishwarya dan Abishek.
Walau bagaimana pun, pasangan ini sehingga sekarang tidak memberikan sebarang jawapan mengenai khabar angin perceraian mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bercakap tentang hobi setiap orang pasti ada kecenderungan mereka masing-masing. Dan hobi biasanya lahir daripada minat atau pendedahan peribadi kepada sesuatu yang bagi korang sangat best dan mempunyai nilai sentimental yang mungkin tidak sesiapa pun akan dapat faham.
Ada orang suka hobi jenis mengumpul, ada yang suka hobi jenis meluangkan masa dan ada juga hobi yang menuntut korang memberi fokus luar biasa dan melakukan perkara dengan cermat dan halus sekali.
Walau apa sekalipun minat atau hobi korang, biarlah ia tidak melampaui batasan dan tidak menyimpang dari ajaran agama dan tata susila budaya kita orang Melayu dan Timur. Jangan kerana hobi korang sanggup bergadai atau berhutang semata-mata ingin melempiaskan nafsu memeiliki atau melakukan sesuatu.
Selain memuaskan diri, sesetengah hobi juga sebenarnya membawa manfaat yang cukup baik untuk kesihatan. Wah… ini sudah bagus. Sambil luangkan masa untuk hobi secara tak langsung dapat faedah kesihatan!
BERKEBUN
Ya, mungkin perkara pertama korang dengar ‘berkebun’ dilontarkan mungkin perkataan ‘lame‘ akan terlintas di fikiran. Sebab yelah, mungkin bagi sesetengah daripada korang anggap berkebun ini hanyalah kerja habiskan masa untuk golongan dewasa atau orang tua sahaja. Jangan pandang rendah ya kerana berkebun juga membantu korang untuk bersenam secara tak langsung. Dengan menggunakan cangkul, membersihkan hama, bercucuk tanam, mengangkat pasu berat dan menebas lalang ia merupakan satu aktviti menyihatkan dan memberikan stamina yang baik serta fleksibiliti otot.
MENULIS
Hobi menulis ini mungkin terdapat beberapa cabang yang berbeza. Dan disebabkan itulah menulis merupakan antara hobi yang paling baik untuk melahirkan minda yang kreatif. Ada orang suka menulis cerpen berdasarkan pengalaman atau kisah fiksyen. Ada juga orang suka menulis dan berkongsi di blog dan laman media sosial. Ini semua merupakan hobi yang juga boleh menyembuhkan hati yang terluka. Dengan menulis secara tidak langsung ia bersifat seumpama meluahkan apa yang terbuku dan di hati. Menurut satu kajian di University of Auckland, New Zealand mendapati menulis merupakan antara terapi jiwa yangb baik. Minda yang baik melahirkan badan yang sihat!
Ada sesetengah hobi menuntut korang untuk berbelanja dan mengeluarkan wang. Ada pula hobi yang korang perlu keluarkan duit sedikit atau tidak perlu berbelanja langsung! Antara hobi yang menjimatkan ialah menari. Korang tak perlukan perlatan apa pun. Hanya perlu muzik dan juga sedikit ruang untuk berlatih. Dan korang jangan silap, hobi menari ini tidak perlu pun untuk korang menjadi penari profesional. Ingat, hobi ialah aktiviti personal yang boleh menghiburkan diri sendiri. Itu sahaja sudah cukup. Selain memberikan stamina dan senamam yang baik adakah korang tahu bahawa menari juga boleh memberikan sekihatan otak sekaligus menjauhkan daripada ancaman dementia?
DENGAR MUZIK
The tune of our heart. Muzik itu bersifat universal dan memberi impak yang berbeza serta tidak dapat diperolehi daripada medium lain. Disebabkan itu juga muzik selalu dikaitkan dengan emosi. Bila kita gembira pasti kita cari muzik, apatah lagi bila bersedih. Muzik merupakan medium untuk kita merintih dan meluahkan perasaan. Dan ia sangat bagus untuk menguruskan stres dan tekanan. Dengan muzik juga korang mampu menenangkan diri yang sedang gelisah, risau dan bercelaru. Kalau korang perasan di setiap hotel pasti akan kedengaran muzik jazz yang menenangkan. Ini berkait kepada emosi serta melahirkan mood yang tenang.
BINATANG PELIHARAAN
Percayalah, buka semua orang ada kemampuan dan disiplin untuk membela binatang peliharaan. Bagi pencinta kuching khususnya, korang memerlukan dedikasi yang tinggi untuk menjaga mereka. Selain penjagaan makan, minum dan menguruskan kebersihan, korang perlu memberikan perhatian untuk membelai mereka. Tahukah korang bahawa dengan membela haiwan peliharaan kondisi stres boleh diturunkan dengan mendadak? Bayangkan korang stres di kuliah atau tempat kerja. Bila pulang ke rumah disambut si comel yang inginkan perhatian. Pasti ia menjauhkan korang daripada memikirkan masalah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...