
Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.
Itu lah pepatah yang boleh disamakan dengan Aishwarya Rai dan anak perempuannya. Walaupun baru berusia lapan tahun namun Aaradhya 100% copycat kecantikan ibunya itu

Ibu-anak ini memang langsung tak boleh berpisah, sampaikan ada gelaran ‘cutest mother-daughter duo’ hanya untuk mereka berdua saja.
Tidak dinafikan penangan duo ini sentiasa mencuri tumpuan lensa kamera. Sama ada menghadiri majlis di India atau hanya di jalanan, Aishwarya dan Aaradhya dilihat sentiasa bergambar dengan cantik dan tenang sekali.


.
Aaradhya Macam Blackpink Lisa
Tapi ada juga peminat khususnya peminat K-Pop mengatakan si comel ini iras Blackpink Lisa. Hal ini kerana Aradhya Bachchan mempunyai rupa paras mirip anggota kumpulan K-Pop terkemuka Blackpink, Lisa.
Sampaikan ada netizen menggelar anak gadis yang berumur lapan tahun itu sebagai ‘Young Lisa’.
ok guys I’ve found Lisa’s doppelganger and it’s none other than Aaradhya Bachchan, daughter of the one and only Aishwarya Rai! pic.twitter.com/N7bE23jINm
— akira (@desicheshire) December 12, 2018
Ahli kumpulan Blackpink ini pernah meraih undian tertinggi daripada peminat yang melayakkannya menduduki tempat pertama senarai “Wajah Wanita Tercantik Di Asia 2019″
Is it only me or Aishwarya rai’s daughter look like Lisa pic.twitter.com/QRIZpGuCFG
— heavenly (@StanStrayKids00) January 23, 2019
Haah la ada iras kan? Mungkin pada senyuman, rambut bangs, mata dan pipi montel mereka. Untung la jadi anak miss world kecik-kecik dah cantik kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Johnny Depp Tepis Dakwaan Amber Heard, Terima Ganti Rugi USD15 Juta

Setelah orang ramai di seluruh dunia khusyuk mengikuti perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp terhadap bekas isteri, Amber Heard selama enam minggu, akhirnya pada hari ini kuputusan juri yang bersidang di Mahkamah Circuit dekat Fairfaz Country, Virginia telah diumumkan.
Juri memutuskan agar Amber, 36 membayar USD10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan USD5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif kepada Johnny, 58.
Begitupun, juri juga memutuskan agar Amber DIBAYAR ganti rugi pampasan sebanyak USD2 juta (RM8.7 juta).

Keputusan ini dicapai setelah barisan tujuh orang juri meneliti dan membahaskan keterangan yang dikemukan oleh saksi kes saman Johnny Depp terhadap Amber Heard sejak Jumaat lalu. Apa yang menjadikan perbicaraan kontroversi ini lebih menarik adalah apabila ia turut membabitkan senarai saksi yang antaranya terdiri daripada bintang terkenal antarabangsa.
Antaranya termasuklah supermodel 90-an Kate Moss, pelakon Ellen Barkin, penyanyi Courtney Love, penyampai radio Howard Stern, pelakon Drew Barrymore serta jutawan terkenal, Elon Musk.
Setelah menerima keputusan itu, Johnny Depp menerusi hantaran di Instagram pada awal pagi ini meraikan kejayaan tersebut.

“Enam tahun lalu, hidup saya dan anak-anak termasuk mereka yang rapat dengan saya, serta mereka yang selama ini menyokong dan mempercayai saya telah berubah sama sekali.
“Tuduhan jenayah palsu dan serius dikenakan terhadap saya melalui media. Ia mencetuskan kebencian orang ramai yang berterusan walaupun tiada dakwaan yang dibuat ke atas saya. Ia telah memberikan impak terhadap kehidupan dan karier saya,” catatnya. Disebabkan dakwaan oleh bekas isterinya itu, Johnny sebelum ini telah kehilangan peluang melakonkan watak Captain Sparrow dalam filem Pirates 6 yang bernilai USD22.5 juta.
Sedikit info ringkas mengenai perbicaraan kes bekas pasangan suami isteri popular ini; Johnny Depp awalnya memfailkan saman fitnah terhadap Amber atas penulisannya kepada kolum Washington Post dan menuntut ganti rugi sebanyak USD50 juta.

Sebagai ‘balasan’, Amber Heard pula menfailkan saman menuntut USD100 juta dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan dan keganasan fizikal’ daripada bekas suaminya itu. Johnny menepis dakwaan pernah melakukan penderaan fizikal kepada Amber, sebaliknya mendakwa Amber yang sering bertindak ganas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada Peranti ‘Chun’ Baru Untuk Gamer! Lihat 5 Sebab Mengapa Patut Tukar Ke Infinix Hot10S

Dengan kapasiti bateri, processor laju dan skrin berkapasiti HD pada Infinix Hot 10S, pengalaman bermain video akan terus berubah selepas ini.
Buat para pemain video mobil dan di atas talian, punca kepuasan mereka semasa teruja bermain adalah peranti yang digunakan.
Pastinya ada di antara kamu yang akan mengeluh dan berkata, untuk mendapatkan telefon pintar terbaik untuk bermain, pasti ia memerlukan bajet mencecah ribuan Ringgit seperti yang dimiliki remaja lain.
Well, bagaimana jika kami kongsikan bahawa peranti terbaru daripada Infinix ini menepati semua kriteria untuk memberikan pengalaman bermain video terbaik kepada kamu DAN didatangkan pada harga mampu milik? Ia ibarat game changer yang kamu cari selama ini!

Cantik dari luaran dengan prestasi dalaman mengagumkan, REMAJA pasti kamu tidak teragak-agak untuk menukar kepada model telefon pintar Infinix Hot10S ini selepas mengetahui kelebihan #xtrachunxtrahot yang ada padanya.
01
Processor yang tidak mengecewakan
Jujurnya, isu lagging pada peranti memang akan ‘potong stim’ pemain. Kamu tidak boleh menikmati masa main yang lancar mahupun berkomunikasi dengan ahli pasukan dengan sistematik. Lebih mendukacitakan lagi apabila peranti tiba-tiba ‘hang’ dan menjadi punca kekalahan semasa permainan mencapai momen kritikal!
Infinix Hot10S memastikan semua itu tidak berlaku kerana ia menggunakan MediaTek Helio G85 iaitu octa-core processor berkelajuan tinggi.
02
Respon paparan skrin pantas
Selain rasa adrenalin semasa bermain, apa yang membuatkan pemain tidak jemu dengan hobi ini adalah grafik dan rekaan menarik pada karakter. Justeru, sekiranya kamu merancang untuk mendapatkan peranti baharu demi bermain, kamu wajib mengambil peranti yang memberikan resolusi terbaik. Barulah #xtrachunxtrahot!
Paparan HD Ultra Smooth berkapasiti 90Hz + 6.82” HD pada Infinix Hot10S mengurangkan isu ‘lagging’ ketika bermain kerana ia menggunakan ‘high-speed moving footage’. Di samping itu, Infinix juga menjamin kelancaran sewaktu meleret skrin (swipe).

03
Hayat Bateri Lama
Satu perkara yang kita semua ingin elakkan semasa bermain adalah apabila notifikasi bateri rendah muncul pada skrin. That, right there is a mood killer. Jika kamu ialah seorang pengguna telefon pintar yang selalu menghabiskan masa terluang dengan bermain, dapatkan peranti yang didatangkan dengan bateri berkapasiti tinggi.
Infinix Hot10S misalnya dikuasakan dengan bateri 6000mAh yang membolehkan pengguna menikmati masa permainan sehingga 18 jam. Ya, 18 jam! Tambahan pula dengan teknologi Power Marathon, kamu akan dijamin dengan 25 peratus jangka hayat bateri ekstra setelah bateri menurun hingga tahap 5 peratus.
04
Game Booster
Mana-mana pemain pasti mencari peranti yang mampu memberikan lebih rasa #xtrachunxtrahot semasa mereka sedang teruja bermain. Dengan kelebihan Dar-link Ultimate Game Booster oleh Infinix, ia berkesan untuk Infinix Hot10S bagi mengoptimumkan prestasi peranti, paparan skrin dan sensitiviti skrin.

05
Kamera Memuaskan, Peranti Memudahkan
Siapa saja yang tidak menggunakan telefon pintar mereka untuk menangkap foto dan merakam video? Paparan foto dan video pada Infinix Hot10S dilihat cukup tajam dengan fungsi kamera 48MP tiga kali ganda dengan paparan malam.
Bukan itu saja, salah satu kelebihan kegemaran kami adalah betapa mudahnya untuk ‘unlock’ peranti ini dengan fungsi cap jarinya. Malah, ia mampu mengenalpasti wajah walaupun kamu sedang memakai pelitup muka.

Buat para gamers yang belum tahu, tidak lama lagi Infinix Hot10S akan melancarkan kolaborasinya bersama permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Just saying, bagi mana-mana pemain tegar Mobile Legends di luar sana, Infinix Hot10S adalah peranti terbaik untuk korang perolehi masa permainan terbaik sekarang.
Khas sempena pelancarannya sekarang, Infinix menyediakan pakej diskaun untuk pembeli! Infinix Hot10S boleh kamu dapatkan secara eksklusif di Shopee pada harga serendah RM499 bagi pakej 64GB+4GB dan RM549 bagi pakej 128GB+4GB.
Para gamers tunggu apa lagi? Ayuh tempah sekarang di Shopee dan rasakan sendiri pengalaman terbaik main game dengan Infinix Hot10S ni!
Untuk info lanjut mengenai telefon pintar Infinix Hot10S, lawati akaun media sosial Infinix di Facebook dan Instagram.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Semakin Ramailah Yang Minum Coway..” Grup BTS Dilantik Jadi Duta Jenama

Apabila dua jenama terkenal dari Korea Selatan ini bergabung tenaga, maka ramai peminat dan pengguna produk jenama Coway terus jadi tidak keruan!
Secara rasminya semalam, grup sensasi dari Korea Selatan iaitu BTS telahpun dilantik sebagai duta bagi jenama syarikat lifecare popular, Coway.
Coway, yang juga berasal dari Korea Selatan sememangnya menumpukan kepada sasaran pelanggan di kalangan keluarga muda, pemilik rumah kali pertama dan golongan bujang yang ingin menambah baik kualiti kehidupan di rumah dengan kelengkapan yang berkualiti.
Banyak juga produk mereka yang menjadi pilihan pengguna dari tahun ke tahun seperti penulen udara, peralatan bilik mandi dan tilam.
Sudah semestinya, produk paling popular yang membuatkan jenama Coway menjadi sebutan ramai adalah alat penulen airnya.

Coway memilih BTS sebagai duta jenama global.
Kerjasama di antara Coway dan BTS ini pada hemat REMAJA sudah semestinya akan membawakan lebih banyak tumpuan orang ramai terhadap Coway sendiri dan kelebihan produk mereka. Untuk pengetahuan korang, sehingga kini lebih daripada tujuh juta rajyat Malaysia telahpun memiliki produk Coway dan bergantung kepadanya bagi menyempurnakan lagi kehidupan masing-masing.
Selepas ini, entah-entah jumlah itu mampu mencapai angka 10 juta hasil promosi melibatkan BTS pula.
Menurut Pengarah Urusan Coway Malaysia iaitu Kyle Choi, mereka memahami citarasa anak muda sekarang yang mengikuti perkembangan BTS dan K-pop secara amnya. Mereka turut mengakui kuasa muzik yang mampu mendekatkan masyarakat.

Encik Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan, Coway Malaysia.
Lantas tidak lama lagi, BTS akan dipaparkan secara meluas dalam kempen yang dibawakan oleh Coway seperti di televisyen dan platform digital.
Hhm, agaknya akan ada lagu khas nyanyian BTS tak untuk jenama ini seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa grup K-pop lain sebelum ini seperti Girl’s Generation dan Big Bang. Tak sabar!
ARTIKEL BERKAITAN : Daebak! BTS Dinobatkan Penghibur 2020 Terbaik TIME – REMAJA
BACA LAGI : Halsey & Lauv Pertahankan BTS Selepas Komen Racist
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

