Bercakap tentang hobi setiap orang pasti ada kecenderungan mereka masing-masing. Dan hobi biasanya lahir daripada minat atau pendedahan peribadi kepada sesuatu yang bagi korang sangat best dan mempunyai nilai sentimental yang mungkin tidak sesiapa pun akan dapat faham.

Ada orang suka hobi jenis mengumpul, ada yang suka hobi jenis meluangkan masa dan ada juga hobi yang menuntut korang memberi fokus luar biasa dan melakukan perkara dengan cermat dan halus sekali.

Walau apa sekalipun minat atau hobi korang, biarlah ia tidak melampaui batasan dan tidak menyimpang dari ajaran agama dan tata susila budaya kita orang Melayu dan Timur. Jangan kerana hobi korang sanggup bergadai atau berhutang semata-mata ingin melempiaskan nafsu memeiliki atau melakukan sesuatu.

Selain memuaskan diri, sesetengah hobi juga sebenarnya membawa manfaat yang cukup baik untuk kesihatan. Wah… ini sudah bagus. Sambil luangkan masa untuk hobi secara tak langsung dapat faedah kesihatan!

BERKEBUN

Korang Mesti Tak Sangka 5 Jenis Hobi Ini Boleh Beri Kebaikan Kesihatan

IKLAN

Ya, mungkin perkara pertama korang dengar ‘berkebun’ dilontarkan mungkin perkataan ‘lame‘ akan terlintas di fikiran. Sebab yelah, mungkin bagi sesetengah daripada korang anggap berkebun ini hanyalah kerja habiskan masa untuk golongan dewasa atau orang tua sahaja. Jangan pandang rendah ya kerana berkebun juga membantu korang untuk bersenam secara tak langsung. Dengan menggunakan cangkul, membersihkan hama, bercucuk tanam, mengangkat pasu berat dan menebas lalang ia merupakan satu aktviti menyihatkan dan memberikan stamina yang baik serta fleksibiliti otot.

MENULIS

Korang Mesti Tak Sangka 5 Jenis Hobi Ini Boleh Beri Kebaikan Kesihatan

Hobi menulis ini mungkin terdapat beberapa cabang yang berbeza. Dan disebabkan itulah menulis merupakan antara hobi yang paling baik untuk melahirkan minda yang kreatif. Ada orang suka menulis cerpen berdasarkan pengalaman atau kisah fiksyen. Ada juga orang suka menulis dan berkongsi di blog dan laman media sosial. Ini semua merupakan hobi yang juga boleh menyembuhkan hati yang terluka. Dengan menulis secara tidak langsung ia bersifat seumpama meluahkan apa yang terbuku dan di hati. Menurut satu kajian di University of Auckland, New Zealand mendapati menulis merupakan antara terapi jiwa yangb baik. Minda yang baik melahirkan badan yang sihat!

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Makanan Halal & Muslim Friendly Di Korea Yang Boleh Korang Cari 

MENARI

Korang Mesti Tak Sangka 5 Jenis Hobi Ini Boleh Beri Kebaikan Kesihatan

Ada sesetengah hobi menuntut korang untuk berbelanja dan mengeluarkan wang. Ada pula hobi yang korang perlu keluarkan duit sedikit atau tidak perlu berbelanja langsung! Antara hobi yang menjimatkan ialah menari. Korang tak perlukan perlatan apa pun. Hanya perlu muzik dan juga sedikit ruang untuk berlatih. Dan korang jangan silap, hobi menari ini tidak perlu pun untuk korang menjadi penari profesional. Ingat, hobi ialah aktiviti personal yang boleh menghiburkan diri sendiri. Itu sahaja sudah cukup. Selain memberikan stamina dan senamam yang baik adakah korang tahu bahawa menari juga boleh memberikan sekihatan otak sekaligus menjauhkan daripada ancaman dementia?

IKLAN

DENGAR MUZIK

Korang Mesti Tak Sangka 5 Jenis Hobi Ini Boleh Beri Kebaikan Kesihatan

The tune of our heart. Muzik itu bersifat universal dan memberi impak yang berbeza serta tidak dapat diperolehi daripada medium lain. Disebabkan itu juga muzik selalu dikaitkan dengan emosi. Bila kita gembira pasti kita cari muzik, apatah lagi bila bersedih. Muzik merupakan medium untuk kita merintih dan meluahkan perasaan. Dan ia sangat bagus untuk menguruskan stres dan tekanan. Dengan muzik juga korang mampu menenangkan diri yang sedang gelisah, risau dan bercelaru. Kalau korang perasan di setiap hotel pasti akan kedengaran muzik jazz yang menenangkan. Ini berkait kepada emosi serta melahirkan mood yang tenang.

BINATANG PELIHARAAN

Korang Mesti Tak Sangka 5 Jenis Hobi Ini Boleh Beri Kebaikan Kesihatan

Percayalah, buka semua orang ada kemampuan dan disiplin untuk membela binatang peliharaan. Bagi pencinta kuching khususnya, korang memerlukan dedikasi yang tinggi untuk menjaga mereka. Selain penjagaan makan, minum dan menguruskan kebersihan, korang perlu memberikan perhatian untuk membelai mereka. Tahukah korang bahawa dengan membela haiwan peliharaan kondisi stres boleh diturunkan dengan mendadak? Bayangkan korang stres di kuliah atau tempat kerja. Bila pulang ke rumah disambut si comel yang inginkan perhatian. Pasti ia menjauhkan korang daripada memikirkan masalah.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI