Selepas melancarkan single terbaru How You Like That kira-kira sebulan yang lalu, kumpulan Kpop kegilaan ramai, Blackpink telah pun mengumumkan pelancaran album terbarunya yang akan datang.
Hal ini diumumkan sendiri oleh YG Entertainment di akaun instagramnya dengan memuat naik poster dan juga tarikh album penuh mereka.
Album yang bertajuk “BLACKPINK THE ALBUM” itu dijadualkan berada di pasaran pada 2 Oktober 2020.
Menurut sumber daripada agensi mereka, tahun 2020 akan menjadi titik fokus kumpulan Blackpink untuk ke pasaran global dengan perancangan dan pelaksanaan yang lebih sistematik dan teliti.
Ads
Selepas 4 tahun, Blackpink bakal melancarkan album penuh dan sudah tentu berita ini adalah satu kegembiraan buat peminat mereka.
Ads
Malah, terdapat desas-desus Blackpink akan bergandingan bersama Selena Gomez dalam salah satu single terbaru mereka.
Biasanya, kalau melancong ke luar negara mesti kita akan gunakan khidmat tourist guide yang mana mereka akan menyediakan segala pengangkutan untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di sana.
Bagi mereka yang inginkan kelainan dan nak cuba benda baru, ada yang memilih untuk mengambil kereta sewa dan memandu sendiri. Cara ini dilihat lebih mudah dan ada kalanya lebih murah jika pergi bercuti secara beramai-ramai.
Namun begitu, tak semua negara menerima lesen memandu Malaysia. Jadi korang perlu mendapatkan International Driving Permit (IDP) terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk memandu di negara orang.
Macam mana nak memohon IDP ini? Jom kita semak step by step yang telah dikongsi oleh pageNota Perempuan Backpacker di laman Facebook.
1. Pergi JPJ/UTC, bawa:
– Lesen memandu yang masih valid setahun penuh.
– MyKad
– Duit RM150 (Lesen sah setahun)
– Gambar sekeping
2. Beritahu di kaunter informasi nak buat IDP. Serahkan semua dokumen di atas, kemudian korang akan diberikan nombor giliran.
3. Tunggu giliran dan berurusanlah di kaunter.
4. Dalam jangka masa 15-20 minit. Siap.
5. Pandu berhati-hati. Patuhi undang-undang jalan raya di negara orang dan negara sendiri (patutnya).
Maklumat tambahan
Sewaktu korang nak ambil kereta sewa di sana, perlu tunjuk lessen memandu Malaysia juga. So, sila bawa lesen sekali.
Mengikut perkongsian yang diterima, ketika ingin memandu sendiri di Jeju, Korea Selatan pada tahun 2013 masih memerlukan IDP. Tapi, ketika di Perth pada sekitar tahun 2015, tidak memerlukan IDP untuk memandu di sana.
Kesimpulannya, sebelum korang nak plan drive sendiri ketika melancong ke negara orang, rajin-rajinlah google terlebih dahulu sama ada negara yang korang nak pergi tu memerlukan IDP atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama ini, Jungkook BTS sering merasa terganggu kerana dipanggil dan diikuti oleh orang yang tidak dikenali. Malah mendapat penghantaran makanan secara tiba-tiba.
Jungkook BTS. Foto: Twitter @bts_bighit
Kini peminat Jungkook BTS menggesa agensi HYBE mengambil tindakan tegas selepas akaun Instagram didapati mengandungi ugutan bunuh.
Berikut adalah 5 fakta mengenai Jungkook BTS menerima ugutan bunuh daripada ‘sasaeng’ atau dikenali sebagai peminat fanatik:
Nombor HP Jungkook BTS Tersebar
Sebelum ini pada Jun 2019, Jungkook BTS menegur sasaeng yang menelefonnya ketika mengadakan siaran langsung di bilik hotel. Nombor telefon bimbitnya disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jungkook BTS mengakui dia tidak selesa dan memberitahu peminat bahawa dia segera menyekat pemanggil setiap kali dia mendapat panggilan serupa.
Jungkook BTS Akui Takut
Kejadian yang sama berlaku semasa acara GRAMMY 2022. Jungkook BTS, yang sedang mengadakan siaran langsung, menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.
Tetapi tidak ada yang menjawabnya ketika dia menjawab. Pada masa itu Jungkook BTS mengakui bahawa dia marah dan takut kerana orang itu telah menceroboh privasinya.
Diekori Pulang Dari Gym
Penyanyi Dreamers bukan sahaja mendapat panggilan telefon yang menjengkelkan. Pada Mac 2023, sasaeng yang melulu mengikut Jungkook BTS pulang ke rumah selepas gim. Alamat rumahnya pula tersebar.
Dia sekali lagi mengingatkan sasaeng supaya tidak melakukan sesuatu yang melampaui batas. “Jangan datang berjumpa saya semasa saya bersenam. Peminat lain boleh datang jika mereka mahu, tetapi ada perkara yang perlu kita jaga antara satu sama lain.”
Mendapat Kiriman Makanan Meragukan
Terbaru Jungkook BTS mendapat makanan dihantar ke rumahnya tanpa kebenaran. Pada 4 Mei, dia menghantar permintaan kepada peminat untuk berhenti melakukannya.
Jika sasaeng masih menghantar makanan, Jungkook BTS mengesahkan akan mengambil tindakan segera.
“Tolong jangan hantar makanan ke rumah saya. Saya tidak akan makan lagi. Saya berterima kasih atas keprihatinan itu, tetapi saya boleh makan dengan baik sendiri. Jadi jaga makanan awak sendiri. Saya mohon. Jika awak kawan-kawan hantar sekali lagi, saya akan semak nombor pesanan dan ambil tindakan.” Jadi berhenti.”
Menerima Ancaman Bunuh daripada Wanita
Kini netizen Korea menemui akaun Instagram @chu02859 yang mengancam untuk membunuh Jungkook BTS. Pemilik akaun memuat naik gambar pisau itu dan menulis penerangan padanya.
Selain itu, individu berkenaan turut mengaku bahawa memang benar dialah yang menghantar makanan ke rumah Jung-kook dan menyatakan rasa kesalnya kerana idola itu enggan memakannya.
Oleh itu, peminat yang bimbang dengan ugutan bunuh ini, terus mendesak HYBE dan Bighit Music untuk melindungi artis mereka, dengan menghantar e-mel dan segala butiran yang penting bagi menangkap pengancam tersebut.
Pada masa yang sama, hashtag #ProtectJungkook telah trending di Twitter dengan lebih 14 ribu hantaran.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan seniman bela diri tersohor, Jackie Chan baru-baru ini secara terbuka mengakui bahawa gaya keibubapaan yang terlalu tegas telah menyebabkan hubungan beliau dengan anak lelakinya, Jaycee Chan, menjadi renggang. Pengakuan itu dibuat ketika bintang legenda berusia 72 tahun itu sedang mempromosikan filem terbarunya berjudul Unexpected Family, yang bakal ditayangkan pada 8 Januari ini.
Menurut Jackie, satu babak dalam filem berkenaan yang memaparkan perdamaian antara seorang bapa dan anak lelaki memberi kesan mendalam kepadanya. Babak tersebut secara tidak langsung mencerminkan keinginannya untuk mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Jaycee, yang kini berusia 44 tahun.
Mengimbas kembali masa lalu, Jackie mengakui beliau terlalu kerap memarahi dan mengkritik anaknya, sama ada secara peribadi mahupun di khalayak ramai. Jelasnya, sikap tersebut tidak mendidik sebaliknya menimbulkan rasa takut dalam diri Jaycee.
“Dulu, setiap kali saya melihat anak saya, saya akan memarahinya. Setiap kali saya muncul di televisyen, saya mengkritiknya dan saya tidak pernah mengucapkan sepatah kata yang baik,” katanya.
“Saya silap. Pendidikan tidak sepatutnya seperti ini. Saya sepatutnya memberi dia lebih kebebasan,” jelasnya yang mengakui kesilapan.
Di samping itu, Jackie turut mendedahkan bahawa Jaycee sebelum ini hanya menghubunginya setahun sekali untuk mengucapkan selamat hari jadi. Namun, panggilan tersebut terhenti selepas Jackie memarahi anaknya kerana hanya menelefon pada hari berkenaan dan menyuruhnya menghubungi pada hari lain, di mana ia satu tindakan yang kini amat dikesalinya.
Seiring dengan peningkatan usia, Jackie berkata beliau kini lebih memahami kesilapan yang dilakukan dalam membesarkan anaknya. Hari ini, beliau tidak lagi meletakkan sebarang jangkaan terhadap anak-anaknya dan hanya berharap Jaycee dapat menjalani kehidupan yang bahagia serta selamat.
Sekadar info, Jaycee merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Jackie bersama isterinya, bekas pelakon Taiwan, Joan Lin. Mengikut jejak langkah bapanya, Jaycee menceburi industri hiburan namun kerjayanya terjejas pada tahun 2014 selepas ditangkap dan dipenjarakan selama enam bulan atas kesalahan berkaitan dadah di Beijing.
Walaupun pernah muncul bersama dalam beberapa filem sebelum ini seperti The Twins Effect II (2004) dan 1911 (2011), hubungan Jackie dan Jaycee kekal menjadi perhatian ramai. Untuk rekod, Jackie juga mempunyai seorang anak perempuan, Etta Ng Chok Lam, hasil hubungan luar nikah, yang dilaporkan tidak mempunyai hubungan rapat dengannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!