Penyanyi dan anggota kumpulan terkenal BTS, Jungkook baru-baru ini memberi peringatan tegas kepada peminat ‘sasaeng’ agar menjauhi rumahnya yang terletak di Itaewon, Seoul, Korea Selatan.
Menerusi siaran langsung di platform peminat K-pop iaitu Weverse, Jungkook atau Jeon Jungkook (27) telah berkongsi mengenai perkembangan terkini dirinya yang sedang bercuti daripada latihan khidmat ketenteraan serta sempat menunjukkan beberapa kawasan ruangan dalam di rumah barunya. Namun, pelantun lagu ‘Standing Next To You’ itu turut memohon permintaan penting kepada para peminat.
“Saya lihat khabar mengenai saya berpindah di rumah baru ini sudah pun tersebar di Youtube. Jadi sebab saya sudah pindah, saya harap orang-orang tidak datang mengunjungi rumah saya”
Jungkook memberi peringatan kepada peminat agar tidak datang mengunjungi rumahnya.
“Saya akan sangat menghargai jika anda menghindarinya (datang ke rumah),” katanya semasa siaran langsung tersebut.
Dalam pada itu, ahli termuda BTS itu turut memberi peringatan dan menjelaskan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang hadiah daripada para peminat yang akan dihantar ke rumah barunya.
“Jika ada yang nak hantar barang ke alamat rumah baru saya, maaf tapi saya tak akan terima dan semuanya akan dikembalikan semula,” ujarnya.
“Sebaiknya, awak semua hantar saja surat ke alamat syarikat sebab di situ saya boleh ambil dengan aman,” jelasnya lagi.
Jungkook Ketika Bersiaran Langsung Di Weverse Baru-baru Ini
Selain itu, Jungkook juga memberitahu para peminat agar berhenti untuk menghantar hadiah di pangkalan kem tenteranya.
“Banyak sangat barang yang dihantar ke kem saya tetapi saya tak dapat menerimanya. Ada yang hantar makanan juga dan itu pun saya tak boleh terima. Saya sangat hargai setiap usaha peminat tetapi saya harap awak semua boleh menahan diri,” kata Jungkook.
“Seperti yang awak semua tahu, ini adalah hal yang sensitif,” tambahnya lagi.
Sementara itu, menurut beberapa laporan, ini bukan pertama kalinya Jungkook dan anggota BTS lainnya terpaksa menghadapi masalah peminat obsesif atau lebih dikenali sebagai ‘sasaeng fans’.
Ads
Terdahulu, pada Mei lalu, Jungkook pernah memberi amaran yang serupa mengenai penghantaran makanan dengan menyatakan “tolong jangan kirim makanan ke rumah saya. Saya tidak akan memakannya”.
Menurutnya, dia sangat menghargai usaha para peminat tetapi jika mereka masih degil melakukan perkara yang sama, Jungkook akan memeriksa alamat penghantar dan mengambil tindakan undang-undang.
Sekadar info, empat ahli BTS iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin sedang menjalani perkhidmatan latihan ketenteraan sejak Disember tahun lalu dan kesemua ahli dijangka akan bersatu semula pada tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon tersohor Indonesia, Reza Rahadian, membuka lembaran kisah hidupnya yang penuh inspirasi apabila mendedahkan pernah menerima bayaran hanya RM6.35 (Rp25,000) hasil menjadi pemotong rumput demi membantu ibunya mencari rezeki.
Kisah benar ini dikongsikan Reza dalam satu temu bual bersama podcast The Maple Media di YouTube, memperlihatkan sisi lain pelakon hebat itu di sebalik populariti dan kejayaannya kini.
Menurut bintang filem popular Habibie & Ainun itu, kehidupannya tidak selalu mewah seperti hari ini. Ketika krisis ekonomi melanda Indonesia pada tahun 1998, Reza dan ibunya yang hidup berdua sahaja terkesan teruk kerana kehilangan sumber pendapatan utama. Namun, pada usia muda, Reza Rahadian tidak duduk diam dia berbasikal keliling kawasan perumahan untuk menawarkan khidmat memotong rumput demi membantu ibunya.
Kisah Awal Hidup Reza Rahadian Yang Sarat Keperitan
“Saya dulu berdua sahaja bersama ibu, jadi kami pernah terkena impak krisis ekonomi pada 1998. Ketika itu saya masih kecil, tapi saya sanggup berbasikal untuk tanya jiran jika ada yang mahu potong rumput di rumah mereka. Saya hanya ingin bantu ibu sahaja untuk dapat pendapatan,” katanya dengan nada sebak dalam temu bual tersebut.
Cerita penuh kejujuran ini mengundang rasa kagum dan hormat ramai peminat, terutama kerana tidak ramai tahu pelakon berbakat itu pernah melalui fasa hidup yang begitu mencabar. Dedikasi, keberanian dan rasa tanggungjawab Reza sejak kecil ternyata membentuk keperibadian, disiplin dan semangat kerja keras yang menjadi asas kepada kejayaannya hari ini.
Dari Pemotong Rumput RM6.35 Ke Dunia Kegemilangan
Kini, Reza Rahadian dikenali sebagai antara pelakon lelaki paling berpengaruh di Asia Tenggara, dengan deretan karya yang meninggalkan impak besar di layar perak. Antara filem lakonannya yang mendapat sambutan hangat termasuk Wanita Berkalung Sorban, My Stupid Boss, Rudy Habibie, Surga Yang Tak Dirindukan 2, Toko Barang Mantan, Layla Majnun, Garis Waktu dan Layangan Putus The Movie.
Selain karisma dan bakat luar biasa dalam menjayakan pelbagai watak, Reza Rahadian turut menerima pelbagai anugerah berprestij, menjadikannya ikon dalam dunia perfileman Indonesia. Namun, di sebalik cahaya glamor dan pencapaian besar itu, kisah RM6.35 yang pernah diraihnya suatu ketika dahulu menjadi simbol kerendahan hati, ketabahan dan semangat juang yang tidak pernah pudar.
Inspirasi Buat Generasi Muda
Kisah hidup Reza Rahadian menjadi inspirasi buat remaja hari ini bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi hasil daripada usaha kecil yang konsisten, niat yang ikhlas, dan keberanian untuk terus melangkah walau dalam kesusahan.
Dari pemotong rumput kepada pelakon tersohor Asia, Reza Rahadian membuktikan bahawa setiap langkah kecil, jika dilakukan dengan tekad dan cinta kepada keluarga, mampu membawa kita menuju kejayaan yang besar.
Selepas memberi hint di laman Instagram kira-kira dua bulan lepas, Justin Bieber kini telah pun melancarkan penampilan pertama daripada jenama fesyennya sendiri, Drew.
Mengetengahkan trend koleksi sweatshirt, hoodie, baju-T, aksesori dan sandal ‘rumah’ sebagai produk fesyen keluaran Justin Bieber, anak muda ini membuka satu langkah ke hadapan apabila berani untuk cuba keluar daripada bidang nyanyiannya.
Koleksi Drew House ini menampilkan logo dengan emoji smile berwarna kuning.
Berita baik buat peminat kumpulan K-pop, GOT7 khabarnya bakal membuat comeback pada November ini setelah mereka memuat naik poster comeback secara rasmi di Twitter.
Poster terseut mendedahkan bahawa GOT7 akan kembali dengan album baru yang berjudul “Breath of Love: Last Piece”. Kumpulan ini juga khabarnya bakal melancarkan pre-release single terbaru mereka, Breath pada 23 November waktu Korea dan dijangka album penuh akan menemui peminat pada 30 November pukul 6 petang waktu Korea.
Teaser album ini juga telah pun dilancarkan dan ia merupakan album penuh buat pertama kalinya sejak dua tahun selepas album “Present: YOU” pada 2018.
JYP Entertainment juga turut mengulas lanjut tentang album ini dan menjelaskan bahawa GOT7 sekali lagi akan memikat hati pendengar di seluruh dunia dengan comeback yang membariskan 7 anggota kumpulan ini.
GOT7
Berita ini juga turut mendapat perhatian netizen yang sememangnya menantikan comeback dari GOT7.
Sama-sama kita nantikan album penuh keempat GOT7 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kita lihat apakah kelainan yang akan dibawa kali ini.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.