Travel secara solo? Mesti ramai yang teringin melakukannya, nampak advanture kan. Tapi, kalau kamu mempunyai niat dan keinginan untuk melancong secara solo, kena tahu perkara ini, nescaya ia memudahkan proses berlibur.

Atika Ramlan menyarankan untuk mulakan dahulu pengembaraan secara solo dalam negara Malaysia seperti Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur.

Berkesempatan berkunjung ke Bangkok secara solo wanita ini juga turut berkongsi beberapa tip buat solo traveler yang ingin ke Bangkok sepertinya. Masih lagi berada di negara Gajah Putih, wanita ini dalam perjalanan untuk bertemu teman-temannya di Nakhon. Dia sempat singgah ke Hua Hin untuk merasai sendiri pengalaman berada di tempat yang terkenal di sana iaitu Santorini Park.

Kena Tahu Perkara Ini Bila Travel Secara Solo Ke Bangkok, Khas Buat 1st Timer! Kena Tahu Perkara Ini Bila Travel Secara Solo Ke Bangkok, Khas Buat 1st Timer!

Kena Tahu Perkara Ini Bila Travel Secara Solo Ke Bangkok, Khas Buat 1st Timer!

IKLAN

Ikuti tip yang dikongsikan oleh wanita ini dan semoga ia dapat memberi manfaat untuk anda yang ingin travel solo seperti Atika Ramlan.

Tak Susah Nak Travel Solo, Ini Tip Untuk 1st Timer!

Lately terbaca banyak post pasal travel solo dan Bangkok. Kebetulan saya ada di Bangkok dan solo, so nak share sikit la cara saya travel pada yang suka membaca

IKLAN

𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗧𝗿𝗮𝘃𝗲𝗹 𝗦𝗼𝗹𝗼

  1. Boleh mulakan di Malaysia dulu. Saya selalu cadangkan Penang dan KL. Sebab public transport senang, mudah, murah dan boleh cover banyak tempat walking distance.
  2. Belajar guna Google Maps. Berguna untuk tahu jalan, terutama bila berjalan kaki atau nak tukar-tukar public transport.
  3. Solo traveler tak kisah ada itinerary atau tidak. Tapi kalau first time nak berjinak-jinak, pastikan ada rough itinerary la. Boleh rajin-rajin baca dalam group, blog dan plan sikit-sikit. Jangan la sewenang-wenangnya post “boleh cadangkan ke mana saya boleh pergi 3d2n di XXXXX?” Contohnya kat Bangkok, ada banyak sangat aktiviti. Pening wooo kalau nak dengar cadangan orang.
  4. Install Grab/Gojek/Bolt or apa-apa ehailing apps yang ada kat tempat tu.
  5. Safety first. Cari tmpt tinggal yang selamat, roger-roger family/friends selalu. Saya selalu update kat FB je Kadang-kadang ada geng travel tempat sama rupanyaa..

Kena Tahu Perkara Ini Bila Travel Secara Solo Ke Bangkok, Khas Buat 1st Timer! Kena Tahu Perkara Ini Bila Travel Secara Solo Ke Bangkok, Khas Buat 1st Timer!

IKLAN

𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗸𝗼𝗸

  1. Kalau banyak nak guna BTS, beli Day Pass kat kaunter. 150 baht je untuk unlimited rides.
  2. Boleh guna Klook untuk beli tiket-tiket attractions. Lebih murah daripada beli walk-in.Guna kad yang paling rendah ratenya (kalau tau la).
  3. Kalau sekejap sangat di Bangkok atau trip malas-malas, boleh beli tiket hop-on hop-off river cruise atau bas. Kali ni rasa bahang, panas dan sesak sangat – so layan river cruise memang santaiiii.
  4. IconSiam dan Asiatique cantik pergi waktu malam.
  5. Boleh juga study train route untuk tengok tempat mana boleh buat daytrip. Saya pernah pergi ke Ayuthayya naik ketapi kelas tiga.
  6. Boleh beli tiket keretapi online di https://dticket.railway.co.th
  7. Saya beli simkad kat airport Don Mueang 249 baht kalau tak silap. Untuk 7 hari, malas nak bayar mahal-mahal.
  8. BTS Ratchatewi dekat dengan masjid dan halal food tapi malam sendu. Kalau nak meriah, boleh duduk kat Pratunam kot.

Kena Tahu Perkara Ini Bila Travel Secara Solo Ke Bangkok, Khas Buat 1st Timer! Kena Tahu Perkara Ini Bila Travel Secara Solo Ke Bangkok, Khas Buat 1st Timer! Kena Tahu Perkara Ini Bila Travel Secara Solo Ke Bangkok, Khas Buat 1st Timer!

Kredit: Atika Ramlan

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI