Baru-baru ini, pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin mengikat tali pertunangan bersama bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada 26 Mac, semalam
Berita baik ini diumumkan sendiri oleh Yew Sin bersama Aya menerusi Instagram pada pagi tadi dan mereka berkongsi kegembiraan berhubung ikatan pertunangan tersebut kepada para peminat.
“Dia (Ohori) bersetuju (menerima lamaran). Kami tidak boleh lebih gembira untuk berkongsi ini dengan dunia. Berbeza kewarganegaraan, berbeza budaya, dan berbeza cara hidup”
Ads
“Kami belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima gaya hidup masing-masing serta memahami budaya satu sama lain sepanjang tahun-tahun ini walaupun kami masih selalu bergaduh,” tulisnya dalam perkongsian yang sama.
Sebelum ini, perkembangan hubungan percintaan Yew Sin dan Aya sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat badminton tanah air selepas kedua-duanya kerap dilihat meluangkan masa secara bersama selain kelihatan mesra apabila berbual.
Ads
Dalam pada itu, pasangan itu turut menerima ucapan tahniah daripada peminat serta ‘otai-otai’ badminton seperti Datuk Lee Chong Wei serta mendoakan mereka di atas pertunangan itu.
Ads
Sekadar info, Ong Yew Sin (30) merupakan gandingan Teo Ee Yi, di mana mereka memenangi pingat perak Kejohanan Badminton Asia pada 2023 dan pingat gangsa Kejohanan Dunia pada 2021. Manakala, Aya Ohori (28) mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton pada penghujung tahun lalu, di mana dia ketika itu sedang menduduki ranking ketujuh dunia.
Kami di Remaja mengucapkan tahniah kepada Yew Sin dan Aya, semoga berbahagia selalu dan dipermudahkan urusan perkahwinan nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan dibuang lebihan roti, sebaliknya ubahlah ia menjadi pizza ‘homemade’!
Resipi homemade pizza semudah ABC hanya menggunakan roti sahaja sebagai bahan utama bagi menggantikan doh dan hasilnya memang lebih sedap dari pizza yang biasa kita beli di luar.
Apa paling penting ada niat dan sifat rajin untuk membuatnya bagi menambat hati suami sepanjang ramadan dan PKP. Barulah boleh mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain.
Sebut je restoran fast food, daripada budak kecil hinggalah ke orang dewasa memang ramai yang gemar menikmati hidangan makanan segera ni.
Kehidupan yang serba moden mendorong lebih ramai individu untuk mendapatkan keperluan dengan segera tanpa perlu membuang masa dan tenaga. Makanan segera antara yang diminati oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia.
Gambar hiasan
Walaupun sudah dimomokkan dengan keburukan-keburukan mengambil makanan segera, masih ramai yang tidak peduli dan tetap memilih untuk terus menikmati segala promosi hebat yang ditawarkan.
Namun begitu, di sini Brightside telah berkongsi helah-helah yang digunakan oleh restoran fast food ini dan lebih baik jika anda tidak mengambil makanan segera ini dengan terlalu banyak.
Jom semak 10 rahsia yang selama ini mungkin korang tidak tahu tentang service yang disediakan oleh restoran fast food.
1. Waktu terbaik
Waktu yang paling tepat untuk pergi ke restoran fast food adalah semasa ‘peak hour’ (di antara jam 11 pagi – 1 tengah hari dan 6 petang – 8 malam).
Ya, memang sukar untuk mendapatkan tempat pada waktu busy tetapi ini adalah masanya di mana makanan segar sedang disajikan.
2. Sekiranya korang mahukan french fries yang segar, order tanpa garam
Setiap french fries yang telah digoreng akan dicampur dengan garam dan jika korang minta fries tanpa garam, mereka terpaksa menyediakannya semula.
Jadi tidak timbul isu anda dapat french fries yang sudah lama dimasak dan tidak segar.
3. Bauan dari dapur adalah strategi pemasaran
Pergi saja ke mana-mana restoran fast food, pasti aromanya terhidu hingga ke luar pintu. Hal ini terjadi kerana restoran tersebut ingin memastikan bau-bauan makanan yang enak dihidu oleh orang-orang luar, sekali gus menarik mereka untuk menikmati makanan yang disajikan.
Gambar hiasan
4. Minuman soda lebih murah
Kalau korang perasan, minuman soda yang terdapat di restoran-restoran fast food ni jauh lebih murah daripada minuman berkafein contohnya. Ini kerana minuman soda dapat merangsang selera makan.
Jadi, mereka mahu orang ramai membeli lebih banyak minuman soda supaya korang membeli produk mereka lagi dan lagi.
5. French fries mengandungi 19 jenis ramuan
Nak tahu kenapa kentang goreng tu berhantu sedapnya? Ada lebih kurang 19 ramuan yang digunakan dan kentang adalah sebagai bahan asas. 18 bahan lain termasuk lemak, additives dan penambah rasa.
Gambar hiasan
6. Jangan pergi awal sewaktu restoran dibuka
Memang kalau pada awal pagi orang tak ramai tetapi pada waktu ini, mereka membersihkan peralatan dapur dengan bahan kimia yang kuat dan boleh meninggalkan kesan pada peralatan dapur yang lain.
7. Lebih berkalori daripada 30 tahun lepas
Kalau dah macam-macam menu lazat yang ditawarkan, pastinya ia lebih berkalori berbanding dulu.
Sebagai contoh, cheeseburger mengandungi 75 peratus kalori berbanding tahun 1980-an. 20 tahun lalu, kalau french fries adalah dua kali lebih rendah berbanding sekarang dan pizza mempunyai kalori sebanyak 70 peratus.
8. Kandungan gula dalam milkshake lebih tiga kali ganda
Keperluan harian pengambilan gula adalah sekitar 1 hingga 2 oz, sementara satu hidangan milkshake mengandungi sekitar 3 oz gula.
Belum lagi makanan manis yang diambil dalam satu hari tu. Cuba bayangkan berapa banyak kandungan gula yang dah korang ambil?
Gambar hiasan
9. Semua lebih sedap bila makan guna tangan
Korang tahu tak kenapa sudu dan garpu tidak disediakan di restoran fast food? Semuanya kerana apabila seseorang itu makan menggunakan tangan, ia lebih menambah selera dan akibatnya, korang akan makan dengan lebih banyak.
Hm, patutlah sampai menjilat jari kan?
10. Mesin minuman soda tidak bersih
Mesin air di restoran fast food sukar untuk dicuci. Bayangkan berapa banyak bakteria dan kuman yang ada?
Persekitaran yang ‘manis’ juga membuatkan bakteria-bakteria ini menjadi lebih aktif untuk hidup di kawasan tersebut.
Artikel ini merupakan antara rujukan yang telah dibuat di luar negara. Sama ada ingin terus menikmatinya atau tidak, semuanya terletak di tangan korang.
Serangan jantung tidak mengenal usia pada masa kini, golongan muda dan remaja juga tidak terlepas dengan penyakit pembunuh dalam diam ini.
Bagi menyihatkan jantung supaya dapat terus mengepam darah dengan lancar ke seluruh badan, perlulah mengisi badan dengan makanan yang berkhasiat. Makan secara sihat boleh membantu mengekalkan paras kolesterol. Berikut adalah senarai makanan yang baik untuk kesihatan jantung anda.
Oat dan barli mengandungi serat yang mudah dihadam dipanggil beta-glucan. Serat ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan jantung dan badan. Beta-glukan mengikat asid hempedu dan kolesterol dalam usus dan menghalang penyerapannya dalam badan.
Jadi, jika anda disahkan menghidap kolestrol tinggi, sangat digalakkan anda makan oatmeal atau oatmeal untuk sarapan pagi setiap hari.Anda juga boleh menemui serat beta-glukan dalam rumpai laut dan jenis cendawan seperti reishi, shiitake dan maitake.
Salmon
Salmon dan ikan tinggi lemak lain seperti tuna albacore, makarel, herring, sardin dan trout tasik adalah makanan yang bagus untuk dimakan kerana ia boleh menyokong kesihatan jantung. Ini kerana ikan ini mengandungi omega-3, khususnya LC-omega-3, yang terdiri daripada asid eicosapentaenoic (EPA), asid docosapentaenoic (DPA), dan asid docosahexaenoic (DHA).
LC Omega-3 telah terbukti secara klinikal dapat mencegah serangan jantung dengan membantu mengekalkan irama jantung. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa bahan ini membantu mencegah pembekuan darah, menurunkan tekanan darah, mengekalkan saluran darah yang sihat dan mencegah penyempitan, menurunkan trigliserida, dan mengurangkan keradangan.
Selain ikan, anda juga boleh mendapatkan asid lemak omega-3 dengan memakan udang galah, tiram, dan sotong.
Sayuran Berwarna Hijau Tua
Sayuran hijau kaya dengan vitamin A, C, E dan K serta antioksidan yang membantu menghilangkan toksin dari badan. Tetapi sayur-sayuran hijau juga tinggi dalam kalsium, magnesium, dan kalium, jadi ia boleh menyokong kesihatan jantung.
Kalium boleh membantu mengehadkan kesan natrium pada tekanan darah. Sementara itu, magnesium dan kalsium membantu mengendurkan dinding saluran darah, yang meningkatkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah.Jangan lupa sayur-sayuran hijau ini juga tinggi serat, yang membantu menurunkan paras kolesterol.
Diharap agar perkongsian ini dapat memberikan sedikit penjelasan dan informasi untuk korang menjaga kesihatan jantung kita.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!