Momen konvokesyen pastinya menjadi antara detik paling bermakna buat setiap mahasiswa selepas bertahun-tahun berhempas-pulas menuntut ilmu. Namun, bagi tiga beradik kembar tiga ini, detik tersebut menjadi lebih istimewa apabila dapat diraikan bersama-sama.
Tidak pernah berpisah sejak kecil, tiga beradik kembar ini melakar kenangan manis apabila berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang sempena Upacara Konvokesyen Ke-64 Universiti Sains Malaysia (USM) pada Khamis.
Kembar sulung, Mohamed Azmin, 26, bersama dua adiknya, Mohamed Azwan dan Mohamed Azrul, masing-masing berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50, 3.61 dan 3.51.
Ketiga-tiga mereka merupakan graduan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan yang mengikuti pengajian dalam bidang major Antropologi dan Sosiologi serta minor Psikologi.
Kembar Tiga Dilahirkan Selang Seminit, Kini Terima Ijazah Berturutan
Menariknya, menurut Azmin, mereka dilahirkan dengan jarak hanya seminit antara satu sama lain, bermula dengan dirinya pada jam 9.11 pagi, diikuti Azwan pada 9.12 pagi dan Azrul pada 9.13 pagi.
Selepas 26 tahun membesar bersama, ketiga-tiga beradik itu sekali lagi mencipta kenangan istimewa apabila berpeluang menaiki pentas konvokesyen dan menerima ijazah masing-masing secara berturutan.
Pastinya, detik menyarungkan jubah graduasi dan menggenggam segulung ijazah bersama menjadi satu kebanggaan bukan sahaja buat mereka, malah buat kedua-dua ibu bapa.
Ads
Mengimbas kembali pengalaman sepanjang bergelar mahasiswa, Azmin berkata persamaan wajah antara mereka adakalanya menyebabkan pensyarah dan rakan sekuliah keliru untuk membezakan ketiga-tiga beradik itu.
Malah, mereka juga pernah memberikan respons apabila dipanggil menggunakan nama salah seorang daripada tiga beradik berkenaan.
Ads
Di sebalik pengalaman mencuit hati itu, kembar tiga ini turut menjadikan hubungan akrab sebagai satu kelebihan dalam pengajian.
Mereka sering menghabiskan masa belajar bersama-sama menerusi sesi perbincangan bagi membantu satu sama lain memahami subjek yang dipelajari.
Bukan Sekadar Kongsi Wajah, Malah Cita-Cita
Lebih istimewa, ketiga-tiga beradik ini bukan sahaja berkongsi tarikh lahir, wajah seiras dan bidang pengajian, malah turut mempunyai cita-cita yang sama untuk bergelar pendidik.
Anak kepada pasangan Dawlath Mohamed Ahmad, 61, seorang bekas guru tuisyen, dan Nasirabanu S Inayadulla, 57, itu turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Ads
Kejayaan menggenggam ijazah bersama ini pastinya menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus mengejar impian dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Kisah kembar tiga ini juga membuktikan betapa indahnya sebuah perjalanan apabila kejayaan dapat dikecapi bersama insan tersayang.
Sumber : Harian Metro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut sahaja ‘lipas’, mungkin ramai yang sudah berasa ngeri dan geli, lebih-lebih lagi jika serangga itu berterbangan di sekeliling. Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas dan 30 daripadanya dikaitkan dengan tempat tinggal manusia.
Nah, untuk korang yang fobia sangat dengan serangga bernama lipas ni, ini ada 8 fakta yang dikongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin dilaman twitter yang pastinya buat korang lebih terkejut. Hiks!
Jom kita check it out!
1. Lipas boleh meleperkan badannya
Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja. Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.
2. Boleh menukar kelajuan ketika berlari
Lipas mampu menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan mengurangkan rintangan dan membolehkan ia berlari sepantas 320km/j.
Foto: pestcontrol.basf.co.za
3. Mampu hidup tanpa kepala
Lipas mampu hidup sehingga dua hingga tiga minggu setelah kepalanya terputus. Mereka boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan tetapi akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.
4. Lipas hidup dalam berkumpulan
Lipas hidup secara berkumpulan tetapi tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkumpul.
5. Ada lipas boleh melompat
Ramai orang takut kepada lipas terbang, tapi mungkin ramai yang akan lebih takut kepada lipas melompat. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang. Mereka lincah melompat dan tidak suka duduk diam.
Serangga omnivor ini makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Namun begitu, gigitan ini tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengkin dan labah-labah.
7. Lipas masuk telinga
Situasi ini yang selalu kita dengar bila lipas masuk ke telinga. Tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian lipas. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.
Jadi, hati-hati ya guys.
8. Lipas makanan eksotik
Di negara China, lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana, lipas juga dimakan sebagai snek.
Ha, mesti ramai yang baru tahu fakta-fakta tentang ‘musuh’ orang ramai ni kan? Apa lagi guys, share la dengan kawan korang yg takut lipas tu. Hehe!
Saban tahun, setiap kali tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina; salah satu lokasi yang akan menjadi tumpuan orang ramai ialah Pavilion Kuala Lumpur.
Mana tidaknya, pada tahun lalu ramai yang teruja dengan kemunculan ‘lembu emas’ penuh realistik pada skrin LED Elite yang terletak di atas butik COACH.
Pada tahun ini pula, Pavilion muncul semula dengan satu lagi persembahan animasi tiga dimensi bertemakan haiwan dalam kalendar masyarakat Cina bagi tahun 2022 dan ia adalah dalam bentuk harimau mengaum!
Orang ramai nyata tidak sabar untuk melihat sendiri kelibat ‘harimau’ tersebut yang mula dipersembahkan sejak beberapa hari lalu sehinggalah ke bulan Februari kelak.
Bertemakan The Year We Roar Together atau ‘Tahun Di Mana Kita Mengaum Bersama’, terdapat beberapa lagi aktiviti yang ada disediakan di dalam pusat membeli-belah tersebut seperti booth di mana pengunjung boleh menarik kad nasib mereka dan beberapa lagi aktiviti interaktif yang terletak di aras 3 Connection.
Sedikit info yang ingin REMAJA kongsikan mengenai individu yang lahir pada tahun harimau ini adalah mengenai karakter diri mereka. Sekiranya korang mengenali sesiapa yang dilahirkan pada tahun seperti 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998 an 2010, mereka ini selalunya sinonim dengan sifat berani, berdaya saing, sukar untuk diramal (unpredictable), yakin diri dan sentiasa mempamerkan diri yang bersedia berdepan dengan apa-apa cabaran yang mendatang.
Namun, individu yang lain pada tahun harimau juga tidaklah sentiasa sempurna apabila mereka ini kadangkala boleh bersifat kurang sabar, sedikit agresif dan tidak mudah duduk diam kerana rasa cemas (anxiety).
So guys, jangan terlepas untuk menyaksikan persembahan animasi tiga dimensi di Pavilion KL ini sehingga perayaan Tahun Baru Cina. Tapi ingat! Pastikan korang sentiasa menjaga SOP seperti yang ditetapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5. Cuba hirup wap air melalui hidung sebelum tidur atau letakkan tuala yang dicelup air hangat dan hirup wapnya bagi menghilangkan lendir penyebab hidung tersumbat.
6. Kupas, bersihkan dan hiris halus dua ruas kunyit hidup. Kemudian masukkan hirisan kunyit tersebut ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati. Amalkan minum setiap kali sebelum tidur
Pengacara dan personaliti media sosial RARETV, Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA, dilaporkan meninggal dunia di Muscat, Oman pada Khamis selepas mengalami...