Setelah dua malam berturut-turut keluhan lantang didengari daripada pihak calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 setelah mendapati jadual peperiksaan yang harus mereka hadapi pada bulan Februari tahun hadapan terlalu ketat, hari ini Kementarian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan jadual baharu SPM dalam tempoh terdekat.
Tinjauan REMAJA di media sosial sejak hujung minggu lalu mendapati ramai yang tidak berpuas hati dengan jadual peperiksaan yang meletakkan beberapa subjek kritikal secara berturutan tanpa membiarkan sedikit ruang untuk pelajar benar-benar melakukan persiapan saat terakhir dengan selesa.
Malah, mereka turut mengkritik tarikh peperiksaan yang jatuh pada hari Jumaat dan Ahad menurut paparan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Ads
Ini termasuklah subjek Princip Perakaunan Kerta 1, 2 dan 4 serta subjek Al-Adab wa Al-Balaghah yang dijadualkan pada hari Ahad, 6 Mac. Subjek lain seperti Pendidikan Seni Visual – Ujian Melukis, Pendidikan Muzik dan Reka Cipta juga pada awalnya dijadualkan berlangsung juga pada hari Ahad, 13 Mac.
Sementara itu, subjek seperti Bahasa Cina, Bahasa Iban, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Semai, Bahasa Arab, Al-Luhhah Al-Arabiah Al-Mu’asirah dan Turath Bahasa Arab pula jatuh pada hari Jumaat, 18 Mac.
Oleh kerana subjek-subjek ini jatuh pada hari cuti mingguan (Jumaat atau Ahad mengikut negeri), maka ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana situasi tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.
Ads
Lalu menerusi hantaran video di Facebook hari ini, Menteri Pendidikan iaitu Datuk Dr Radzi Jidin bekata beliau sudahpun mengadakan perbincangan dengan pihak LPM dan Pengurusan Tertinggi KPM dengan mengambil kira semua pandangan yang diberikan sama ada dari ibu bapa mahupun pelajar. Malah, pandangan pihak guru yang perlu bertugas sebagai pengawas peperiksaan juga diambil kira.
Ads
“InsyaAllah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan Peperiksaan SPM 2021 dalam masa terdekat,” jelasnya.
Terdahulu, isu jadual peperiksaan SPM 2021 ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Murad Zaidi bukanlah asing lagi dalam dunia kecergasan di Malaysia. Anak muda berusia 34 tahun kini memulakan bisnesnya sejak usia 20-an lagi. Klien yang mendapatkan khidmatnya bukanlah calang-calang orang. Barisan VVIP, VIP sehinggalah selebriti ternama mendapatkan khidmatnya dalam merencana jalur kecergasan mereka. Remaja sempat menemubual Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Exclusive Fitness & XFI Sdn Bhd ini tentang kisah kemerdekaannya.
Sempena dengan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 tahun. Apakah pengertian kemerdekaan bagi anda?
Bagi saya, kemerdekaan adalah bermaksud kebebasan. Kebebasan menjalani kehidupan anda denganpotensi dan kemampuan diri yang sepenuhnya. Untuk menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, anda harus sihat.
Dan selalu dikatakan minda yang cerdas berasal daripada badan yang sihat. Tidak ada gunanya memiliki semua kekayaan di dunia ini jika anda tidak dikurniakan kesihatan yang baik. Terutamanya ketika pandemik ini, kesihatan adalah kunci segalanya. Jadi bagi saya, “kebebasan” adalah mempunyai kehidupan anda sendiri, kebebasan kesihatan.
Mengapakah pentingnya bagi anak muda ketika ini untuk mendalami erti kemerdekaan yang sebenar, terutamanya ketika negara dilanda Pandemik Covid-19?
Adalah penting bagi anak muda, para belia untuk belajar berdikari kerana seperti yang anda lihat, kita hidup dalam zaman yang berbeza sekarang. Semuanya perlu berdikari. Ketika kita sedang menjalani kuarantin, anda harus belajar untuk berdikari. Anda harus belajar untuk menggunakan segala sumber yang anda peroleh untuk maju ke hadapan.
Anda harus belajar menyesuaikan diri untuk terus maju. Kehidupan adalah mengenai evolusi. Anda harus terus berkembang untuk maju. Pada masa sekarang, semua orang bekerja dirumah, jadi kita melakukan semuanya dari rumah dan melakukannya daripada kemampuan kita sendiri. Jika kita tidak meningkatkan tahap kemampuan diri, kita tidak akan dapat mengetahui potensi sebenar diri kita. Oleh itu, ianya sangat mustahak untuk memastikan para remaja untuk memahami hal ini dan memanfaatkan sepenuhnya kemahiran yang mereka miliki.
Joe Flizzow antara selebriti yang mendapatkan khidmat Murad
Sebagai seorang pengusaha gimnasium dan pusat kecergasan, bagaimana anda mengharungi cabaran sepanjang Covid-19 melanda negara?
Secara semula jadinya, saya berjuang menghadapi cabaran dan saya memerlukan cabaran. Saya percayakepada rintangan. Tanpa cabaran, tanpa rintangan, tidak akan ada perkembangan. Bagi saya, pandemik ini telah memberi saya peluang untuk benar-benar berkembang dan memaksimakan potensi sebenar saya. Oleh itu, sebagai “High Performance Specialist”, saya danpasukan mengambil inisiatif untuk menggunakan seluruh platform secara maya, jadi kami telah menyediakan program maya seperti “Workout of The Day” pada setiap hari yang dapat memberi faedah kepada orang ramai, kami juga membuat sesi QnA secara “Live” di social media, meluangkan masa untuk menjawab soalan orang ramai terutamanya mengenai kesihatan mental dan fizikal.
Matlamat kami adalah untuk memberi kebebasan kepada semua orang, untuk benar-benar sihat, kuat dan cergas tidak semestinya perlu menghabiskan jumlah wang yang banyak. Saya mahu semua sedar bahawa kita boleh cergas, sihat dan kuat mengikut keselesaan dan dari kediaman kita sendiri. Oleh itu, saya melihat keseluruhan pandemik ini sebagai peluang untuk saya berkembang dan berfikir di luar kotak . Oleh itu, kami telah melakukan banyak perkara dan telah mencapai banyak kejayaan yang tinggi jadi kita mesti sentiasa kreatif. Pada akhirnya, anda boleh menjadi sebahagian daripada masalah atau anda boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian, dan kami hanya memilih untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian.
Apakah khidmat yang ditawarkan gimnasium dan pusat kecergasan anda sepanjang ‘lockdown’ berlaku? Semasa “lockdown’, kami tidak dibenarkan beroperasi. Tetapi kami telah mengambil langkah untuk kebaikan orang ramai. Jadi apa yang telah kami lakukan adalah seperti yang saya katakan tadi, dengan menyediakan video bersenam di social media, video langsung (live) yang akan disiarkan pada setiap hari oleh jurulatih yang berkelayakan dan menjawab QnA bagi membantu orang ramai di seluruh negara menjalani kehidupanyang sihat dan bagaimana untuk berlatih di rumah tanpa menggunakan peralatan. Ini adalah sesuatu yangkami banggakan dan dengan itu, kami juga menawarkan perkhidmatan latihan secara peribadi.
Bukan itu sahaja, jika ada yang menginginkan sesuatu yang lebih maju, lebih terperinci, mereka dapat berinteraksi dengan pelatih dan dapat berlatih secara maya, melalui telefon, melalui video call dan sebagainya. Oleh itu,inilah yang telah kami lakukan semasa “lockdown” ini. Kami memang memberikan video bersenam percuma setiap hari, tetapi bagi sesiapa yang ingin membawanya ke tahap yang seterusnya, yang benar-benar ingin memaksimumkan hasilnya dan mengambil sepenuh peluang semasa “lockdown” ini, mereka boleh menyertai latihan peribadi. Latihan peribadi maya. Pada masa ini, ini lah perkara yang kami fokuskan.
Sumber foto: Koleksi peribadi Murad Zaidi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagenda skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David, terus mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Duta Pendidikan ITA (Institut Teknologi Antarabangsa)
Dalam majlis pelantikan yang berlangsung di ibu negara, Nicol David menzahirkan rasa terharu dan teruja untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan, yang mana menurutnya penting dalam membentuk masa depan anak muda.
Nicol menyatakan bahawa beliau berharap pelantikannya sebagai duta akan memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk mengejar ilmu pengetahuan, selain daripada mencapai impian mereka dalam pelbagai bidang.
BEKAS ratu skuasy tanah air, Datuk Nicol Ann David mengharumkan nama Malaysia
“Sebagai seorang atlet, saya tahu betapa pentingnya disiplin, usaha gigih, dan kepercayaan kepada diri sendiri. Elemen-elemen ini bukan sahaja penting dalam sukan, tetapi juga dalam pendidikan dan kehidupan seharian,” ujar Nicol ketika ditemubual oleh pihak media.
Beliau turut menekankan betapa pentingnya memupuk minat dalam bidang teknologi di kalangan generasi muda.
“Dengan perkembangan pesat teknologi hari ini, kita perlu mempersiapkan generasi akan datang untuk menghadapi cabaran dunia yang semakin berubah. Saya berharap dengan kerjasama saya bersama ITA, saya dapat membantu pelajar memahami kepentingan pendidikan teknologi dan bagaimana ia dapat memberi kesan positif dalam kehidupan mereka,” tambahnya lagi.
Dengan rekod cemerlang dan komitmen beliau dalam memperkasa generasi muda, Nicol dijangka akan terus membawa impak besar dalam usaha memajukan bidang pendidikan dan teknologi.
Untuk info, ITA merupakan sebuah institusi terkemuka yang menumpukan kepada bidang teknologi dan inovasi, dengan matlamat untuk menyediakan platform pendidikan bertaraf dunia kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seorang bapa meluahkan rasa syukur apabila putera sulungnya yang baru berusia 12 tahun sudah pandai berdikari dalam menyediakan bekalan sendiri untuk dibawa ke sekolah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @amyzana, dapat dilihat anak lelakinya itu yang lengkap memakai baju sukan sekolah sedang menyediakan nasi goreng sebelum berangkat ke sekolah.
Dalam perkongsian sama, bapa remaja itu turut memberitahu anaknya bercita-cita untuk berjaya seperti usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming kelak.
“6.40 pagi nak bujang tengah memasak sebelum pergi ke sekolah. Si along ni ni baru darjah enam, alhamdulilah dia dah pandai berdikari.
“Tak ada lah bapanya risau sangat, katanya nak jadi macam Khairul Aming,” coretnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa kagum dengan kerajinan serta kemahirannya memasak nasi goreng walaupun usianya baru sahaja 12 tahun.
Selain, ramai juga yang memuji ibu bapa remaja berkenaan yang pandai dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan berguna dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.
“Anak yang hebat.. Sussah nak jmpa budak sekarang pandai masak.. Biasa sibuk dengan gajet sahaja.. Tahniah adik serta ibu bapa yang mendidik anaknya,” komen pengguna TikTok.
“Alahai anak… moga kamu jadi contoh terbaik buat adik-adik…moga berjaya dunia akhirat ya… hebat mak ayah kamu,” tulis seorang lain.
“MasyaAllah… bagus didikan orang tuanya ini… saya nak suruh anak sendiri masak, tapi anak ada tak ada…” komen lagi seorang pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini memilih untuk tidak melatah apabila namanya dikaitkan dengan kontroversi tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta yang difailkan oleh...