“Saya melalui pengalaman yang benar-benar sukar selama beberapa tahun, dan pada musim pertama (The Kelly Clarkson Talkshow) saya sukar menerima diri sendiri tanpa penonton mengetahuinya..”
Begitulah luahan hati penyanyi dan pengacara terkenal, Kelly Clarkson berhubung pergelutannya dengan faktor kesihatan serta berat badan beberapa tahun kebelakangan ini.
Juara sulung program realiti American Idol itu bagaimanapun bersyukur setelah episod berat badan yang hampir mengganggu gugat kesihatannya itu telah berakhir setelah beliau memutuskan untuk berubah secara konsisten.
Kelly Clarkson sewaktu menyampaikan anugerah Pelakon Terbaik Drama kepada Zendaya di Anugerah Emmy 2021.
“Saya diberitahu oleh doktor yang saya berdepan simptom prediabetic. Jujurnya, saya tidak terkejut kerana saya tahu berat badan saya sedikit terlebih. Tetapi mereka yang terkejut. Mereka kata saya berada pada garisan ‘borderline’.
“Barulah selepas itu, saya nekad untuk berubah,” katanya.
Kongsi Kelly, 41 kepada PEOPLE ketika ditemui di karpet merah anugerah Grammy 2024, beliau nekad untuk memulakan hidup baharu. Ia demi memastikan kesihatan mentalnya dan dua orang anaknya – River Rose, 9 & Remington Alexander, 7 – terus kekal positif.
Kelly bersama anak lelakinya, Remington Alexander di karpet merah Anugerah Grammy 2024.
“Saya tidak mahukan perubahan ekstrem. Saya hanya mengambil campuran makanan sihat. Saya turun berat badan kerana saya mula mendengar nasihat doktor saya – (sesuatu yang) saya tidak lakukan selama beberapa tahun.
Ads
“90 peratus daripada masa saya pada setiap hari akan saya tunaikan diet tersebut kerana ia adalah jenis diet protein. Ia amat bagus untuk bentuk badan seperti saya.
“Lagipun, saya berasal dari Texas jadi saya sukakan daging – maaf kepada kesemua vegetarian di luar sana!” selorohnya.
Sebelum – 2021.Selepas – 2024.
Memasuki musim kelima The Kelly Clarkson Talk Show, pelantun lagu Since You Been Gone itu merasakan ia adalah musim kegemarannya setakat ini.
Ini setelah dia mula merasakan perubahan pada gaya hidupnya itu memberi kesan kepada dirinya dan keluarga. Bukan sekadar kerana berat badannya menurun sebanyak 17 kg sekaligus menukar bentuk badannya.
Sebaliknya, Kelly merasakan dia lebih gembira apabila melihat anak-anaknya gembira dengan lokasi kediaman baharu mereka di New York.
“Saya tahu, industri (seni hiburan) ini cintakan kisah kehilangan berat badan, tetapi bagi saya kegembiraan ini bukan hanya disebabkan itu.
“Menjadi kurus tidak semestinya membuatkan saya lebih yakin, dan menjadi kurus juga tidak semestinya menjamin saya mendapat kerja.”
“Saya mendapat tempat sebagai juri di program televisyen nombor satu (The Voice) semasa berat badan mencanak naik akibat baru selepas bersalin. Mereka tidak kisah (dengan isu berat badan untuk melantiknya sebagai juri).
“Mereka sukakan saya kerana saya raw, saya real. Ia tiada kena-mengena dengan tarikan seksual atau rupa luaran saya. Ia disebabkan personaliti saya,” kata Kelly.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita gembira buat rakyat Malaysia secara amnya memandangkan kebanyakan daripada gaya hidup kita sekarang dilakukan secara cashless.
Mengorak selangkah ke hadapan, Touch ‘n Go kini berkongsi perkembangan terkini di mana kad versi baharu yang mempunyai teknologi NFC terbina akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi. Sekaligus ia membolehkan orang ramai menambah nilai kad mereka secara terus menerusi aplikasi mudah alih Touch ‘n Go e-Wallet melalui telefon pintar.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengatasi aduan ramai yang inginkan kemudahan tambah-nilai tanpa perlu ke kiosk khas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong mengatakan Touch ‘n Go yang berada di edaran sejak 20 tahun lalu tidak mempunyai keupayaan untuk menambah nilai terus kad daripada e-Wallet kerana memerlukan pembaca kad khusus untuk benar-benar melakukan transaksi atas sebab-sebab keselamatan.
Foto: Touch n Go
Malah, dalam satu ciapan balas yang dikongsikan oleh akaun Twitter @MyTouchnGo, Touch ‘n Go menyatakan akan mengemaskini info semasa mengenai kad baharu tersebut melalui laman web mereka dari semasa ke semasa.
Ciri seperti ini sedia digunakan oleh beberapa penyedia, termasuk EZ-Link di Singapura. Selain itu, Touch ’n Go juga menyasarkan pengenalan kad prabayar Visa yang dipautkan dengan dompet-digital TNG eWallet pada tahun ini.
Dengan cara ini tidak dinafikan ia memudahkan pengguna jalan raya dan kuranglah berlaku kesesakan sekiranya kad touch n go mereka tidak mempunyai baki yang mencukupi. Ini penulis suka sebab penulis sejenis cashless. hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Remaja sempat ‘bertandang’ di majlis sambutan ulang tahun yang ketiga akhbar SinarPlus, yang bertempat di District 21, IoI Mall City Putrajaya.
Meraikan ulang tahun berbentuk santai, SinarPlus yang merupakan sisipan segmen gaya hidup akhbar Sinar Ahad yang juga berbentuk portal memfokuskan tentang kehidupan khususnya wanita dan keluarga itu meraikan bersama-sama krew dan lebih 100 orang pembaca.
Bertemakan ‘Live Your Life’, sambutan yang bermula seawal 9 pagi itu turut hadiri Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli, Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin dan Timbalan Pengarah Urusan iOiCiTY Mall, Wilfred Wong.
Tidak lupa juga Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian, Meen Tahrin yang menzahirkan perasaan teruja melihat sambutan luar biasa oleh para pembaca dan krew, semalam.
“Ini ulang tahun ketiga namun ia kali pertama kami menyambutnya di luar. Saya sangat teruja melihat para pemenang peraduan Live Your Life yang kami anjurkan Februari lalu aktif dan bertenaga hadir di District 21 ini.
“Sesuai dengan lifestyle masa kini yang aktif, agresif dan berani mencuba. Semua all out, mereka teruja mengambil bahagian,” katanya.
Bukan sekadar ‘majlis’ sambutan, aktiviti menarik juga tersedia buat para peserta mencabar diri termasuk The Maze, Stak Cube, Free Fall, Tubby Ride dan Balancing Board serta Shooting Ball.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan yang keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh disemak pada 10 Jun 2021, iaitu Khamis hadapan.
Beliau membuat pengumuman tersebut melalui satu perkongsian video pendek di laman Facebook miliknya pada hari ini..
Sumber: News Straits Times
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang calon sekolah dan calon persendirian boleh menyemak keputusan mereka bermula jam 10 pagi melalui dua kaedah.
Kaedah dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan keputusan penuh.
Menerusi perkhidmatan SMS dengan untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan hanya menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886.
Kesemua perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 10 Jun 2021 sehingga jam 6 petang pada 17 Jun 2021.
Walaupun begitu, buat calon yang tidak mempunyai akses kepada Internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai kepada mereka untuk mendapatkan keputusan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!