PayDirect merupakan cara mudah membayar tol menggunakan Touch n Go eWallet, dimana walaupun masih menggunakan kad Touch n Go fizikal, baki tidak ditolak daripada kad fizikal, sebaliknya baki di dalam ewallet yang digunakan untuk membayar tol.
Dengan menggunakan PayDirect ini, korang boleh menyemak baki masa nyata, serta membuat tambah nilai eWallet secara dalam talian.
Sistem PayDirect iaitu kad Touch n Go yang didaftarkan dengan e-wallet dan boleh dibuat tambah nilai menerusi aplikasi e-wallet yang hanya boleh digunakan di lebuh raya berikut:
Lebuh raya Sistem Tol Tertutup (masuk plaza tol dan bayar di plaza tol keluar)
Bagi sistem RFID pula, semua pengguna lebuh raya yang telah mempunyai tag RFID dan menggunakan RFID, korang boleh menggunakan aplikasi e-wallet Touch n Go bagi tujuan tambah nilai di seluruh lebuh raya di Malaysia.
Dengan cara ini tidak dinafikan ia memudahkan pengguna jalan raya dan kuranglah berlaku kesesakan sekiranya kad touch n go mereka tidak mempunyai baki yang mencukupi.
Adakah kita berbangga memiliki segulung ijazah? Sesetengahnya mungkin bagi jawapan ya dan setengahnya mungkin kata biasa-biasa saja.
Mana lebih penting, ada segulung ijazah tapi biadap? Atau tak ada ijazah pun tapi berakhlak tinggi dan baik budi pekerti?
Pilihan sebenarnya ada di tangan kita. Namun untuk berlaku biadap seolah memperlekehkan kerjaya orang lain, adalah nilai yang tidak baik sama sekali. Akhlak itu tidak dinilai dengan berapa gulung ijazah kita ada tetapi akhlak dinilai sebagai satu nilai baik kita sesama manusia.
Baca tulisan Mohamad Reeza yang sudah mencatat perkongsian 3 K hasil bualannya bersama tukang sapu sampah di universiti. Ternyata ada nilai yang harus anak muda di universiti belajar. Ya mereka bakal menggenggam segulung ijazah tapi tanpa pekerja pembersihan mencuci universiti tempat mereka belajar, sudah tentu mereka akan belajar dalam suasana tidak sihat. Kata orang, semua orang saling memerlukan tak kira apa pun pekerjaan mereka.
Semalam saya pulang awal ke kolej kediaman universiti, memandangkan masih ada urusan yang perlu diselesaikan, walaupun pelajar lain masih bercuti, peperiksaan akhir semester bermula minggu depan. Ketibaan saya disambut oleh polis kampus. Parkir kosong. Blok sunyi.
Pagi tadi selepas pulang dari bersarapan di pekan, saya bertemu dengan kontraktor pembersihan yang sedang menyapu lantai di sekitar koridor blok asrama.
“Awal masuk kerja bang, orang lain cuti lagi”. Saya sapa dengan senyuman. Membuka perbualan.
“Haah dah kerja dik, dari hari ahad lagi”. Beliau hanya mengangkat kepala sedikit tanpa tangannya berhenti menyapu.
Saya senyum. Dikala orang masih cuti beraya, beliau sudah mula bekerja. Saya guna peluang waktu lapang yang ada untuk berbual dan bertanya khabar. Sejujurnya, itulah kali pertama saya sempat berbual dengan beliau. Kebiasaannya hanya sempat memberi salam ketika bertembung hendak ke kelas waktu waktu pagi.
Beliau masih menyapu lantai. Matanya tertumpu pada bulu-bulu penyapu yang bergerak menolak habuk dan sesawang, alat dia mencari rezeki. Saya memandang penuh minat. Minat pada orang yang berhati cekal.
“Bang, selama abang kerja sini, ramai tak pelajar yang ucap terima kasih dekat abang?”. Saya bertanya spontan.
Kali ini tangannya berhenti menyapu. Beliau mengangkat kepala memandang saya. Tampak bibirnya sedikit muncung, tanda jawapan kepada soalan saya. Matanya tersenyum. Saya diam.
“Adik perasan tak ramai pekerja baru?” beliau mengaju soalan pada saya. Saya hanya menggeleng.
“Ramai yang berhenti sebab tak tahan. Kebanyakkan sebab sikap pelajar sendiri”. Beliau membuka cerita. Saya hanya mendengar penuh perhatian.
Dari perkongsian beliau, sepanjang bekerja, hanya dua atau tiga orang pelajar yang menegur atau berterima kasih kepada pekerja kontraktor pembersihan sepertinya jika bertembung. Selebihnya hanya bermasam muka dan cercaan.
Sudah beberapa kali ketika menyapu lantai, pelajar yang lalu berhampiran akan mencampakkan pembalut gula-gula atau tisu ke lantai, isyarat untuk pekerja pembersihan menyapu sampah tersebut.
Ada pelajar yang ketika hendak lalu di koridor yang sedang beliau bekerja, beliau akan berhenti menyapu untuk memberi laluan. Sebaik melepasi beliau, pelajar tersebut berpaling dan meludah ke lantai, dekat dengan penyapu beliau. Pada awalnya beliau ada menegur, namun lama-kelamaan dibiarkan saja. “Masing-masing dah besar dik”, jawab dia ringkas. Bermakna perkara ini bukan baru terjadi. Iya, ini dilakukan oleh pelajar universiti.
Sambung beliau, dua bulan lepas ada kakak yang juga kontraktor pembersihan berhenti bekerja. Kesnya ketika dia sedang menyapu lantai di blok asrama, ada pelajar perempuan meludah dekat dengan dia. Ditegur penuh hemah. Kesannya dia dimaki oleh pelajar tersebut. Iya, pelajar universiti. Perempuan.
Katanya lagi, makian dan cercaan tu sudah biasa. Ada pelajar yang simpan sampah dalam rumah (kolej kediaman seperti apartmen), selepas dua tiga hari baru dikeluarkan. Akibatnya sampah sudah membusuk dan berair. Mereka, pekerja pembersihan yang disalahkan.
Ramai pelajar yang membuang lebihan lauk atau ais ke dalam tong sampah, bukan ke dalam sinki. Bila ais mencair, bercampur dengan lauk dan sisa makanan lain, bau busuk memenuhi blok. Jika ada yang tumpah ke lantai, esok mereka akan dipanggil oleh penyelia asrama, diberi amaran atas aduan pelajar, pekerja pembersihan tak pandai buat kerja.
Saya bertanya pada beliau, siapa pelajar ini?
“Sama je semua dik, Melayu, Cina, India. Baik jahat ni tak tengok bangsa dengan agama, dia atas diri sendiri”. Ringkas jawapan beliau.
“Nak kerja macam ni hati kena kental dik. Kami bukan nak pujian pun, cukup lah kalau orang buat macam kami ni wujud. Beliau sambung bekerja. Saya diam, termenung. Seakan tidak percaya.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula di universiti, institusi pengajian tertinggi dalam negara, tempat para ilmuan dan para sarjana menuntut ilmu. Bagaimana mungkin orang berilmu berperilaku sedemikian? Apa makna pada sijil diploma dan sarjana jika tiada keluhuran budi pekerti dan adab?
Akan datang, pelajar universiti ini akan bercampur dengan masyarakat, jadi cikgu, ketua masyarakat, akan jadi ketua-ketua jabatan, pegawai di pelbagai agensi, bekerja di kementerian, bahkan mungkin ada yang akan jadi menteri. Bagaimana nasib generasi akan datang jika negara ditadbir mereka yang tiada adab?
Kita tidak maju bukan kerana salah parti politik atau para politikus. Tapi kita tidak maju kerana masyarakat masih mempunyai pemikiran yang mundur, jiwanya tidak merdeka, akalnya sempit. Tiada makna segala kemajuan infrastruktur dan ekonomi yang kukuh jika kita masih hidup berkasta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 sedang giat diberikan kepada masyarakat bagi meningkatkan kembali kadar imuniti rendah selepas keberkesanan vaksin semakin menurun.
Dos penggalak dikatakan boleh menjadi benteng ketahanan imuniti badan daripada risiko jangkitan dan penularan COVID-19.
Individu yang layak menerima suntikan dos penggalak COVID-19 disaran untuk mendaftar nama dalam senarai menunggu di pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta.
Antara individu yang diutamakan untuk mendapat dos penggalak adalah seperti berikut:
Petugas barisan hadapan
Individu berusia 40 tahun dan ke atas
Individu berusia 18 dan ke atas yang mempunyai komorbiditi
Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang
Keperluan ke luar negara
Ibu mengandung
Pemberian dos penggalak ini diberikan kepada yang sudah menerima vaksin Pfizer 6 bulan sebelum atau yang menerima vaksin Sinovac 3 bulan sebelum.
Bagaimana untuk mendaftar?
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), syarikat di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pendaftaran untuk senarai menunggu di PPV fasiliti kesihatan swasta di bawahnya adalah percuma dan hanya vaksin Corminaty (Pfizer-BioNTech) diberikan di PPV yang disenaraikan pada masa ini.
Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar bagi mendapatkan dos penggalak COVID-19.
3. Kemudian, isikan ruang ‘Negeri’ dan ‘Bandar’ dan teruskan carian
4. Senarai PPV swasta yang berdaftar akan disenaraikan. Boleh hubungi pusat yang disenaraikan untuk mendaftar. Klinik akan hubungi korang untuk temujanji dos penggalak
Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pempengaruh, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir netizen yang kerap menegur bentuk lehernya dan mengaitkan ia dengan penyakit tiroid.
Menerusi perkongsian di TikTok, Leona memberi amaran bahawa dia akan memberi penjelasan mengenai hal itu sekali sahaja dan berharap netizen di luar sana tidak akan bertanyakan berkenaan hal tersebut kepadanya lagi.
Kata Leona, dia sudah membuat ujian darah sebanyak dua kali dan hasil keputusan tersebut mendapati dia bebas daripada penyakit tiroid.
Tak cukup dengan itu, dia juga telah menjalani pemeriksaan ultrasound di bahagian leher bagi memastikan dia tidak menghidapi penyakit berkenaan.
Ini adalah posting terakhir saya bercakap tentang hal ini. Sejujurnya ia adalah privasi saya, tetapi anda semua tetap komen tentang hal itu.
“Untuk pengetahuan semua, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan, bukan sekali tapi dua kali. Yang pertama saya buat full blood test dan keputusannya clear (tidak menghidap tiroid).
“Namun anda semua masih bercakap tentang hal itu, jadi saya buat ujian itu sekali lagi. Keputusannya ‘clear’, okey? Dan jika itu tidak cukup, saya juga buat ultrasound dan saiz tiroid saya normal dan kecil saja,” katanya.
Tambah Leona lagi, tubuhnya hanya berisi dan tidak sakit seperti yang diperkatakan orang ramai dek kerana bentuk lehernya itu.
“Ia cuma lemak, saya tidak sakit. Ia tisu yang sihat. Saya nak juga beritahu yang mata saya tidak tersembul, ia cuma besar. Saya minta maaf sebab mata saya besar.
“Tolong berhenti komen tentang tiroid saya. Ia sangat menjengkelkan sebab anda buat saya risau tentang kesihatan saya, walhal saya tahu saya sihat.
“Terima kasih sebab prihatin tetapi ia sangat biadap untuk memberi komen mengenai tubuh badan seseorang,” katanya lagi.
Leona
Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan bersimpati dengan nasib Leona yang sering diganggu dengan komen-komen yang menjengkelkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!