Berita gembira buat rakyat Malaysia secara amnya memandangkan kebanyakan daripada gaya hidup kita sekarang dilakukan secara cashless.

Mengorak selangkah ke hadapan, Touch ‘n Go kini berkongsi perkembangan terkini di mana kad versi baharu yang mempunyai teknologi NFC terbina akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi. Sekaligus ia membolehkan orang ramai menambah nilai kad mereka secara terus menerusi aplikasi mudah alih Touch ‘n Go e-Wallet melalui telefon pintar.

Selepas 20 Tahun, Akhirnya Kad Touch ‘n Go Boleh Tambah Nilai Guna Aplikasi ‘TNG e-Wallet’

IKLAN

Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengatasi aduan ramai yang inginkan kemudahan tambah-nilai tanpa perlu ke kiosk khas.

ARTIKEL BERKAITAN : Senarai Laluan Tol Yang Menggunakan Sistem PayDirect Touch n Go, Mudah Untuk Pengguna

IKLAN

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong mengatakan Touch ‘n Go yang berada di edaran sejak 20 tahun lalu tidak mempunyai keupayaan untuk menambah nilai terus kad daripada e-Wallet kerana memerlukan pembaca kad khusus untuk benar-benar melakukan transaksi atas sebab-sebab keselamatan.

Selepas 20 Tahun, Akhirnya Kad Touch ‘n Go Boleh Tambah Nilai Guna Aplikasi ‘TNG e-Wallet’
Foto: Touch n Go

Malah, dalam satu ciapan balas yang dikongsikan oleh akaun Twitter @MyTouchnGo, Touch ‘n Go menyatakan akan mengemaskini info semasa mengenai kad baharu tersebut melalui laman web mereka dari semasa ke semasa.

IKLAN

Ciri seperti ini sedia digunakan oleh beberapa penyedia, termasuk EZ-Link di Singapura. Selain itu, Touch ’n Go juga menyasarkan pengenalan kad prabayar Visa yang dipautkan dengan dompet-digital TNG eWallet pada tahun ini.

Dengan cara ini tidak dinafikan ia memudahkan pengguna jalan raya dan kuranglah berlaku kesesakan sekiranya kad touch n go mereka tidak mempunyai baki yang mencukupi. Ini penulis suka sebab penulis sejenis cashless. hehehe

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI