Semalam, Remaja sempat ‘bertandang’ di majlis sambutan ulang tahun yang ketiga akhbar SinarPlus, yang bertempat di District 21, IoI Mall City Putrajaya.
Meraikan ulang tahun berbentuk santai, SinarPlus yang merupakan sisipan segmen gaya hidup akhbar Sinar Ahad yang juga berbentuk portal memfokuskan tentang kehidupan khususnya wanita dan keluarga itu meraikan bersama-sama krew dan lebih 100 orang pembaca.
Ads
Bertemakan ‘Live Your Life’, sambutan yang bermula seawal 9 pagi itu turut hadiri Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli, Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin dan Timbalan Pengarah Urusan iOiCiTY Mall, Wilfred Wong.
Ads
Tidak lupa juga Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian, Meen Tahrin yang menzahirkan perasaan teruja melihat sambutan luar biasa oleh para pembaca dan krew, semalam.
“Ini ulang tahun ketiga namun ia kali pertama kami menyambutnya di luar. Saya sangat teruja melihat para pemenang peraduan Live Your Life yang kami anjurkan Februari lalu aktif dan bertenaga hadir di District 21 ini.
“Sesuai dengan lifestyle masa kini yang aktif, agresif dan berani mencuba. Semua all out, mereka teruja mengambil bahagian,” katanya.
Bukan sekadar ‘majlis’ sambutan, aktiviti menarik juga tersedia buat para peserta mencabar diri termasuk The Maze, Stak Cube, Free Fall, Tubby Ride dan Balancing Board serta Shooting Ball.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal kira-kira dua minggu sahaja lagi sebelum para peserta Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 mendaftarkan diri.
Sejak perancangan PLKN 3.0 mula disebut-sebut seawal tahun 2020 lagi, ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah format PLKN kali ini dan siapakah yang akan terpilih untuk menyertainya.
Haa, by this time, tentunya sesiapa yang terpilih sudahpun mengetahui status mereka itu. Jika korang merupakan salah seorang daripada, jom lihat empat info mengenainya.
Bagi yang lain, jangan risau. Mungkin giliran korang akan tiba tidak lama lagi. Hehe…
PLKN 3.0 bermula 12 Januari 2025 ini adalah Latihan Percubaan yang membabitkan hanya 200 pelatih lelaki secara sukarela.
Bakal dilangsungkan selama 14 hari sahaja, latihan ini bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur.
02
Bagaimana mereka mendaftarkan diri secara sukarela, you may ask? 200 orang pelatih yang berusia dari lingkungan 18 hingga 20 tahun ini sebenarnya telahpun melalui proses permohonan yang dilakukan di laman sesawang Kementerian Pertahanan, www.mod.gov.my yang telahpun ditutup pada 23 November lalu.
FOMO tak FOMO sekarang? Hehe…
03
Menerusi perlaksanaan Latihan Percubaan, Kementerian Pertahanan boleh memastikan persediaan secukupnya dilakukan sebelum Fasa Pra PLKN diadakan pada Jun atau Julai 2025 diikuti oleh Fasa PLKN Asas bermula April 2026.
Kementerian juga akan menambahbaik modul dan latihan menerusi perlaksanaan Latihan Percubaan, Januari ini.
04
Ketika Fasa Pra PLKN dan Fasa PLKN diadakan, ia akan mempunyai format baharu di mana 30 peratus modulnya berasaskan kenegaraan dan 70 peratus lagi adalah latihan ketenteraan.
Pada waktu berkenaan, PLKN akan dilaksanakan di 13 kem Askar Wataniah, 20 universiti awam dan beberapa politeknik terpilih di seluruh negara.
Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kempen Payudara dan disambut setiap tahun bagi menerangkan kepada golongan wanita betapa pentingkan menjalani pemeriksaan kesihatan bagi pencegahan awal.
Pengarah Urusan Columbia Asia, Dr Chan Boon Kheng baru-baru ini berkata, laporan daftar kanser kebangsaan 2012-2016 menunjukkan peningkatan 11 peratus kes kanser baharu dengan lebih 30 peratus kematian direkodkan berbanding tahun 2007-2011. Malah, penyakit tersebut ketika ini telah menyumbang kira-kira 34.1 peratus daripada keseluruhan penyakit kanser yang dialami wanita di negara ini.
Pengarah Urusan Columbia Asia, Dr Chan Boon Kheng kiri merasmikan Pusat Kanser Hospital Colombia Asia Bukit Rimau
Lebih membimbangkan katanya, kebanyakan kes tersebut hanya boleh dikesan pada tahap ketiga dan ke atas.
Mengambil serius tentang penyakit ini dan bersempena bulan Oktober yang merupakan bulan kesedaran kanser, Hospital Columbia Asia melancarkan pusat kanser pertamanya di cawangan Bukit Rimau di sini yang menawarkan perkhidmatan saringan kanser dan diagnostik, rawatan serta rehabilitasi.
Penerangan pakar tentang fasiliti di Hospital Colombia Asia.
Pusat kanser tersebut turut dilengkapi peralatan serta pakar perubatan berpengalaman yang disokong pasukan radioterapi dan unit kimoterapi. Malah, pembukaan pusat kanser itu diharap memberikan rawatan holistik melalui pencegahan kanser, bimbingan serta sokongan buat pesakit.
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)
Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) ketika mandi merupakan cara yang paling utama dan mudah dilakukan sendiri di rumah. Pemeriksaan ini dapat membantu dalam pengesanan awal tanda-tanda kanser.
Lakukan PSP secara berkala kerana ia dapat meningkatkan tahap kepekaan terhadap sebarang perubahan kepada tubuh badan korang.
Langkah-langkah melakukan PSP semasa mandi
1. Angkat lengan kiri dan letakkan di belakang kepala
2. Dengan menggunakan tiga jari tengah daripada tangan kanan yang bersabun, lakukan gerakan secara bulatan kecil di sekitar payudara untuk mengesan sebarang ketulan.
3. Sentiasa bermula daripada bahagian luar payudara dengan gerakan bulatan kecil mengarah ke bahagian puting payudara.
4. Pasti kan anda memeriksa seluruh payudara, ketiak dan belakang puting.
5. Ulang langkah di atas dengan menggunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan.
6. Lakukan pemeriksaan setiap bulan. Masa terbaik adalah beberapa hari selepas tempoh haid tamat, apabila payudara anda dalam keadaan tidak tegang.
7. Sekiranya anda sudah putus haid, pilih tarikh yang tetap untuk pemeriksaan sendiri payudara secara bulanan.
Gerakan secara bulatan
Gerakan mengarah ke atas dan bawah
Gerakan secara berpusat
Mudah je kan? So, lepas ni dah tak ada alasan yang anda tak tahu macam mana nak check sendiri di rumah.
Sempena pembukaan pusat kanser itu, Hospital Columbia Asia juga mengambil inisiatif Breaking Barriers menerusi kempen #ClockOut2CheckUp menerusi saringan kanser percuma ke atas 275 kakitangannya.
Kini, hospital itu turut menawarkan lebih 1,000 saringan kepada mana-mana syarikat yang berminat menyertai inisiatif tersebut dengan mendaftar di www.columbiaasia.com/ClockOut2CheckUp bermula 29 September hingga 31 September 2022.
Pihak hospital juga akan menawarkan 200 saringan kanser melibatkan orang awam mulai 1 Oktober 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 27 Februari lalu, satu lagi jenis vaksin COVID-19 yang dikenalis sebagai Sinovac telah selamat dihantar ke Malaysia. Akhirnya, ia sedia untuk diedarkan kepada penerima di seluruh negara.
Kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar selesai menerima suntikan vaksin Sinovac sekaligus menjadi individu pertama di Malaysia yang menerimanya.
Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Ketua Penyelia Jururawat di Hospital Rembau merangkap vaksinator, Salha Abd Samad.
*
Biarpun rakyat Malaysia tidak boleh memilih jenis suntikan vaksin kerana ia bergantung kepada hantaran stok, ada di antara kita yang masih tertanya-tanya apakah perbezaan antara vaksin Sinovac dan vaksin Pfize-BioNTech.
PFIZER-BIONTECH
Ini merupakan vaksin pertama yang tiba di Malaysia dan penerima pertama suntikan ini ialah Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber Foto: BERNAMA
Vaksin yang dihasilkan oleh syarikat Pfizer dan BioNTECH dari Jerman ini menggunakan teknologi mRNA yang ‘mengajar’ sel dalam tubuh untuk menghasilkan zat yang merangsang tindak balas imun.
Ini sedikit berbeza daripada vaksin lain yang selalunya memasukkan kuman tidak aktif ke dalam tubuh penerima. Mengapa vaksin Pfizer-BioNTECH ini memerlukan lebih ‘effort’ bagi dilaksanakan di kebanyakan negara membangun adalah kerana keperluan untuk menyimpannya pada suhu -70 Celsius.
Vaksin yang berasal dari China ini menggunakan teknologi vaksin tidak aktif di mana ia menyerupai vaksin selesema dan vaksin campak. Virus hidup yang lemah digunakan untuk merangsang tindak balas imun daripada tubuh.
Buat masa ini, vaksin Sinovac menjadi pilihan di negara-negara yang sukar untuk mendapatkan kemudahan penyejukan kerana ia boleh disimpan dalam peti sejuk biasa dengan suhu antara dua hingga lapan darjah Celcius.
*
Sebelum ini, REMAJA pernah menemuramah seorang doktor yang menjelaskan mengenai perbezaan jenis-jenis vaksin yang ada.