Pempengaruh, Kasih Iris Leona menegaskan bahawa tidak wajar sekiranya orang ramai menyamakan pendapat ayahnya yang juga pelakon terkenal, Azhar Sulaiman dengan pendapatnya sendiri dalam banyak perkara.
Biarpun pasangan anak-beranak itu selalu kelihatan akrab di media sosial, Leona, 22 juga mempunyai pendiriannya yang tersendiri terutama dalam isu-isu serius seperti pergolakan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di Rafah, masa kini.
Kasih Iris Leona
Menerusi ciapan di platform X, Leona berkata dirinya tidak berkongsi pandangan sama seperti Azhar dan berharap agar warganet hentikan kecaman yang dihadapi bertalu-talu sejak hari Rabu.
“..Saya sangat menentang Israel berikutan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.
“Saya tidak mempunyai pendapat yang sama dengan ayah saya dan gagal memahami cara dia berfikir.
“Jadi jangan menganggap hanya kerana kami mempunyai pertalian darah, kami akan ada pandangan yang sama,” ciapnya.
Leona yang kini sedang melanjutkan pengajian sarjana muda dalam jurusan pengurusan di Universiti Bath, United Kingdom juga berkongsi pengalamannya sewaktu berkunjung ke Palestin dan melihat sendiri keadaan di sana dengan matanya sendiri biarpun di lokasi yang terkawal serta selamat.
“..Saya sedar kekejaman yang dilakukan Israel dan mengakui pembunuhan beramai-ramai itu telah bermula sebelum 7 Oktober (tahun lalu) lagi,” catatnya.
Ads
Terdahulu, Azhar Sulaiman dikecam teruk setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan rakan selebriti tempatan yang menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.
Pelakon berusia 52 tahun itumencabar selebriti-selebriti terbabit agar berpindah ke Gaza, Palestin untuk membantu saudara seagama yang sedang berdepan serangan di sana.
Malah, beliau menggesa agar gerakan boikot tidak perlu dilakukan jika seseorang itu masih berada dalam keadaan gembira di Malaysia.
Ads
Begitupun, hantaran-hantaran beliau di Instagram itu telahpun dipadamkan olehnya setelah ruangan komen dihujani kecaman netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Julia Farhana selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di ibu kota.
Pelakon naskhah popular Rumi dan Jawi itu mendedahkan perkhabaran gembira tersebut menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sehubungan itu, Julia memohon maaf kerana tidak meniemput media dan rakan-rakan kerana majlis pernikahan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz. Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga.
“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Untuk rekod, Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
UNITAR ataupun Universiti Antarabangsa UNITAR telah membanggakan sistem pendidikan Malaysia apabila menjadi institut pengajian tinggi (IPT) pertama di Asia untuk menerima penarafan 5 bintang dalam kategori pembelajaran dalam talian atau pembelajaan jarak jauh.
Anugerah itu telah disampaikan oleh QS Stars yang berpangkalan di United Kingdom.
Menurut mereka, penilaian dibuat dengan mengambil kira kategori khusus seperti mengajar, kebolehpasaran siswazah, perakaunan, kewangan dan keterangkuman.
Ia sekaligus mengukuhkan reputasi UNITAR sebagai sebuah IPT yang mampu menyediakan Pendidikan berkualiti dan menjamin prospek kerjaya pelajar di dalam dan luar negara.
Sejak mula menawarkan pelajar dengan kursus berasaskan web pada tahun 1997 iaitu sebelum perkembangan internet jalur lebar, mereka perlahan-lahan telah meningkatkan prestasi secara online dan ia terbukti dengan pengiktirafan ini.
Untuk pengetahuan korang, antara program dalam talian yang ditawarkan oleh UNITAR termasuklah Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sarjana Muda Pendidikan, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Pendidikan.
Tahniah sekali lagi!
Dalam keadaan semasa di mana arahan kawalan pergerakan dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia, pembelajaran secara online-lah yang menjadi jalan penyelesaiannya. Tak gitu?
Yes you read that right. Tak sampai sebulan selepas pelancaran besar-besaran IKEA cawangan utara Semenanjung Malaysia, kawasan pameran di gedung tersebut dilaporkan teruk dicemari perbuatan masyarakat mentaliti kelas dunia ketiga.
Penduduk di negeri utara seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan bahagian utara Perak boleh berbangga untuk memiliki IKEA Batu Kawan. Mengapa tidak, ia adalah cawangan terbesar gedung jenama perabot terkenal dari Sweden itu di Malaysia berbanding IKEA Damansara, Cheras dan Tebrau.
Bagaimanapun, laporan dan bukti gambar kononnya IKEA Batu Kawan ditemui dalam keadaan bersepah bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan.
Seorang pengguna akaun Facebook bernama Kelvin Soon nyata cukup kecewa apabila kunjungannya ke sana bersama beberapa orang kawan pada hujung minggu ini disambut dengan keadaan bilik pameran bersepah terutamanya di bahagian ‘Bilik Tidur’ dan ‘Ruang Tamu’.
Haipp korang, letih sangat ke sampai nak landing atas katil pameran tu.
”Saya lihat dah serupa lokasi kejadian ‘kes rogol’ dah. Selimut tercabut daripada katil, bantal bergelimpangan di atas lantai. Orang yang rumahnya pernah dirompak saja yang familiar dengan keadaan bersepah seperti ini,” antara yang dicatatnya di ruangan status.
Okay mungkin status Kelvin tu kedengaran sedikit dramatik, tapi REMAJA faham akan kekecewaannya yang datang jauh dari Sungai Petani. Bukan saja kawasan pameran yang bersepah, pengunjung juga dilihat enggan mengemaskan meja di kafe IKEA selepas makan.
Fine, mungkin tak semua orang rajin untuk mengangkat dulang berisi pinggan kotor mereka ke vaniti. Tetapi sekurang-kurangnya korang boleh kemaskan meja tu sedikit kot..
Guys, ini bukanlah kali pertama kes IKEA bersepah berlaku sebaik ia dilancarkan. Pada November 2017, REMAJA pernah melaporkan kes yang sama berlaku di IKEA Tebrau selepas beberapa hari ia dibuka.
Kes bersepah juga pernah dilaporkan berlaku di cawangan terbaru BookXcess di Tamarind Square Cyberjaya. Mungkin sebab inilah banyak pengusaha kedai dan kafe lebih rela mengekalkan konsep minimalis di kedai mereka kerana takut ia akan disalah gunakan.
Kita semua hendakkan fasiliti bertaraf dunia, cawangan kedai antarabangsa di Malaysia. Tetapi bila ia muncul, adakah ini cara kita menghargainya?
Tak kiralah sama ada penduduk di utara atau pengunjung negeri lain yang ‘membuat perangai’, sebagai masyarakat Malaysia Baharu, seharusnya masalah seperti ini tak harus berlaku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!