Pelakon jelita, Julia Farhana selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di ibu kota.
Pelakon naskhah popular Rumi dan Jawi itu mendedahkan perkhabaran gembira tersebut menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sehubungan itu, Julia memohon maaf kerana tidak meniemput media dan rakan-rakan kerana majlis pernikahan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz. Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga.
Ads
“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar,” coretnya.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Untuk rekod, Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama Amir Ahnaf mula mencuri perhatian menerusi watak Kahar dalam drama dan filem Projek: High Council. Impak besar daripada karakter tersebut bukan sahaja melonjakkan popularitinya, malah membolehkan dia dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-34tahun lalu.
Namun di sebalik pencapaian itu, Amir masih merendah diri dan menganggap dirinya sebagai pendatang baharu dalam dunia lakonan.
Masih Bertatih, Tak Kejar Watak Utama Semata-Mata
Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, perjalanan seninya masih panjang dan penuh proses pembelajaran.
“Saya berusia 26 tahun dan baru empat tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Saya juga mahu berada lebih lama lagi dalam industri seni tanah air.
“Sebagai pelakon baharu, saya kena bertatih dari naik tangga, berlari dan itu semua langkah demi langkah yang perlu dilakukan.
“Untuk letak diri dalam lingkungan watak utama, saya lebih meletakkan diri saya ke arah meneroka macam budak yang masuk dalam taman permainan dan mahu cuba semua perkara,” katanya.
Tak Kisah Watak Sampingan, Asalkan Berkualiti
Bagi Amir, membawa watak pembantu bukan satu langkah ke belakang, sebaliknya peluang untuk mengembangkan kemampuan lakonan.
“Contohnya, saya lakonkan watak pembantu dalam filem aksi TARUNG: Unforgiven iaitu kawan baik kepada watak utamanya lakonan Mierul Aiman.
“Saya percaya dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi, kalau saya ambil semua watak utama macam mana saya nak kembangkan lagi ‘range acting’ saya?
“Saya tak rasa macam ‘downgrade’ bila bawa watak pembantu sebab setiap watak beri impak yang berbeza dan saya percaya kualiti itu sendiri yang akan menentukan hasil kerja dan nama saya dekat mana dalam industri seni termasuk ‘attitude’ dan disiplin,” katanya.
Simpan Impian Jadi Pengarah, Bukan Penerbit
Ketika ditanya sama ada mahu mengikut jejak Aedy Ashraf sebagai penerbit, Amir mendedahkan dia sebenarnya mempunyai impian berbeza.
“Tapi, pengalaman dan skil tidak mencukupi. Insya-Allah, kalau panggilan itu sampai nanti, saya akan ada di sana.
“Saya juga tidak dapat beri tempoh berapa lama lagi untuk jadi pengarah kerana saya pun tak tahu akan jadi pelakon sebab dulu saya impi nak sambung belajar, cari duit untuk jaga adik-beradik dan ibu bapa, tapi sekarang saya sudah jadi pelakon,” katanya.
Dari ‘Writer’s Room’ Ke Aksi Layar Skrin
Menariknya, bekas peserta Hero Remaja ini bukan sekadar berlakon dalam TARUNG: Unforgiven, malah turut terlibat dalam proses pembangunan idea filem tersebut.
“Saya juga berada dalam ‘writer’s room’ di mana pengarah, penerbit, Aedy dan pelakon, Sky untuk bincang mengenai filem ini sejak filem Kahar Kapla High Council.
“Selepas habis filem itu, kami bincang nak buat filem aksi, tapi mahu angkat Mierul Aiman dan dari situ idea berkembang dan terhasil filem TARUNG: Unforgiven.
“Ia membabitkan gabungan elemen dari semua pelakon iaitu dari saya (silat), Mierul (fighting) dan Aedy, pengalaman ‘street fight’ dan dari pelakon Ubai juga,” katanya.
Cabaran & Keserasian Tiga Generasi
Walaupun sudah lama tidak membawa watak pembantu, Amir mengakui cabaran utama adalah untuk memastikan lakonannya tidak ‘menenggelamkan’ watak utama.
“Apa yang mencabar bagi saya ialah macam mana saya nak teroka lakonan yang tidak melangkau batas watak utama.
“Tapi, saya tidak ada masalah untuk dapat keserasian dengan Aedy yang juga penerbit dan Mierul kerana kami pernah kerjasama.
“Apa yang menarik ialah gabungan tiga generasi dalam cerita ini iaitu generasi legenda, senior dan Gen Z.
“Pada mulanya, saya fikir susah untuk buat gabungan itu, tapi rupa-rupanya mudah kerana semua pelakon tahu objektif masing-masing dan saya pun gembira di set filem ini,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dress up! Baik lelaki mahu pu perempuan, hari ini selesa menyarung apa saja pakaian ke badan. Asal cantik dan selesa tanpa mengambil kira situasi lokasi, majlis dan siapa yang ingin ditemui adalah kesilapan dalam tata cara etika berpakaian yang sebenar-benarnya. Tidak hairanlah, ada masa dan ketika, pakaian dikenakan ke tubuh tidak bersesuaian sehingga terasa janggal.
Menyedari ramai silap dalam menyarung pakaian sesuai, perunding imej, Wawa Idris, boleh layari blognya, Imej Patik.Wawa Idris.com menyenaraikan lima kesilapan yang biasa dilakukan baik lelaki mahu pun perempuan saat mengenakan pakaian ke satu-satu majlis. Jom baca apa 5 kesilapan yang biasa kita buat dalam soal menyarung pakaian sesuai!
Wawa Idris, antara perunding imej yang cukup disegani dalam negara
Katanya sebelum mengenakan sebarang pakaian, kena tahu dulu beberapa aspek iaitu :
Lokasi: Sebelum menghadiri majlis, kenal pasti dulu lokasi hendak dituju. Contohnya, majlis kahwin. Lebih sopan jika lelaki mengenakan t-shirt berkolar berbanding round neck. Boleh sesuaikan dengan jeans kerana nampak kemas. Tetapi hari ini ramai yang main sarung hanya kerana mereka rasa selesa. Kesilapan berpakaian ini diibaratkan kita pergi satu majlis rasmi dan kita hanya pakai seluar pendek dan t-shirt. Nampak janggalkan dan itulah kejanggalan yang terpaksa kita hadap semasa di sana.
Kita tak tahu siapa yang bakal kita jumpa– Berpenampilan kemas adalah dituntut dalam semua majlis. Lebih baik begitu dari terasa janggal. Ini kerana kadang kala kita tidak tahu dengan siapa kita akan bertemu. Contohnya, jika dia adalah prospek perniagaan kita, pekerjaan masa depan kita dan sebagainya. Jika pada kali pertama pertemuan soal pakaian dipandang remeh, silap-silap kita akan kehilangan semuanya. Contoh dalam satu majlis rasmi, kita boleh pakai seluar khakis + kemeja, slack + tshirt kolar. Bagi perempuan, pakailah lipstik sekurang-kurangnya untuk elak muka pucat selain pakaian yang sesuai.
Pakai baju lebih dari saiz badan –Ramai orang berisi biasanya akan mengenakan baju yang lebih besar untuk menutupi bentuk badan. Ini salah kerana baju besar akan lebih membuatkan seseorang kelihatan lebih besar. Jika saiz badan M, pakailah M. Jangan ambil L. Lelaki dan perempuan agak sama dalam hal ini kerana mereka mahu menutupi kekurangan diri itu. Kata Wawa Idris, bila kita pakai pakaian lebih besar, ia akan menampakkan kita lebih gemuk ya, bukan dapat menutup kekurangan diri kita pun.Untuk pengetahuan adik, akak-akak dan abang-abang, bentuk badan manusia terbahagi kepada beberapa bentuk. Bentuk badan ini dikira dari bahu ke pinggang. Antara lima bentuk ini ialah bentuk V (disebut sebagai pear), bentuk V (apple – atas besar, bawah kecil), bentuk H (statik iaitu lurus seperti pembaris), bentuk O (badan bulat) dan bentuk X (pinggang kecil @ ramping. Contoh paling mudah artis cantik Rozita Che Wan). Bayangkan buah-buahan itu dan kita dapat membayangkan bentuk badan kita bagaimana, jelasnya.
Suai dan padan – Ramai orang silap dalam aspek ini. Sebagai contoh, bagi perempuan, contohnya jika dia mengenakan kemeja plain tetapi dia pakai tudung satin. Kenapa nampak silap di sini? Kata Wawa Idris, satin dianggap kain yang mewah, berkilauan dan cantik tetapi kalau dipadankan dengan kemeja dari cotton, ada kesilapan di situ. Nampak kurang sesuai dengan pemilihan fabrik.Masa yang sama, seperti contoh, baju kurung bunga-bunga. Jangan sesekali kenakan tudung berbunga-bunga juga. Sudahnya orang hanya nampak bunga bukan diri kita. Sepatutnya, kalau baju plain, pakailah tudung bunga. Itu baru sesuai. Satu lagi jangan gunakan terlalu banyak warna pada pakaian. Antara kesilapan dalam suai dan padan ini lagi ialah pemilihan warna. Sebagai contoh, kita mengenakan seluar coklat tetapi pakai kemeja hitam. Secara tak langsung ia menenggelamkan diri kita.
Personaliti– Ini paling penting kerana orang harus kenal pasti personaliti dirinya. Kata Wawa Idris, jika sudah kenal, barulah seseorang individu itu tahu bagaimana mengenakan pakaian sesuai untuk dirinya. Namun untuk ujian personaliti diri ini, satu ujian berbentuk soalan harus dilalui terlebih dahulu. Dari situ pakar perunding imej akan mengenal pasti personaliti individu tersebut.Misalannya, kalau seorang itu natural sporty (suka pakai baju tanpa gosok, boleh pakai baju sama berulang kali, main sarung tanpa kisah), sebagai perunding imej saya sudah boleh nampak karektor individu itu semasa bertemunya. Antara personaliti lain classic/ elegen (bagi individu ini dia suka menonjolkan dirinya lebih dari orang lain, kalau dia kenakan pakaian, dia akan pakai apa yang orang lain takut nak pakai), natural/ sporty, romantik dan dramatik.“Setiap satu orang berbeza personalitinya. Kalau dapat kenal pasti, lebih mudah untuknya hadir ke majlis-majlis,” katanya ketika ditemui.
Insya allah, kalau kita tahu tata cara berpakaian, lebih mudah untuk kita mengenakannya. Bukan apa, kita pun tak mahu malukan diri sendiri kalau main sarung saja baju sedangkan pakaian tersebut tak sesuai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemelut hubungan keluarga yang melibatkan aktres versatil, Nabila Huda dan bapanya yang juga legenda rock tanah air, Amy Search, masih belum menemui jalan penyelesaian sehingga kini.
Menurut Nabila atau mesra disapa Abil, dia merasakan bapanya sepatutnya memainkan peranan sebagai ketua keluarga untuk meleraikan kemelut yang berlaku antara mereka.
Bukan soal mengalah, kata Nabila, dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk berdamai namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.
“Soal untuk berdamai atau mencari jalan penyelesaian, saya rasa lebih baik tanya pihak sana. Saya sudah banyak kali jawab pertanyaan ini.
“Setakat ini memang tiada jalan penyelesaian. Mungkin sebagai ketua keluarga dan seorang ayah, dia yang perlu selesaikan apa yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui pada majlis Together Gather anjuran Viu Malaysia, semalam.
Sukar Bayangkan Perasaan Berpisah Dengan Anak
Dalam pada itu, pelakon berusia 40 tahun ini turut mengakui dia sendiri tidak sanggup membayangkan bagaimana perasaan seorang bapa yang terpisah daripada anaknya.
Sebagai seorang ibu kepada Keisha Laila, Nabila berkata perpisahan sebegitu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui.
“Kalau saya berada di tempatnya (Amy), kehilangan anak dan tidak dapat berjumpa, saya sendiri tak mampu teruskan hidup seperti biasa.
“Saya takkan gembira, kerana itu darah daging saya. Tapi saya tak tahu apa yang dia rasa tetapi mungkin dia rasa yang sama, cuma tak tahu bagaimana untuk bertindak.
“Saya juga seorang ibu dan memang tak sanggup nak berpisah dengan anak sendiri, Keisha Laila, tapi tak tahulah kalau dia pun rasa benda begitu,” ujarnya.
Serahkan Segalanya Kepada Doa
Tambah Nabila, buat masa ini dia hanya mampu berdoa agar segala kesulitan yang melanda hubungan mereka dipermudahkan.
Lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan, dia berharap akan ada jalan yang terbuka untuk memperbaiki keadaan.
“Pada Ramadan kali ini, saya sudah tidak merindui sesiapa. Saya dah ‘move forward’. Kerinduan yang pernah saya luahkan sebelum ini dalam media sosial disebabkan rasa sangat rindu pada waktu itu.
“Ada perkara yang saya ternampak dan memang ‘trigger’ perasaan rindu tersebut tapi sekarang saya sudah ‘move on’ dan penat berfikir serta bercakap perkara sama berulang kali.
“Namun, tidak salah kalau sekali-sekala saya terasa sebab manusia biasa, ada perasaan sedih gembira dan marah,” jelasnya.
Fokus Pada Keluarga Sendiri
Dalam perkembangan lain, Nabila berkata kehidupannya kini lebih tertumpu kepada keluarga kecilnya bersama suami dan anak.
Menurutnya, kebahagiaan sederhana yang dimiliki sekarang sudah cukup membuatkan dirinya bersyukur.
“Sekarang saya bahagia dengan kehidupan sederhana saya. Tentang doa pula, memang setiap hari saya lakukan lebih-lebih lagi ketika Ramadan dan Syawal cuma masih belum dimakbulkan.
“Jadi, apa yang boleh saya buat hanyalah senyum dan teruskan hidup. Kalau kita berpanjangan dalam kesedihan, kasihan keluarga yang ada di depan mata.
“Doa saya cuma satu, supaya hidup saya ini benar-benar bahagia dan lengkap. Sekarang saya bahagia, cuma mungkin ada sedikit kekosongan tetapi jika terisi, mungkin kebahagiaan itu akan jadi berbeza,” ujarnya lagi.
Enggan Letak Harapan Terlalu Tinggi
Dalam masa sama, Nabila mengakui dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan terhadap situasi yang berlaku kerana belum melihat sebarang bayangan penyelesaian.
Namun, dia tetap berharap suatu hari nanti segala kekosongan itu dapat dilengkapkan.
“Tapi saya sendiri tak dapat bayangkan kerana belum sampai ke tahap itu. Mungkin satu hari nanti ‘puzzle’ itu lengkap atau sebaliknya.
“Kalau kekosongan itu sempat diisi sebelum saya menutup mata, alhamdulillah. Kalau tidak, mungkin kami akan bertemu di kehidupan lain dan saya hanya mampu berdoa,” kongsinya.
Terdahulu, sejak tahun lalu hubungan Abil dan Amy didakwa kembali renggang akibat konflik kekeluargaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sam Lim mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video mengikuti kelas agama bersama seorang ustaz. Perkongsian itu menerima pelbagai komen positif dan doa daripada netizen agar beliau terus istiqamah.