Bagi warga kerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, 1 Februari ini bersamaan hari Jumaat adalah hari cuti bagi mereka.
Memandangkan ia berlaku pada Jumaat menyambung ke Sabtu dan Ahad, tentu ramai yang berkira-kira untuk pulang ke kampung. Kena pula “hari tersepit” iaitu Isnin bersamaan 4 hb, pasti ramai yang mengambil cuti pada hari tersebut kerana Tahun Baru Cina jatuh pada 5 & 6 hb iaitu Selasa dan Rabu. Ini bermakna ada enam hari rehat, satu jumlah hari yang sangat “membahagiakan bagi golongan bekerja”. Sesetengah syarikat pula, ada yang menutup operasi straight membawa sehingga ke 11hb Februari.
Disebabkan cuti panjang bersambung dengan cuti sekolah selama seminggu menurut jadual yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sudah pasti lebuhraya utara selatan penuh sesak dengan kenderaan yang mahu pulang ke kampung masing-masing.
Bila sebut tentang jem, pasti terbayang kaki yang lenguh menekan brek, pergerakan yang agak slow motion, kawasan Rawat & Rehat yang sentiasa penuh serta pelbagai lagi gelagat dapat dilihat.
Paling pasti, akan ada pemandu yang akan memotong barisan, menggunakan lampu kecemasan (kononnya) dan pelbagai lagi sikap jelik pemandu dapat dilihat kerana bukan semuanya bersikap sabar dalam menghadapi jem yang melekat di jalan raya.
Ads
Bagi bagi yang mahu pulang ke kampung sempena cuti panjang ini, tolong jangan lakukan enam perkara ini kerana kalau korang tertangkap, siap sedialah duit cash RM300 kerana korang akan disaman serta merta.
Ads
Berikut adalah enam kesalahan saman mandatori dan juga perlu dibayar serta merta yang korang kena tahu.
Saman RM300 akan dikeluarkan serta-merta kepada pemandu yang didapati melakukan enam kesalahan utama sepanjang tempoh operasi ini iaitu:
Ads
1.Memandu di lorong kecemasan. 2. Melebihi had laju. 3. Tidak mematuhi lampu isyarat. 4. Memotong di garisan berkembar. 5. Memotong barisan. 6. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Ini kerana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan Op Selamat 14 bersempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2019 bermula pada 29 Januari hingga 12 Februari ini.
So, kalau sayang RM300 tu (macam-macam boleh beli), sila patuhi arahan dan mengikut undang-undang ditetapkan ya.
Sumber : FB POLIS DIRAJA MALAYSIA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Industri seni Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn, pada Rabu sekitar jam 11 pagi.
Menerusi laporan media tempatan, pemergian pelakon drama bersiri remaja Cili Padi ini disahkan rakan baiknya iaitu Haiza Hanafi selepas dimaklumkan anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.
Menurut anak angkatnya itu, urusan proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah.
Sebelum itu, dia memberitahu, Jaafar ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar.
Allahyarham Jaafar Onn dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada usia 73 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER:BH Online.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Anhar al-Deek telah hangat diperkatakan sejak semalam berikutan rasa simpati orang ramai terhadap wanita yang sedang hamil sembilan bulan itu.
Ini setelah umum mendapat tahu bahawa Anhar, 25 masih menjadi tahanan rejim Israel biarpun dia sedang sarat mengandung dan akan melahirkan anaknya itu pada bila-bila masa saja dari sekarang.
Terdahulu, Anhar telah ditahan oleh tentera Israel ketika kandungannya berusia lima bulan setelah dia dituduh cuba menikam seorang anggota di kawasan penempatan haram Israel.
Dia kemudiannya dibawa ke Penjara HaSharon dan dijadikan tahanan di sana. Keluarga Anhar pernah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Israel agar dia dibebaskan kerana dia mempunyai masalah kesihatan dan sedang hamil. Namun ia telah ditolak.
Sepanjang berada dalam tahanan penjara, Anhar pernah menulis surat dari penjara demi memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia untuk membolehkan dirinya dibebaskan dari Penjara HaSharon dan bersalin di luar pusat tahanan.
Hasilnya, beberapa pertubuhan dunia seperti Liga Arab dan Pertubuhan Masyarakat Awam (CSO) telah mendesak agar Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan tidak bersifat kejam terhadap golongan lemah seperti ibu hamil.
Terbaru pada hari ini, tentera Israel telah bertindak membebaskan Anhar al-Deek dari penjara dan kini boleh menjalani pembedahan bagi melahirkan anak.
Namun dia tetap dikenakan jaminan sebanyak 40,000 shekel atau kira-kira RM51,790. Bukan itu saja, Anhar tidaklah ‘sebebas’ yang disangka apabila dia kini dikenakan tahanan rumah di kediaman keluarganya sementara menunggu perbicaraan berhubung kes meningkam anggota rejim pada hari Ahad ini.
*
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi kisah koresponden rasmi saluran TV3 di London, Haliza Hashim Doyle yang turun berprotes selama hampir lima jam demi keamanan bumi Palestin.
Kalau bercakap soal pekerjaan profesional yang mencabar dan paling stress, rasanya rata-rata daripada kita sudah tahu dan sedia maklum. Tapi korang pernah terfikir tak dizaman serba moden kini perkhidmatan ahli sihir atau bomoh masih digunakan. Menariknya, ia sangat menguntungkan.
Percaya atau tidak, wanita yang dikenali sebagai Bambi Leong ini merupakan ahli sihir moden di tengah bandar Singapura. Menurut laporan Coconut Singapore dia berjaya memperoleh sekitar $ 70,000 atau sekitar RM216,906 sebulan bagi perkhidmatan membaca mantera, kad nasib, menjual anak patung berhantu dan membuat lilin berbentuk alat kelamin.
Wanita berusia 28 tahun ini turut menggelarkan dirinya sebagai DarkWitchBambi serta memiliki premis perniagaan yang dinamakan sebagai The Love Witch. Leong menawarkan perkhidmatan menjual buku mantera yang membolehkan pelanggan bercakap dengan orang yang sudah mati dan menyakitkan orang yang masih hidup. Selain itu, dia juga memberi perkhidmatan yang membantu rohani dan dalaman manusia.
Menurut Asia One, Leong menyatakan bahawa pengalaman pertama dia melihat benda-benda ghaib adalah semasa dia kecil. Bermula sejak umur 2 tahun Leong telah didedahkan dengan pengalaman yang penuh mistik.
Leong mula serius dalam industri ilmu ghaib ini pada 2019. Dia meninggalkan kerjanya sebagai guru Bahasa Inggeris kerana tidak rasa itu adalah pekerjaan yang tepat untuknya. Selepas berhenti kerja, dia mula menawarkan perkhidmatan membaca kad nasib di Carousell, langkah pertama yang membantu mempromosikan perniagaannya.
Mendengar cerita Bambi Leong ini teringat pula penulis dengan filem ahli sihir yang terkenal seperti “Maleficent”,”Snow White: Revenge of the Dwarfs” dan “The Brothers Grimm”.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang, Pahang baru-baru ini mencipta nama apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Kategori Kreatif Junior (Technic) di International Robot Olympiad ke-26...