“Kami Akan Menciap Lebih Kerap..” Netflix Terima Pendapat Warganet Martabat BM

Share

 

Minggu lalu, satu ciapan daripada peminat laman penstriman atas talian, Netflix telahpun mengutarakan satu persoalan yang mungkin tidak terlalu difikirkan oleh pengguna Twitter lain selama ini.

Pengguna yang dikenali menerusi akaun @twt_bajet itu telah bertanyakan satu “soalan serius” dan ia berbunyi, “Kenapa Netflix negara lain boleh guna bahasa mereka tapi Netflix Malaysia masih dalam Bahasa Inggeris?”

Pengguna tersebut juga merujuk kepada beberapa akaun Twitter Netflix di seluruh benua Asia. Negara-negara seperti Jepun, Thailand dan Indonesia masing-masing jelas menggunakan bahasa kebangsaan negara masing-masing dalam status di bahagian bio.

Jadi mengapa Netflix Malaysia tidak boleh mengambil pendekatan yang sama?

Nampak macam perkara kecil je kan. Tapi ada benarnya pertanyaan tersebut. Mengapa tidak akaun kendalian Malaysia sendiri melakukan perkara yang sama untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

ARTIKEL BERKAITANOppa Joong-Ki Di Angkasa Lepas!  Filem Sci-Fi Korea ‘Space Sweepers’ Janji Kelainan – REMAJA

Rata-rata warganet Netflix Malaysia menggunakan Bahasa Inggeris disebabkan oleh demografi penontonnya yang berasal dari kawasan bandar. Lalu, Bahasa Inggeris itu dilihat sebagai bahasa yang lebih dekat dengan penggunaan majoriti penonton di laman penstriman itu. Cuma rasanya, kita semua faham je maksud sama yang ingin disampaikan oleh Netflix sekiranya ia ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Disebabkan itulah, inisiatif Netflix Malaysia untuk mula memuat naik ciapan dalam Bahasa Melayu bermula semalam diterma baik oleh pengikut akaun.

Menerusi ruangan bio Twitter mereka, tercatat status ‘Netflix, tapi rojak’ yang menandakan bahawa mereka kini akan mula memuat naik lebih banyak ciapan menggunakan Bahasa Melayu.

Tambah pentadbir akaun tersebut lagi, “Hi semua, kami mendengar anda. Niat kami semestinya untuk mencetuskan kegembiraan kepada semua – sama ada anda peminat Eleven ataupun Sebelas. (merujuk kepada karakter dalam siri Stranger Things).

“Mulai hari ini, kami akan menciap lagi kerap dalam Bahasa Malaysia. Jika anda lebih suka Bahasa Inggeris, jangan risau kami tetap adakan ciapan untuk anda juga,” catat mereka pada petang kelmarin.

Berikut merupakan beberapa lagi ciapan dalaa Bahasa Melayu oleh mereka.

*

*

Perkembangan ini diterima baik oleh pengikut akaun Twitter Netflix yang meluahkan rasa gembira. Dan ramai je yang memahami mesej yang ingin disampaikan menerusi ciapan-ciapan yang telah dimuat naik sepanjang dua hari ini.

Jangan risau , Bahasa Inggeris tidak dilupakan oleh mereka 100 peratus.

Remaja pun memahami ada ciapan yang lebih ‘sampai’ maksudnya dalam Bahasa Inggeris.

Apa yang penting, kesemua pengikut mereka di Twiitter berbangga dan gembira dengan perkembangan bahasa perantaraan ini.

BACA LAGI “Saya Pensyarah IRL, Dalam Filem Layla Majnun Pula Jadi Pelajar ” – Reza Rahadian – REMAJA

IKLAN