Acara rumah terbuka yang dilangsungkan oleh oleh pereka fesyen duo, Fiziwoo sejak 6 petang tadi meriah dihadiri oleh rakan-rakan selebriti, pempengaruh, usahawan dan peminat setia jenama fesyen tersebut bagi meraikan bulan Syawal yang masih berbaki dua hari sahaja lagi.

Dalam kalangan yang hadir, kelibat pelakon wanita sensasi, Ruhainies yang membuat penampilan istimewa di saat-saat akhir acara tersebut telah mencuri tumpuan mereka yang berada di situ.

Ruhainies Buat Penampilan Istimewa Di Rumah Terbuka Fiziwoo, Ingin ‘Move On’ Daripada Kontroversi

Tampil dalam rekaan Anneliese daripada koleksi resort jenama Fiziwoo, Ruhainies selesa berada bersama rakan media yang mengambil peluang tersebut untuk bertanyakan mengenai perkembangan terbarunya dalam kemelut yang sudahpun berlarutan sejak bulan Ramadan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Habis-Habis.. Bosan” Pereka Fesyen Fiziwoo Pinta Jangan Paksa Sebar Kebencian, Penat Jadi Mangsa Keadaan – REMAJA

IKLAN

Kata Ruhainies, dirinya kini hanya ingin move on ke hadapan dan fokusnya hanyalah terhadap kerjaya. Enggan memanjangkan isu tersebut, Ruhainies berpendapat dirinya sudahpun melakukan apa yang perlu dilakukan (memohon maaf terhadap mereka yang terpalit dengan isu tersebut).

Tidak cukup dengan itu, Ruhainies juga khabarnya tidak lagi menghubungi Aliff dan sudahpun menutup jilid tersebut yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

IKLAN

Ruhainies Buat Penampilan Istimewa Di Rumah Terbuka Fiziwoo, Ingin ‘Move On’ Daripada Kontroversi

Ruhainies juga enggan mengulas lanjut sekiranya ada yang mendakwa dirinya pernah berkomplot dengan Aliff untuk menjatuhkan sang isteri dalam perhubungan itu, Bella Astillah.

IKLAN

Katanya, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan tiada apa yang boleh dilakukan olehnya jika itu yang didakwa oleh pihak lain.

Sebagai info, selain Ruhainies, di antara selebriti lain yang hadir ke acara rumah terbuka Fiziwoo itu termasuklah Azrel Ismail, Kak KM dan Nazim Othman.

BACA LAGI: “Video Ini Dirakam Bulan Disember..” Dek Pilih Ruhainies Sebagai ‘Muse’, Fiziwoo Terpaksa Keluar ‘Disclaimer’ – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI