Penyanyi dan penari rap K-pop terkenal, Kim Han-bin atau lebih dikenali dengan nama pentas, B.I bakal kembali ke Kuala Lumpur sempena konsert solo pertamanya di sini.
Konsert B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ in Kuala Lumpur itu dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena pada 30 Jun kelak, Ahad pada jam 6 petang manakala tiketnya mula dijual pada 6 Mei, Isnin mulai jam 12 tengah hari secara dalam talian.
B.I yang juga merupakan bekas ketua kumpulan iKON muncul sebagai penyanyi solo pada tahun 2021 di bawah label yang diasaskan olehnya sendiri, 131. Bermula dengan single Midnight Blue (Love Streaming), B.I terus memacu laju dengan dua buah album studio (Waterfall dan To Die For) serta empat album EP (Cosmos, Love or Loved Part 1, Love or Loved Part 2 dan Tadaima).
Dalam tempoh kurang dari empat tahun, B.I berjaya membina namanya sebagai di antara penyanyi Korea Selatan paling sibuk mengelilingi dunia dengan siri jelajah di benua Asia mahupun di Eropah sehinggakan namanya terpilih sebagai salah seorang penghibur utama di festival muzik Lollapalooza yang berlangsung di Berlin, Jerman pada tahun lepas.
Malah, B.I juga aktif sebagai penulis lagu dan penerbit di mana lebih 100 buah lagu telahpun didaftarkan di bawah namanya oleh Persatuan Hak Cipta Muzik Korea termasuklah lagu-lagu nyanyian penyanyi popular seperti kumpulan Blackpink dan penyanyi solo, PSY.
Ads
Tidak sabar rasanya untuk menantikan sama ada B.I akan mempersembahkan juga lagu-lagu duetnya seperti Lost At Sea – Illa Illa 2 (bersama Bipolar Sunshine dan Afgan), BTBT (bersama Soulja Boy dan DeVita) dan Die For Love (bersama Jessi).
Berikut merupakan kategori tiket yang ditawarkan untuk konsert B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ in Kuala Lumpur.
HYPE Zone: RM788
Akses menonton B.I semasa soundcheck. 700 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi. 700 peminat di sesi Hi Touch bersama B.I, 60 peminat bertuah akan mendapat poster B.I berserta tanda tangan, 50 peminat bertuah akan mendapat album B.I berserta tanda tangan. Selebihnya akan mendapat poster rasmi.
Ads
UP Zone: RM688
150 peminat bertuah akan dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi. 150 peminat di sesi Hi Touch bersama B.I, 20 peminat bertuah akan mendapat poster B.I berserta tanda tangan, 50 peminat bertuah akan mendapat merchandise B.I berserta tanda tangan. Selebihnya akan mendapat poster rasmi.
BE Zone: RM538
20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I berserta tanda tangan. Selebihnya akan mendapat poster rasmi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem ini berdasarkan webcomic “0.0MHz” oleh Jang Jak, mengisahkan sekumpulan anak muda yang menubuhkan kelab untuk mencari hantu. Mereka memulakan misi mencari hantu ini dengan pergi ke rumah usang untuk menyiasat dan menghentikan kejadian aneh paranormal, namun menemui sesuatu yang lain.
Apa kaitan frekuensi 0.0MHz ini dengan elemen seram? Menerusi trailer filem ini yang berdurasi selama 50 saat, frekuensi ini merupakan sambungan untuk berkomunikasi dengan alam ghaib.
Jika kamu penggemar Apink, pasti kamu akan menonton filem ini kerana vokalis kumpulan itu merupakan pelakon utama. Bakat lakonan Eunji tak dapat dinafikan lagi apabila pengarah filem ini turut rasa seram apabila Eunji melakonkan aksi seperti dirasuk. Ji Eunji memberi tahu ketika mempromosikan filem ini dalam variety show Knowing Brother.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 27 Jun 2019. Rasa tak sabar pulak nak tengok filem ni. Korea kalau buat cerita seram, memang seram habis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penantian selama 9 tahun oleh peminat filem Toy Story bukan saja berbaloi dengan kehadiran Toy Story 4, tetapi khabarnya jenama Reebok telah bekerjasama dengan Disney Pixar dan BAIT untuk melancarkan model terbaru Instapump Fury dengan rekaan sneakers inpirasi daripada warna permainan Toy Story.
Tidak dinafikan sneakers ini bakal menjadi rebutan bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa pun confirm teringin nak memilikinya.
Dua karakter utama Sheriff Woody dan Buzz Lightyear diambil sebagai inspirasi kepada rekaan sneakers special edition ini. Dan yang menariknya, kasut ini tidak dipadankan dengan rekaan yang sama. Rare kan?
Tapi style wey!
Walau bagaimanapun, katanya Reebok hanya menghasilkan beberapa pasang untuk calon bertuah meraikan Toy Story 4 ini sahaja. Pendek kata, korang hampir tidak mungkin mendapatkannya melainkan jika korang kaya, terkenal atau terkenal dan kaya raya. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedar tak sedar, penyanyi pop sensasi Justin Bieber telahpun berusia 24 tahun pada hari ini, 1 Mac 2018. Rasanya macam semalam je kita baru melihat video Justin flip-kan rambut hadapannya di YouTube. Walaupun pernah terlibat dengan pelbagai isu dan masalah, Justin sebenarnya merupakan antara selebriti Hollywood yang pantas bangkit semula daripada terjatuh.
Dan sebab itulah, we just cannot help but to like him.
Ini merupakan 15 perkara tentang Justin Bieber yang mungkin korang belum tahu.
01
Justin pernah menetap di rumah lama Britney Spears. Namun kini, dia dilaporkan gemar tinggal di hotel saja.
02
Menurut Will Smith, Justin menganggap dirinya sebagai mentor dan mereka akan bercakap sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu. Walaupun Will terlibat di dalam dunia lakonan, ramai merasakan mereka rapat kerana Will boleh dianggap sebagai seorang ayah yang memahami isi hati remaja. Will sendiri bermula awal di dalam industri hiburan melalui siri Prince of Bel Air.
03
Justin boleh bertutur dalam bahasa Perancis dengan fasih memandangkan dia berasal dari Kanada. Dan dia juga dilaporkan boleh mengira sehingga 10 dalam bahasa Jerman. Hehe..
04
Selepas Justin memotong rambutnya pada tahun 2011, dia melelong lebihan rambut yang dipotong di eBay pada harga $12,000. Hasilnya, ia berjaya dijual pada harga $40,000 dan Justin mendermakannya kepada badan kebajikan.
05
Justin boleh menyelesaikan kiub rubix dalam masa kurang dari 2 minit! Haa korang mampu?
06
Sekiranya Justin tidak menjadi seorang penyanyi, katanya dia akan menjadi seorang arkitek. Cuba bayangkan design rumah dia, boleh lawan rumah Michael Jackson.
07
Justin mempelajari sendiri bagaimana untuk bermain trumpet, gitar, piano dan drum. Kalau itu bukannya talented, kami tak tahulah nak gelar Justin apa lagi.
08
Mesti ramai yang sudah tahu tetapi bagi yang belum, Justin sememangnya berkawan baik dengan Kim Kardashian West. Mereka masih berhubung melalui Blackberry Messenger (BBM) kerana Kim enggan menggunakan telefon selain Blackberry.
09
Ya, Justin diperkenalkan ke dunia hiburan melalui pengurusnya Scooter Braun. Semuanya gara-gara video Justin menyanyi yang dimuat naik oleh ibunya ke YouTube. Walau bagaimanapun, Usher lah orang yang bertanggung jawab menandatangani Justin dengan sebuah label muzik. Tanpa Usher, Justin pernah terfikir untuk menyertai American Idol.
10
Justin gemar mengambil cereal, Berry Captain Crunch sebagai sarapan.
11
Justin pernah tiba lewat di konsertnya di Salt Lake City kerana dia pergi melawat seorang peminat perempuan berusia 7 tahun di hospital terlebih dahulu. Kanak-kanak itu menghadapi leukemia dan Justin betul-betul ingin menghabiskan masa bersamanya.
12
Antara filem kegemaran Justin ialah The Notebook! Aww..
13
Pada masa lapang, Justin tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke rumah ayahnya dan berlatih boxing bersama. Ayahnya, Jeremy Bieber juga merupakan bekas MMA Fighter.
14
Justin bersifat claustrophobic dan tidak sukakan tempat sempit terutamanya di dalam lif.
15
Setiap kali Justin pergi melawat sesebuah bandar untuk jelajah konsert, dia pasti akan melawat sebuah kompleks membeli-belah di bandar tersebut. Ingat lagi tak semasa Justin berasa di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju bersama Selena Gomez semasa berada di Kuala Lumpur untuk konsert bersama MTV?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.